30 April 2013

Cara sediakan bubur dengan cepat ^_^

Olahan dari blog ibu2 lain hasil dari carian google...mintak halal ^_^
panduan untuk mak2 yang bekerja....
macamana nak tapau makanan untuk anak kat nursery or babysitter?

Buat tepung beras / oat
Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).

aku guna 2 mangkuk beras, cuci dan rendam, pastu pegi buat keje lain. ade laa dalam 3-4 jam kot beras tu terendam...sampai kembang haaa... tapi pendapat aku, ok kot beras dah separa kembang, cepat masak nanti....kot? Sebelum kisar, toskan kejap. Serbuk beras ni aku buat untuk stok 2 minggu... will see macamana, beras rosak ke tak nanti...
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk / tepung.
Simpan dalam bekas kedap udara, masuk dalam peti sejuk. 
Bila nak guna, pastikan ceduk guna sudu kering bagi mengelakkan lembapan / pencemaran

mule2 aku rajin la nak ayak bagai...nak beras sehalus cerelac dalam tin! ceeehhhh.... last2 give up. memang bole halus kalau di ayak...ikut rajin mak2 la yer. kalau dapat blend sampai jadi serbuk lagi bagus lah. (mase ni baru ingat kat si "tepal") aku blend jadi macam berpasir... ingatkan nak tuang air panas je bile nak buat bubur, tak payah la masak atas dapur... tapi bile aku test tuang air masak kat serbuk beras ni, dia tak berapa masak... so kena jugak masak atas dapur, tak bole pakai air panas je...

Buat Puree
Potong kecil sayur / buah dan kukus sampai lembut. Sejukkan. 
Kisar sampai halus satu per satu. Kalau blender tak jalan, sila bubuh air sikit. 
Masukkan dalam baby cube / ice cube. Bekukan.

aku tak gunakan ice cube. sume puri masuk bekas kecik2. Sebelum nak guna, letak puree kat bahagian bawah peti sejuk supaya cair. Tak digalakkan defrost guna microwave sebab nanti zat makin berkurangan... 

Stok ikan bilis 
Beli ikan bilis putih yang dah siap kopek. Rendam sampai kembang. 
Goreng tanpa minyak sampai garing. Nak bakar dalam oven pun ok...
Kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering. 
Simpan dalam bekas kedap udara, masuk dalam peti sejuk. 
aku guna ikan bilis tak berapa nak putih (tu je yang ade kat kedai runcit) 

Cara siapkan bekal ke taska... 
Bile aku nak bekalkan wyna pagi esoknya, aku masak la bubur beras tu waktu malam... ceduk 1-2 sudu beras, bancuhkan dengan air dan kacau rata, masak ler sampai jadi bubur, dalam 15-20 minit....

pastu amik satu bekas sayur atau buah yang dah defrost awal2 tu, dan campurkan dalam bubur dan taburkan 2-3 cubit serbuk ikan bilis. Biarkan pada suhu bilik sampai wap panas hilang. Tutup bekas sebelum masuk peti sejuk. Esoknya bila nak pegi taska, terus masuk dalam cooler box bersama EBM... nanti cekgu dia panaskan bile nak makan... tapi kalau mak2 dapat masak awal pagi, itu lebih baik ^_^
Stok dalam peti sejuk beku....kesian takde tempat untuk ayam ikan...hehe
ini pun gambar lepas dah buat clearance... kalau tak, boleh sampai cecah pintu...

No comments:

Post a Comment