10 February 2012

Universal Studio Singapore

short entri...tapi tak short sangat lah...


Isnin lepas, aku ngan zuel, serta 3 orang kawan dia yang sudah berkeluarga dengan 3 keta, sama2 pegi USS. kitorang je lom ade stroller. tolong tolak stroller kosong saje. sorang member tu anak dia demam, so kekadang merengek sampai mintak maaf kat kitorang sebab bising dalam keta. biasa la adat ade anak kecik... kitorang paham....

TIKET
ok, cut it short, tiket beli online, One Day Non-Peak Pass - SGD68.
dalam malaysian currency tiket untuk aku ngan zuel, total RM325.
kira2 sorang RM162.50 (mengikut kadar pertukaran mata wang ketika itu)
tiket ni member beli online sebab kalau nak beli mase walk in, dikhuatiri dah sold out. sebab tiket walk in terhad. so better beli online. lepas tu print saja kat kertas A4. tiket dalam kertas tu ade barcode, mase kat enterance nanti staff USS akan scan saja barcode tu.

TRANSPORT
pergi by car. untuk parking fees bole refer :
CAR PARK CHARGES

Monday - Thursday (excludes Public Holidays):
7am to 7pm: $6 for 1st hour, $2 subsequent hour or part thereof
12pm to 2pm: $1 for 1st hour, $2 subsequent hour or part thereof
After 7pm: $6 per entry
Maximum: $26 per 24hours
Friday/Saturday/Sunday/Public Holiday:
7am to 7pm: $7 for 1st hour, $2 subsequent half hour or part thereof
After 7pm: $8 per entry
Maximum: $26 per 24 hours
so total parking fees yang dikenakan pada hari tersebut ialah SGD22 = lebih kurang RM50 lah. macam kitorang, bayar parking pakai autopass card kalau bayar by cash tu aku tak tau la cemana caranya. so mase masuk singapore tu, dah siap2 top up autopass card. lebih kurang macam kad touch n go lah.

MAKAN
member selaku organizer dah siap2 tapaukan bihun goreng dan sandwich telur. aku sendiri bawak roti butterscotch dan biskut oat 5 convi pack. air mineral 500ml x 2. kat USS tak payah risau kehabisan air sebab ada banyak water dispenser kat sana, bole refill saja. tapi kalau tak tapau ape2 pun bole, ade disediakan restoran yang halal. cuma sedia duit saje la. disebabkan aku tak masuk restoran kat sana, jadi kurang pastilah berapa harga makanan kat USS tu. yang aku beli cuma nancos, makan dengan cheese sauce. sedap! belen sos siap aku selepet ngan roti butterscotch. double yummy! harga sekotak... ala tak ingat. SGD4.50 ke SGD5.00 ekk?

RIDE
permainan kat sini bagi aku macam mengikut turutan. makin nak habis round USS, makin mencabar. contohnya roller coaster. roller coaster pertama ok lagi, kemudian kedua, tinggi sikit, ketiga, dalam gelap so aku tak nampak dari luar, dan yang paling zalim sekali adalah roller coaster yang terakhir. peh giler. ala2 macam corkscrew kat genting lah. tapi lagi giler rasanya.

tapi aku tak naik semua sebab almost 1 ride kena beratur 1-2 jam baru leh naik. mana2 ride yang kurang dari sejam je aku layan. kat entrance tu memang ada tulis berapa minit kena tunggu. so memang tak cukup sehari kalau nak main semua sebab non-peak day ni operating hour dia 10 am - 7 pm saja. walaupun aku pergi pada hari non-peak, tapi mase tu rakyat malaysia ramai cuti maulud, jadi penuh USS tu agak ramai... kalau nak main semua, pegi time peak day, operating hour sampai 10 malam.

aku masuk pukul 11.30 pagi, out dari entrance USS tu pukul 6.00 petang. zuel dah lepak. sempat tido kejap kat luar area globe tu. tak dan nak jalan2 sekitar. maybe next time. (ceeh mentang2 dekat sebelah je)

ok, info lanjut, boleh explore :

3 comments:

  1. eeeh aku naik yg double RC tue...kiki gayat...kesian dier... :p takder suara langsung.. :p

    ReplyDelete
  2. lepas kahwin ni selalu nampak entri bergambar dari ain. terasa mahal ye klo pegi singapore~

    ReplyDelete
  3. june : kiki segan nak jerit2....ilang macho kang...member kitorang yang lelaki mase sama2 pegi ni ade jugak yang steady ke tak keluar suara...ehehehe

    dhiera : dhiera, sebenarnya ni blog baru, entri sebelum persiapkan kawin tu "import" dari blog lama. kat sini bebas nak citer ape2, nak upload ape2... kalau blog lama tu, tersekat sikit....

    kos pegi USS bole la dikatakan mahal, lagi2 kalau tido sana sebab currency rate dia lebih kurang dua kali ganda.

    nanti legoland pun nak bukak dah, tiket dah start jual, lebih kurang sama harga ngan USS - RM140 dewasa. T_T

    ReplyDelete