29 February 2012

Twitter dan Hutang



sape ade twitter?

dulu, sebelum aku menjebakkan diri bukak akaun twitter ni, aku pun tak paham ape guna twitter, selain facebook, yang aku dah ade pada masa tu...

tapi member aku cakap, dia lagi suke tulis status kat twitter dari facebook.
skrang aku paham.
dan memang suke merepek kat twitter dari facebook.
walaupun sekadar tulis "yeay hujan!"

takde la nanti ade orang bising2 terus like page
"SAYA TAK SUKE STATUS MERAPU KAT FACEBOOK"

ade ke page tu? ntah. tapi memang ade page yang komplen pasal orang update status yang tah ape2...
sian kan?

kat twitter, ko tulis apa saja, setiap saat, setakat ni takde lagi la aku dengar orang kecoh pasal "tweet"... jadi aku mula merasakan "twitter" lebih bebas untuk aku luahkan rasa.

cuma... twitter akan jadi bosan bile....
ko follow sekumpulan kawan dalam tu. kawan ko pun follow ko.
sekumpulan ni maksudnya, ko kenal A B C D E, dan A B C D E pun saling mengenali.
tapi kan, kekakadang... dalam timeline tu, ko nampak diorang borak sesama diorang aje.
pulak tu borak benda2 yang ko tak paham dan ko tak tau ape2.

so tak leh mencelah kan? best?
tak best bagi aku. so kat situ akan rasa... ok bosannya twitter ni.
timeline tu dah jadi macam "conversation" medium sesama ahli. sebab ko tak bole join ape yang diperkatakan.

and... MUNGKIN ini jugak sebahagian sebab2 kenapa kak di tutup akaun twitter dia.

ok. habis citer pasal twitter.
aku nak bukak citer pasal orang berhutang pulak.

aku ade kawan yang rajin pinjam duit. in fact aku tak kisah sebenarnya.
tapi tak kisah tak kisah pun, bile tengok dia happy jimba2 jalan sakan, aku rasa terkesan la jugak. tau tak ape rasa...orang hutang ngan ko, tapi ko tengok dia macam tak susah pun, macam orang normal yang ade duit, bole enjoy2 je. bukan la maksud kalau berhutang tu, kena nampak susah, tak makan, tak soping... tapi ko tak nampak effort dia nak "berjimat-cermat" tu... lepas tu setiap kali nak pinjam, alasan yang sama - duit short, takde duit makan sampai ujung bulan. ujung bulan makan megi. dia cakap "tu bukan sinonim ngan orang bujang ke?" 

heloo....makan megi hujung bulan tak sinonim ngan perempuan bujang bergaji macam ko yang pegi keje hari2 drive dan lalu tol dan hampir tiap hujung minggu pegi tengok wayang dan hari2 makan kat luar (selain makan megi kat rumah)... kalau student tu aku paham la. takde pun usaha dia nak selesaikan masalah kewangan dia, jadi?

since kawin, zuel dah pesan kat aku, jangan bagi pinjam lagi kecuali aku ada lebihan duit. yerla... aku sendiri pun sangkut hutang dengan bank, bole pulak bagi kawan pinjam duit eh? 

aku bukan marah orang pinjam duit, tapi aku marah orang yang tak mahu cari penyelesaian masalah kewangan dia, marah bile orang nasihat tak mahu dengar, marah bile ko down sebab takde duit akibat boros ....marah bile ko banyak hutang tapi ko sedap2 enjoy!

2 comments:

  1. woohoo... sentap sentap...nie mesti kes semalam kan kan kan...sajer nak provoke!

    ReplyDelete
  2. ahaha... ko ni lambat la komen...dah berape hari dah entri ni

    ReplyDelete