20 February 2012

Penting ke Rekod Kesihatan Ibu Mengandung

okey, entri ni sebenarnya nak jawab komen "cik epa"


memula aku dah taip reply tapi nampaknya jadi panjang... over nak jawab details. so jadikan entri terus! =p

buku mengandung kerajaan (Rekod Kesihatan Ibu Mengandung) biasanya dipanggil "kad merah / buku merah" (padahal dia kaler pink - bole google)

mase aku pegi klinik biasa (swasta) untuk confirm test yang aku pregnant, doktor tu pun ade pesan suruh bukak buku merah nanti.

komen epa :
memang wajib kne buat kad mengandung dengan gov ye? walaupun bersalin kat private?
pada pendapat saya :

1 - buat rekod kesihatan ibu kat dua2 klinik supaya bole pantau progress baby kat dua doktor yang berbeza. kita bole dapat penjelasan variasi dari doktor2. hehe

2 - ada pengalaman orang lain kata - doktor kerajaan tulis lebih detail berbanding doktor swasta. ada gak yang kata, sama aje.

3 - walaupun kite mungkin plan nak bersalin kat private, tapi jika berlaku ape2 kecemasan, hospital swasta tetap akan refer pesakit ke hospital kerajaan juga. biasanya hospital swasta tak nak tanggung pesakit yang berisiko tinggi. lagipun akan melibatkan kos yang tinggi juga. jadi disini penting juga kad merah tu... (berapa banyak "juga" daaa)

4 - takut misi kat hospital kerajaan marah kalau takde buku mengandung dari klinik kerajaan...hehehe. mana la tau kan, tetiba bersalin kat hospital kerajaan pulak...

5 - biasanya kad merah ni ibu2 kena simpan sendiri (better bawa kemana-mana), jadi senang nak refer bila2 masa. kalau private clinic biasanya diorang simpan dalam sistem. kalau berlaku ape2, (contoh : pengsan ditempat awam) orang / doktor bole refer pada kad merah tu.

kesimpulannya, walaupun dah plan nak bersalin kat swasta, buat aje la buku mengandung dari klinik kerajaan ni sebagai backup. kawan2 saya yang bersalin kat private pun tetap ada buku merah ni.

6 comments:

  1. wah,. siap buat entri! tq puan ain! dapat info berguna ni :)

    ReplyDelete
  2. epa, yeah... sesama. bole wat info tambahan. senang cakap, kalau ade buku merah ni lebih baik. lagipun dapat vitamin free nanti. ^_^

    ReplyDelete
  3. oohhhoo....saya tak tahu ah puan..kucing saya takder kad merah pun masa dier mengandung..saya? lagi lah tak pregnant lagi..nanti lagi 2 tahun saya refer balik pada puan apa itu kad merah...kalau saya buat color tue lain sikit boleh tak? jadikan purple ker..hijou ker..biru ker? BOleh tak? hehehe...

    mak aku punya kad merah ader 9...hehehe..aku pernah tgk...penuh jerrrrr....

    ReplyDelete
  4. june : ko bawak kucing ko jumpe veterinar kerajaan, mesti ada kad merah (sila jangan percaya)

    mak ko ade 9 kad kesihatan tu ke? banyakkknyeeeee..... bukan ko adik badik 7 aje ke?

    ReplyDelete
  5. betul la tu~ walaupun plan nak bersalin dekat swasta, kita tetap kena ada buku merah dari hospital kerajaan. sama macam yang ain list kat atas ni. hehe
    selalu ye, nurse tak nak entertain orang yang tak ada kad merah ni~ sebab pada mereka macam susah kan mereka sebab tak ada rekod. hehu

    ReplyDelete
  6. yeah betul tu, jadi buat je la kad merah even nak bersalin kat swasta pun. lebih selamat. ^_^

    ReplyDelete