14 February 2012

Nasi Ayam

baiklah, mari kiter citer pasal masak-masak pula....
ahad lepas, my adik2 ipar dan biras dan dua niece yang comel turun jb - saje2 nak jalan. diorang datang pagi tak pagi la dalam pukul 10 camtu, aku bantai masak nasi ayam.
resepi campuran dari "kakak kembor" serta dari "saya suka masak"


Sup
+ 1 biji bawang besar – mayang halus
+ 7 ulas bawang putih – mayang halus
+ 2 inci halia – diketuk
+ 5 batang serai – diketuk
+ 2 batang kulit kayu manis
+ 5 kuntum bunga lawang
+ 10 kuntum bunga cengkih
+ 4 biji buah pelaga
+ 3 helai daun pandan – dikoyak dua dan diikat simpul
+ 1 senduk sos tiram
+ garam secukup rasa
Panaskan minyak dalam periuk besar. Tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau. Tujuan saya masak sup dalam periuk yang besar ini sebab nanti  kita boleh masukkan stok ini ke dalam kuah cili, kuah kicap dan nasi ayam.
Bila sudah naik bau, masukkan beberapa ketul ayam. Biar ayam itu masak sebentar bagi menghilangkan bau hanyir ayam.
Masukkan 1 senduk sos tiram dan kacau sebentar.
Masukkan air secukupnya dalam anggaran tak sampai melimpah keluar dari periuk anda :p. Masak dengan menggunakan api yang perlahan dan merenehkan ia sehingga ½ jam.

Ayam Goreng
+ Ayam 2 ekor
+ ½ botol kicap
+ 1 senduk sos tiram
+ 2 senduk madu
Masukkan dalam anggaran ½ periuk kecil sup /stok ayam tadi. Tambahkan ½ botol kicap (botol saiz biasa). Kemudian masukkan pula 2 senduk madu.
Merenehkan ayam dalam kuah kicap ini sehingga ¼ masak kerana selepas ini kita akan menggorengkan ayam ini.
Begini rupanya selepas kita merenehkan ayam ke dalam kuah kicap tadi.
Lepas itu kita gorengkan ayam ini dalam minyak yang banyak. (deep fry)

Nasi
+ 1 bekas kecil marjerin planta
+ 1 biji bawang besar – mayang halus
+ 7 ulas bawang putih – mayang halus
+ 2 inci halia – diketuk
+ 5 batang serai – diketuk
+ 2 batang kulit kayu manis
+ 5 kuntum bunga lawang
+ 10 kuntum bunga cengkih
+ 4 biji buah pelaga
+ 4 helai daun pandan – dikoyak dua dan diikat simpul
+ 8 cawan beras
+ ½ camca teh serbuk kunyit
+ garam secukup rasa
Panaskan marjerin, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai, 4 sekawan dan daun pandan. Tumiskan sehingga layu dan naik bau.
Masukkan 10 cawan atau lebih sup/stok ayam dan biarkan ia mereneh sebentar. Masukkan garam secukup rasa dan ½ camca teh serbuk kunyit.
Masukkan beras yang  telah dibersihkan dan ditos airnya. Untuk 8 cawan beras, saya masukkan 10 cawan air untuk  nasi yang di masak dalam periuk berasingan tadi. Saya masak nasi ini menggunakan periuk nasi elektrik.

Kuah Cili
+ 15-20 biji cili merah
+ 1 labu bawang putih
+ 1 biji bawang besar
+ 2 inci halia
+ 1 senduk sos tiram
+ 1 senduk sos tomato
+ 1 senduk sos cili
+ 2 biji limau nipis
+ garam secukup rasa
Kisarkan semua bahan-bahan tadi untuk membuat kuah cili.
Kemudian masukkan ke dalam periuk dan merenehkan ia sehingga cili itu masak.  Selepas itu masukkan beberapa cawan air sup/stok ayam dan biar ia masak sebentar.

Bila sudah masak, masukkan 1 senduk sos tiram, 1 senduk sos tomato dan 1 senduk sos cili. Lepas itu, masukkan garam secukup rasa.  Biarkan ia mereneh sebentar.
Bila sudah masak, angkat kuah cili ke dalam mangkuk dan biarkan ia sejuk sebentar. Bila ia sudah sejuk sedikit, baru masukkan jus limau nipis.
* Jangan  masukkan jus limau semasa kuah cili sedang panas, takut aroma jus limau nipis itu hilang.
Ok sudah siap nasi ayam kita.. Selamat mencuba!..


gambar adelah gambar original dari resepi asal. ooo tak dan aku nak snap sambil masak.

4 comments:

  1. selama ni saya ingat kan ayam tu masak panggang~ baru tahu.

    ReplyDelete
  2. ooh yeah bagus sekali kamu yer :) masak ikut resepi saya walaupun di mix up..hehehe...

    ReplyDelete
  3. ya ya... bole la.. nasik je kureng sikittt

    ReplyDelete