16 February 2012

Mati Itu Pasti

kalau sape2 yang pernah study kat UTM rasanya mesti tau tempat ni - selepas UTM ada petronas + burger king dan shell sebelah Mc Donald's. semua sederet. sebelum sampai kat petronas ni, berhampiran dengan pintu belakang UTM, terdapat satu tempat U-Turn.


aha, aku nak citer sikit. pagi tadi, mase aku nak pegi keje, jammed sangat la menggila, aku tak tau berapa kilo la. kalau jalan clear, agak2 dari rumah aku nak pegi Mc Donald's dekat UTM tu lebih kurang 15-20 minit je dengan kereta. bagi aku tempat ni memang spot2 kemalangan maut. dah banyak accident berlaku kat sini. yang terburuk yang pernah aku tengok, penunggang motor bawah tayar lori tank.

bole klik lagi besar kalau tak nampak....
jalan yang aku highlight kaler ungu tu adelah jalan yang jammed teruk tadi... cuma dari pintu rumah aku tu takde la jam... maksudnya bile aku dah keluar ke jalan besar. aku call ayah aku sebab ayah aku dah keluar 6.30 pagi nak hantar adik aku pegi sekolah (kitorang ikut jalan yang sama). rupanya ada motor accident dan penunggangnya dah ditutup ngan kain. ayah aku cakap accident sejak hari gelap lagi. adik aku pun sampai sekolah pukul 8.00 pagi. lambat. kalau ikutkan, dia biasa sampai sekolah 7.15 - 7.30 pagi. errk! jauh kan adik aku pegi skolah, lebih kurang 45 minit perjalanan. hehe

adat la kot, kalau jalan jammed, akan bertambah jammed sebab ade pemandu2 yang buat perangai huduh. potong Q, ikut jalan bertentangan (songsang la), macamkan dia sorang je nak cepat sampai, ape ingat kau sorang bayar roadtax ker? itu belum lagi perangai jelek tak nak kasik masuk lane. kite kasik signal, lagi dia himpit tak bagi masuk. kan haram jadah namanya tu...

ok, berbalik pada kemalangan melibatkan motor ni, aku teringat yang dulu aku ngan mak aku tak kasik ayah aku pegi balik keje naik motor, pulak tu bukan dekat. mase tu ayah aku keje kat kota tinggi, tapi duduk kat JB, hari2 berulang alik. mau tak risau kitorang. lepas dah kawin ni, zuel pulak cadang nak beli motor, nak senang pegi keje katanya. tapi aku tak galakkan. risau sebab kes2 macam ni la - kemalangan motosikal. walaupun opis dia dekat je ngan rumah - 5 minit berkereta.

memang la.. mati itu pasti. kalau dah ajal, time tido pun bole meninggal. selain DOA, kita ada pilihan untuk berusaha elakkan perkara2 buruk berlaku. ok, sama jugak dengan jejantas kat hiway atau jalan2 yang sibuk. bole ke kite kata "tak payah la guna jejantas, kalau nak mati, mati jugak laa"?  meh aku tampar sedas. kalau dah ade jalan yang lebih selamat tapi ko pilih yang kurang selamat, itu memang saja cari pasal.

ok, umpamakan memandu kereta. kereta pun ade jugak yang accident teruk2 kan? tapi kite ade pilihan - nak memandu dengan sopan atau memandu macam taufan? rasanya semua orang tau, lagi tinggi kelajuan kenderaan, lagi tinggi risiko kemalangan maut. cube la try test langgar tembok dengan 10 km/j dengan langgar tembok dengan 100 km/j.... dah tentu la impact dia lain, kan?

so kalau ade pilihan antara kereta dengan motor, baik pakai kereta walaupun tak dapat nak mencilok2 macam motor. motor yang suke cilok2 ni pun antara yang mudah terkorban dalam kemalangan. jadi logik ape kalau aku tak bagi ayah aku, suami aku naik motor pegi keje? maut itu pasti, tapi bila, kat mana, bagaimana, itu tak pasti. sekurang2nya kita usaha la jadi pemandu berhemah, ikut peraturan dan undang2, gunakan kenderaan yang lebih selamat (contoh : kereta), so kalau ditakdirkan meninggal dalam kemalangan sekalipun, kita dah usaha untuk elakkan kejadian tu berlaku.

kalau mat rempit yang accident tu, dah tentu2 la diorang yang carik pasal. jadi jangan pulak salahkan takdir. Allah tak kejam nak bagi takdir yang buruk2 kat hamba-Nya.

Last - Gunakanlah jalanraya dengan selamat, ingatlah orang tersayang.

2 comments:

  1. ckp pasal accident motor..ayah aku pernah naik motor accident langgar lembu, adik aku no.3 accident naik motor lebih dari 5 kali..last2 dier beli kereta..and now dier keja bawa ambulan...

    ReplyDelete
  2. june - great..bagus untuk diorang. =)

    ReplyDelete