14 February 2012

Lain kali parking jauh sikit

entri borak kosong saja


pagi tadi aku pegi la isi minyak, of coz la pilihan aku tetap jenama "cengkerang"... lebih kilometer katanya...

kalau on the way aku nak pegi keje, stesen minyak sebelah UTM tu memang port aku kalau nak isi minyak. pagi tadi aku tengok agak penuh, ada satu row tu takde kenderaan. so aku masuk lah. lepas dah parking, aku reti pulak cakap kat diri sendiri "uii rapatnya ko parking"

aku ni pun kekadang sengal, dah tau parking rapat, bukan nak adjust, bajet montot kecik la tu, seboleh2 nak keluar, mase aku bukak pintu, aku dah bajet, ni mesti sempit giler aku nak keluar. pintu keta dah terkena kat nozzle pam tu, tapi aku tolak jugak seboleh2 nak keluar. aku abaikan je kalau2 ade orang keliling tengok dan perasankan diri tu kurus

kalau aku ni diumpamakan kereta, memang confirm rebeh bumber belakang ni pasal memang sempit nak keluar... kalau tak pakai jeans, ade melecet pungkok aku ni agaknya, kalau pakai baju kurung silk, silap2 koyak dah kain tu....

dah dapat keluar dengan gigih, wat selamba je la cucuk kad plastik, lepas approve, start isi minyak. standart RM100 untuk full tank. kalau ikutkan bile jejak RM97-98, nozzle tu dah stop pun, tapi aku picet2 kasik genap RM100.

dah siap, aku jadi tak confident nak masuk keta balik, takut tak muat... last2 aku buat je muka selamba, pegi masuk ikut passenger door. lepas tu melangkah pegi kat driver seat. mase aku tengah terkangkang2 nak pegi kat driver seat tu, aku tertekan la pulakkk alarm kereta. dahhh berbunyik keta tu kat tengah2 stesen. aku sure mesti menarik perhatian orang. tapi aku cuba wat rilek je la, kang panik lagi tah hape2 aku buat. picit2 kasik alarm senyap, lock and unlock alarm, ade la tak sampai seminit aku dok "diam"kan keta tu.

lepas dah reda tu gerak la cam biasa. buat selamba je. ala2 confident je kan keta aku konon tinted tebal, padahal muke driver dah tebal ni orang tengok (agaknye la...sebab aku tak tengok orang keliling, so tak tau la orang tengok aku ke tak).

pelajaran : park jauh sikit kalau tak nak kejadian memalukan berlaku. kalau ade mamat2 ego kat situ mesti cakap "tu la pempuan kalau bawak keta tak pernah yang senonoh"

blah la lu!

3 comments:

  1. bongok lah ko.... hahahha....
    siot je rmama dani nieeeee... dani tgk u punya mama tak senonoh taaaau!

    ReplyDelete