21 February 2012

Kembung Perut

berkkk berrrppp burrkkkk
eheh. buruk perangai.

ok skrang ni memang selalu je kembung2 perut dan kerap sendawa dan juga kentut.
dari carian aku kat google, ini juga adalah simptom2 normal bagi seorang bakal ibu.

kenapa ibu mengandung mudah kena kembung perut?
sebabnya hormon yang dikeluarkan (kalau tak silap hormon progesteron) akan melambatkan sistem pencernaan seseorang menyebabkan perut akan menjadi kembung.

kesimpulan yang aku paham dari ape yang aku baca...
aku lapar, tapi takde selera nak makan. atau aku makan makanan yang "berangin".
lepas tu perut kembung. kembung bermaksud, ada angin / gas berlebihan dalam perut. gas ni biasanya dikaitkan dengan asid2 dalam perut ni sama ada asid dari perut itu sendiri atau asid makanan.

bile mengandung, hormon kehamilan tu akan melambatkan atua menggangu sistem pencernaan, jadi akan lebih banyak asid / gas yang berkumpul, lalu menyebabkan aku rasa tak sedap perut, loya n nak muntah.

cemana pulak bole rasa nak muntah? sebabnya angin / gas dalam perut tu berupaya menolak isi perut kite...angin tu nak keluar. itu yang boleh menyebabkan muntah. ataupun, kalau tak muntah, maka akan kerap sendawa, seperti yang aku lalui skrang ni. tak makan pun sendawa gak... kalau makan, lagi la sendawa macam naga, cuma takde keluar api.

aku pernah muntah disertakan angin (bunyik sendawa kuat) lepas aku minum air garam. lepas tu perut lega. mase tu lom kawin la.

satu lagi bile ada gas / angin berlebihan dalam perut ni buatkan abdomen rasa kurang selesa.

kenapa mudah berlaku pada wanita hamil?

kebiasaannya terdapat otot dihujung saluran permakanan esophagus. otot ini dinamakan Lower Esophageal sphincter (LES) berada di sempadan perut dan saluran pemakanan esophagus. fungsinya untuk menghalang makanan yang diproses di dalam perut supaya tidak masuk / naik semula ke esophagus.
semasa mengandung, kesan hormon reproduktif menyebabkan LES ni jadi lembut dan bocor ketika makanan diproses dalam perut. jadi makanan tadi bersama asid akan terkeluar dari perut dan naik semula ke esophagus. asid ni la yang menyebabkan pedih ulu hati.

gejala pedih ulu hati ni buatkan rasa loya, nak muntah, mudah kembung perut dan cepat kenyang lepas makan.

Masalah ini dipercayai ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnya berlaku antara minggu ke-6 hingga ke-14 iaitu pada awal kehamilan. Masalah ini turut berlaku di trimester ketiga kehamilan.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, masalah ini berpunca daripada deria rangsang yang tidak seimbang dan mengakibatkan keluaran berlebihan asid dalam perut, yang menyebabkan pedih ulu hati. Oleh yang demikian, ibu hamil hilang selera makan, menyebabkan angin berkumpul dan mengakibatkan kembung. Difahamkan juga, akibat kelemahan deria rangsang, ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-muntah.

Amalkan petua berikut untuk mengurangkan masalah ini...

- Elakkan makanan jenis berminyak atau bertumis, pedas, berempah atau hanyir.
- Elakkan makanan yang menyebabkan angin antaranya seperti bawang, kobis,keledek, ubi kentang, pisang, pucuk ubi, nangka, kacang dan minuman bergas
- Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
- Makan secara perlahan-lahan dan kunyah lumat.
- Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
- Elakkan makanan-makanan yang pedas.
- Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
- Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
- Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi dalam kandungan.
- Jangan baring, tunggu sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
- Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
- Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
- Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dengan air dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
- Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing gum yang bersifat alkali akan meneutralkan keasidan dalam perut. (tapi kunyah chewing gum juga bole buat angin masuk ke perut)
- Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
- Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.
- Makanlah nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicap berserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya, disamping menjauhi penyakit gastrik.

Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah dan kembung yang serius, dapatkan pemeriksaan kesihatan.

ape yang aku buat skrang ni sediakan kudap2an sebab memang aku cepat lapar, kekadang rasa lapar sepanjang hari non stop (over eh?)... kalau lambat makan je perut pedih2.... nak makan banyak tak bole, cepat kenyang lagipun akan memburukan lagi keadaan dalam perut aku ni, jadi kena makan sikit tapi kerap.

dan cuba nak amalkan makan madu, harap2 ok lah perut ni nanti.

DAPATKAN PETUA KEMBUNG PERUT : KLIK >>> http://vitaminlestari.blogspot.com/

6 comments:

  1. oohhh....cam nie ker..perut aku kembung gak...now tgh makan oat.. :p (takder kena mengena)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..tengah kembung2 perut jgk ni..1st pregnancy xde pulak cam ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah... semoga semua sihat dan berjalan lancar yer... =)

      Delete
    2. Terima kasih singgah... semoga semua sihat dan berjalan lancar yer... =)

      Delete
  3. Huhu...baru realize kembung perut ni semalam....tido pon x lena...buang angin pon banuak kali gak,..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Baru pas muntah2...now rasa lapo plk..risau kn ank dlm perut ni...

    ReplyDelete