03 February 2012

Bubur Oat

yeah.. lama tak pos resepi rite?


okeh... resepi simple je, untuk breakfast atau lite dinner...

setakat ni aku takde lagi kekeringan idea nak masak ape, (lagipun ade kaki tempat pau resepi)... baru sebulan lebih masak sendiri....takkan ler habis idea dah...nampak nau kau pemalas ke dapo... =p

sebelum aku tepek resepi, saje la nak cite (tengah boring ni)...
now since kawin, bangun pagi tetap macam biasa, menten 5.30 pagi.
kalau dulu, bangun 5.30 pagi tu, mule2 mandi dulu (awal kan aku mandi?), lepas tu kejutkan adik aku pegi sekolah. jaman aku bujang dulu aku takde la pagi2 nak masak... sebab aku pun pegi keje pukul 6.30 pagi... aku hantar adik aku pegi sekolah. so sarapan dah siap. kalau mak aku tak masak, dia dah siap2 sediakan ape2 jenis roti untuk sarapan.

now, aku pegi keje pukul 7pagi, tapi tetap bangun 5.30 sebab aku buat sarapan, kekadang masak nasik + lauk untuk tapau sekali. dah tentulah lauk2 simple dan cepat je jadi pilihan. untuk aku yang kurang cekap kat dapo, amik masa masak dan siap hidang dalam 45 minit. lepas tu mandi. kejut husband pulak. hihi

walaupun pagi2 aku dah masak lauk + nasi, aku just masak ngam2 or sikit je cukup2 untuk tapau. kalau ikutkan, nak je aku masak untuk 1 hari, so balik keje aku tak payah masak, bole terus panaskan je. penat ok.... balik keje, bukak tudung, letak beg, tak naik atas, aku terus ke dapur nak masak pulak. biasanya aku dah sediakan bahan2, tinggal tumis je, tapi hari tak biasa, kena la aku mulakan dengan siat kulit bawang. sampai rumah pukul 6.30 petang, pukul 7 lebih baru bole makan. dah la aku jenis tak lunch, balik keje lapar, kena masak dulu. T_T

sebabnya... aku tak boleh masak terus untuk satu hari... kekadang balik keje, husband ajak makan kat luar. jadi lauk yang dalam peti tu ade peluang untuk ditong-sampahkan. atau, aku makan la lauk tu sorang.... kekadang akak ipar sefamily datang hari keje, confirm la makan luar, sebab lepas keje, pegi jumpe akak ipar terus, dan hantar balik singapore (akak ipar duk singapore). balik rumah dah malam...

petang semalam... aku just sediakan oat je untuk dinner.
Bahan-bahan ( 2-3 orang ) 
1 liter air
1 biji bawang besar (saiz sedang - hiris)
2 ulas bawang putih - juga dihiris
1 kiub ayam
sedikit lada hitam - ditumbuk
isi ayam (ayam goreng pun boleh)- disiat2
atau isi ketam (filamen crab)
sedikit garam
bawang goreng dan minyak bijan (tak de pun, tak pe)
sedikit minyak
4 senduk kecil oat - ikut suka pekat atau cairnya sup ni

Cara-cara 
Panaskan minyak. Tumis bawang2 yg dihiris tadi hingga kekuningan atau naik bau.
Then masukkan air, kiub ayam dan lada hitam
Sebelum air mendidih, masukkan oat dan isi ayam goreng. Kacau2 sebab takut oat berketul. Masak hingga mendidih dan kacau sekali sekala sebab oat membuak kalau tak kacau.
Masak hingga oat betul2 kembang dan rasa le garam nye.
Siap dan boleh dihidang bersama bawang goreng dan beberapa titik minyak bijan.
Simple je tapi berkhasiat. Selain ayam atau isi ketam, bole juga guna perencah lain. Ikut selera.
ok, aku tak guna ayam, aku guna ape yang ade - udang & fishcake.

first time buat oat jadi bubur...sekali pandang macam bubur asyura / bubur lambuk.
dan sedap. takde la macam muak sangat nak makan oat tu kan...

oat tak payah letak banyak2 sebab dia mengembang macam nasik jugak.
aku just guna 1 mangkuk saiz sederhana, hasilnya bole makan 4 kali guna mangkuk saiz sama.

sumber inspirasi

6 comments:

  1. bubur oat boleh ganti kan bubur nasi~
    tapi tak tahu lalu makan k x? sedap ye ain?

    ReplyDelete
  2. dhiera, mule2 saya pun cuak nak rasa, tapi kalau ikut lidah kite, bole la di terima, hubby cakap macam bubur baby pun ade..... hehehe

    oat yang dah tambah garam, kiub ayam, secukup rasa, lada sulah, lada hitam, ikang bilis...dah hilang "rasa" asal oat tu. make sure betul2 kembang n mix bile masak tu... mungkin dhiera bole try masak sikitttt je. dan pastikan ade orang yang bole habiskan in case kalau dhiera tak lalu nak makan =)

    ReplyDelete
  3. owh, kalau masak sampai betul2 kembang dah tak ada rasa oat sgt ea. boleh la try nanti sementara adik2 semuanya bercuti ni. hehehe

    ReplyDelete
  4. baru perasan perkataan "ikang"...sejak bile jadi orang ganu ni... T_T

    ye..selamat mencuba yer =)

    ReplyDelete
  5. hahaha...kite dah perasan dah. tp kite abaikan je sebab kite paham maksud ain. hekhek

    emel ain aritu sangat membantu. kite dah dapat dah conclude design yg sepatutnya dgn bantuan dari mira jugak. hehe

    thanx ya!

    ReplyDelete
  6. yeah...ade baca new entri tu... happy for you. nanti nak tengok hasilnye... tapi mesti kena tunggu dhiera dah selesai majlis.. kot? T_T

    ReplyDelete