20 February 2012

5 - 6 weeks


Saiz embrio sebesar kacang dhal di minggu ini. Sekiranya anda boleh melihat ke dalam tubuh anda, anda akan mendapati bahawa kepala fetus lebih besar daripada badannya. Raut muka embrio sedang membentuk dan terdapat bintik hitam di mana matanya patut berada, juga terdapat pembukaan-pembukaan di tempat lubang hidung, dan lubang-lubang yang menandakan telinga.

Kudup-kudup membonjol menjadi lebih kelihatan sekarang dan ini akan menjadi tangan dan kaki. Tangan dan kaki embrio seakan-akan dayung. Perkembangan lain termasuk pertumbuhan kelenjar pituitari dan gentian otot. Anda belum dapat mendengarnya, tetapi jantung (yang kini terbahagi kepada kamar kanan dan kiri) berdenyut sekitar 150 denyut per minit - dua kali ganda kadar denyutan anda.

Pada pertengahan minggu ini, embrio mula membuat pergerakan-pergerakan pertamanya. Walau bagaimanapun, anda terpaksa menunggu sehingga satu masa dalam trimester kedua sebelum dapat menikmati sensasi dari sesi-sesi senaman bayi anda.
bangun pagi tadi aku mula rasa mual / loya. cemana rasanya? macam perut masuk angin / macam kena gastrik yang kalau makan, akan muntah balik. sebelum ni takde rasa macam tu. yeah, sebelum ni aku takde muntah2, kecuali loya, air liur payau - macam deria rasa bile demam dan pening lalat. tapi perut banyak angin. bile makan je sendawa selalu.

tak suke kalau aku dapat gejala muntah2... tau je la, rasa tak sedap kan kalau muntah ni. something yang yuckks kat tekak dan gejala perut tak selesa, so nanti aku akan rasa nak baring je. macam aku kena gastrik atau perut masuk angin.

dan rasa penat yang over dari biasa. aku duduk pun penat, nak baring gak. berdiri kejap pun penat, naik tangga pun mengah2....

awal bulan depan mau buat kad mengandung kat klinik kerajaan dan juga check up + scanned kat klinik swasta.

2 comments:

  1. wah! best! awak, memang wajib kne buat kad mengandung dengan gov ye? walaupun bersalin kat private?

    ReplyDelete
  2. epa, saya buat 1 entri untuk jawab...

    eheh over tak =p

    ReplyDelete