11 January 2012

SELEPAS KAHWIN - part 2

beberapa kenalan dan kawan bertanya :

"ko duk mana skrang?"
"duk ngan mak ke, duk sendiri?"


ok.. ok...
majlis aku takde la r.a.r.e sangat, tapi mungkin agak lain sedikit dari biasa.

yang agak berbeza :
- majlis perempuan dan lelaki, di buat serentak, di dua lokasi
- majlis lelaki dibuat kat rumah sendiri, bukan rumah keluarga
- aku tak tido kat rumah mentua (yela, dah tak buat majlis kat rumah mentua..)
- lepas semua keluarga zuel balik, zuel tido kat rumah family aku, rumah dia dah takde orang...

sebelum kawin, aku dan zuel dah beli rumah atas nama masing2. maksudnya, aku beli rumah aku yang skrang ni family aku duduk, dan zuel beli rumah dia, atas nama dia sendiri dan dia duduk sorang2. beli kat satu taman perumahan yang sama. since aku belajar lagi, memang dah plan, nak beli rumah dulu bile dah keje, keta kemudian. sebab kalau boleh, aku nak elakkan tinggal dengan orang tua atau menyewa selepas berkahwin. lagi bagus kalau dapat tinggal kat rumah sendiri sebaik saje berkahwin. Alhamdulillah, di-izinkan Allah. so aku memang takde keta. selama ni pun pakai keta parent, dan now pakai keta suami.

seminggu lepas majlis, balik je dari lexis, aku terus balik ke rumah zuel. sebenarnya aku pegi lexis bawak sekali baju2 rumah dan baju keje beberapa helai. ehehehe.  lari  pindah rumah katakan... tapi rumah family aku tak jauh, bole singgah bile2 mase je nak amik baju ke atau ape2 barang keperluan.

hari tu aku tido kejap kat rumah family aku, terasa rindu pulak kat bilik pengantin tu. =p

ok, bile dah berdua ni, otometik la jadual pun dah berubah. aku rasa semua pasangan pun alami benda sama mase baru2 kawin iaitu - menyesuaikan diri dengan pasangan.

walaupun kite kenal pasangan tu dah lama, tetap perlukan mase suai kenal bile dah jadi roomate. dalam mencari titik keserasian, hal2 kecik pun bole jadi isu mulanya. pernah dengar suami isteri bergado sebab tuala? pernah dengar ubat gigi jadi punca konflik? dasatkan....

sama la ngan aku, hal remeh bagi aku, adalah hal serius bagi dia, hal serius bagi aku, hal remeh bagi dia... jadi kena banyak sabar, dan perlukan kerjasama dua2 pihak. bukan time nak wat anak je kena kerjasama.... nama pun melayari bahtera rumahtangga, memang baaaannnnnyaaakk lah kerjasama. jauh lagi nak jalan ni. banyak lagi nak kena hadap.

rutin harian aku skrang ni, bangun seawal 5.30 pagi. tapi mase aku single pun memang bangun 5.30 pagi sebab aku keluar pegi keje pukul 6.30...tapi cuma bangun mandi, solat dan bersiap.

kali ini, bagun, masak, buat sarapan, iron baju (kalau belum iron), mandi, solat, bersarapan.
cuma seminggu dua ni masih belum smooth lagi. masih dalam kategori kelam kabut dan lambat pegi keje. hehe

kali pertama cubaan buat sarapan, satu rumah bau hangit sebab roti rentung. malu haku...sampai zuel tego dari tingkat atas..."yang? pe bau hangit ni....."

aku sengih je dari tangga... takut gak kalau dia marah. T_T

nasihat dari yang lebih senior dalam rumahtangga, aku kena relax je, jangan pressure diri sangat. buat ape yang mampu. kes roti hangit ni pasal aku beriya sangat la nak buatkan sarapan. bukan tak biasa buat sarapan, tapi dapur dah tak sama. mule2 memang aku blur sangat masak kat dapur rumah zuel. kena tune elok2 dulu baru ok. skrang dah ok sikit.

sebelum kawin, kitorang discuss nak tapau je pegi keje. jadi pagi tu aku kena masak, mase single pun pernah jugak masak pagi2 tapi jarangggg la sebab ayah aku pun gi keje tapau nasik gak, dan mak aku pun bekerja, keluar pagi jugak...lagi laa mak aku bole siapkan sarapan, bekal aku, bekal ayah aku, siapkan adik aku nak hantar kat babystitter... dont dare la nak cakap kat mak aku, tak sempat la nak masak pagi, silap2 merah telinga nanti.

setakat ni, hanya sempat tapaukan lauk yang simple2 je, macam sardin, sambal...minggu pertama bekerja, dah start pegi pasar beli lauk. dah nama tinggal sendiri, pandai2 la nak idup.

2 comments:

  1. cerita ain buat kite jadi takut!!
    well, ini namanya pembelajaran sepanjang hayat. practice make perfect. mula2 memang kekok kan? lama2 mesti ok puye~

    ReplyDelete
  2. dhiera,
    cool je... yang penting masing2 kena terbuka menerima kelemahan... dan perbaiki kekurangan...

    =)

    ReplyDelete