13 January 2012

Pelajaran RumahTangga

Aku tepek sini sebab senang aku nak refer, sebagai peringatan untuk diri sendiri. dipetik dari


akum..kak di..sy nak mintak kak di buat satu enty..
macam saya dah berkawin, kami suami isteri ade akaun fb..biaselah kadang2 bila isteri hantar mesej kat fb suami, langsung suami tak reply tapi bila tengok kat fb suami, rajin plak dia komen kat fb pompuan lain. sebenarnye saya jarang nak ambik tahu pasal fb suami tapi bila hati ni rasa nak check, ade mcm2 ayat pulak yang tersentuh bila baca komen yang suami reply kat pompuan lain....mgkn bagi suami ia sekadar main2 tapi bagi isteri ia amat mengecewakan....n isteri anggap tu perkara serius. kadang bila saya hilang sabar saya bertanya dekat suami n jawapan die knp bukak fb die.

Thank you, dik.

Actually before aku terima mesej ni ada 2 orang kalau tak salah yang mintak khidmat nasihat (pehhh nasihat okkk) untuk kes yang lebih kurang sama. Tapi aku belum ada masa nak reply masa tu.

Benda ni sebenarnya sangat tak susah. Yang buatkan susah bila kita expect benda yang tak sepatutnya kita expect. Benda yang tak perlu sebenarnya.

Kenapa kita perlu bermesej-mesej dengan suami kat FB sedangkan kita ada option yang lebih mudah?
Bukan ke lebih mudah kita angkat telifon and call dia direct?
Apa perlunya kita nak bermesej kat FB dengan suami kita kalau bukan kerana nak menunjukkan kasih-sayang kita pada umum?

Sorry dik, ini bukan satu attack. Ini general.
Akak mintak maaf adik or any reader terasa hati.
Tapi kalau betul korang dah biasa dengan cara aku menulis, aku harap korang tau ini bukan attack kepada sesiapa tapi lebih kepada general opinion.

Kita sebenarnya kena tau fungsi social network ni.
Tak perlu nak sentap-sentap kalau kita hantar comment / mesej pada suami tapi suami tak balas.
Kenapa nak sentap bila suami tak reply comment kita tapi dia reply comment orang lain?
Tak perlu sentap sebenarnya.

Suami kita reply comment orang lain bukan tandanya dia menggatal.
Kalau dia nak menggatal, dia takkan add kau sebagai fren pun.
And dia takkan bagitau pun dia ada FB.

Dia reply komen orang lain sebab dia taknak orang di sana ada second thoughts bila dia buat dek. Dia nak menjaga silaturrahim, jaga airmuka. Bukan bermaksud dia tak reply komen kita maka dia tak suka kita.
Dia tak reply comment kita sebab ada sesetengah lelaki yang merasakan kasih-sayang ni tak perlu ditunjukkan pada umum. Dia ada kawan-kawan. Mungkin dia malu bila kawan-kawan dia perli dia. Lagipun orang lelaki ni bila kita selalu sangat hantar komen-komen kat wall dia, bukan takat dia saje yang rimas, malah kawan-kawan dia pun takut nak tegur dia sebab rasa bini dia sentiasa memerhatikan dia. Tak pasal laki kau kena cop queen control. Kesian dia nanti.

Kita kena ingat jugak yang orang lelaki ni biasa la kan, sometimes dia sama dia kalau bersembang mesti tak banyak pun, sikit ada selit-selit double meaning, blue story la apa la, so bagi lah dorang sikit ruang and kebebasan untuk menjadi "lelaki". Bukan menjadi "buaya" ok?

Aku percaya lelaki yang membenarkan laman sosialnya dimasuki oleh isteri adelah suami yang loving sebenarnya. Dia tau kat mana dia patut tunjuk kasih-sayang dia. Rasanya kat FB tu bukan tempat yang selayaknya untuk kita mintak dilayan oleh suami. Kita tinggal dengan dia. Kita jumpa dia hari-hari kat rumah. Kalau tak tinggal bersama pun, kita ada no telifon dia. Kita boleh call dia anytime, mesej dia bila-bila masa, so apesal nak rasa sentap? Orang lain dalam frenlist dia mungkin takde email dia pun, let alone no phone. Tapi kita bukan saje ada email dia, phone number dia tapi kita dah dapat pun orangnya!

Jadi please jangan create sesuatu yang akan lead kepada masalah yang lebih besar.
Melainkan suami kita di rumah pun dah perangai lain macam then that will be another story.
Selagi dia di rumah ok, apa lagi yang kita perlu harapkan?

Aku pun kalau nak ikut rasa cuak, memang cuak.
Laki aku ni bangsa yang balik lambat.
Sometimes malam-malam buta orang call.
Tau-tau tengah malam ada orang sms.

Kalau ikut hati memang aku check henfon dia.
Check wallet dia.

Tapi buat apa?

Kenapa mesti nak korek segala benda?
Check wallet.
Check henfon.
Check bil telifon.
Check bil card credit.

Heloooo.
Kau takde keje ke?

Aku punya prinsip dari mula kawen memang aku tak akan check henfon and wallet En Wan. Let alone nak geledah resit-resit kat poket dia ke apa ke. Sebab pada aku, lebih baik aku tak tau dari aku tau. Sebab kalau aku tau, aku jadi stress. Cukuplah stress aku kat opis je. Aku tak larat nak carik stress baru.

Aku cuma berharap and berdoa segalanya berjalan dengan baik. Itu je.

Jadi, isteri-isteri kat luar sana, jangan kerana suami orang tu layan isteri dia kat FB maka kita pun nak suami kita layan kita macam tu. Jangan paksa suami kita jadi orang lain. Dan yang lebih penting, jangan buat sesuatu yang bukan diri kita. Orang perempuan ni banyak sangat kehendaknya. Sometimes dia bukan tak sedar, dia sedar benda tu tak penting pun sebenarnya tapi sebab orang tu buat, orang ni buat, maka dia pun nak jugak.

Tak payah la buat benda-benda ni semua ok? Merepek je.
Baik kita pikir petang kang balik keje nak masak apa bagi laki kita makan.

2 comments:

  1. eh, kite xbaca lagi entri ni. tak perasan la~ hehe.
    nak komen lebih memang tak la sebab tak kawen lagi. tapi in my case, tunang saya plak yang suka suh saya tengok FB dia. erkk. tapi belum kawen, tak tahu la cane kan?

    ReplyDelete
  2. dhiera, hehe... kite paste je ni, tak tau la sape punye masalah. tapi mana2 point yang baik tu, eloklah diamik dari sudut positif =)

    ReplyDelete