11 January 2012

GRAND LEXIS - Town Escape

layan je lah...


Grand Lexis ni cuma hotel yang ada private pool kat dalam setiap bilik.... takde pantai, kalau nak jalan2 tepi pantai, kira pasir... sile pegi teluk kemang... oleh kerana takde pantai, so berenang je la pepuas dalam pool tu, tanak pakai ape2 pun bole =p

Deluxe Pool Villa - Above the sea
package 3 hari 2 malam :
Total Amount Payable : RM 1,085.76 termasuk
- GST dan Service Tax
- Breakfast 2 hari
- Dinner 1 malam

mase baru sampai. delivered by pos malaysia. terima kasih.

hotel lobby. zuel je pegi kat reception, aku duduk kat sofa. setiap guess yang datang, akan dapat free welcome drink kat Lanun Bar. takde pix, sebab gelap macam kat nite club. ape pun tak nampak.

dari lobby nak pegi ke bilik2, kena naik buggy, nak jalan pun bole jugak tapi kalau kena bilik yang jauhhhh kat ujung2 area hotel tu, masak la kau nak berjalan sambil heret luggage... keluar je pintu lobby, ade staff yang akan offer untuk hantarkan ke bilik. sebut je nombor bilik kite. aku - jakun sebab first time naik buggy.

bilik2 hotel ni ada yang atas air laut, ade yang atas tanah. kalau atas air laut tu ade kaca empat segi, then bole nampak air kat bawah lantai. tapi kalau malam, aku tak berani nengok.... =p takut ternampak ape2.... (perasaan aku je kot) mase aku sampai, air surut, nampak pasir je.... dah nak dekat malam, baru air pasang. mule2 gayat jugak tengok. 

the reason kitorang decide Deluxe Pool Villa ni (walaupun bilik ni paling kecik antara yang lain) sebab ini je satu2 bilik yang sediakan 1 katil king size. bilik lain semua ada 2 atau 3 katil king size. dah datang pun berdua je, watpe nak sampai 2 katil.

baru nak pegi dinner. package yang kitorang amik ni ada 1 dinner, 2 breakfast. dinner bole pilih nak hari pertama atau hari kedua. zuel decide nak try mase 1st day, so kalau tak sedap, 2nd day bole la makan kat tempat lain. overall makanan ok ok je... (tekak aku rasa takde la sedap giler... tapi still sedap)...kebanyakan meja ada lilin wangi serai, jangan perasan diorang bajet nak wat candle light dinner ye, itu lilin untuk halau lalat. ces!

hari kedua... sebelum kitorang out to Jusco Seremban yang memakan masa lebih kurang 45-60 minit perjalanan, kitorang naik ke level 9 - Sky View (kalau tak silap la), dari atas ni bole nampak keseluruhan pemandangan Grand Lexis yang atas air ni....tapi dalam gambar tu nampak 1 side je...

malam kedua tu yang kitorang keluar pegi seremban, tengok movie dan dinner sekali. habis kat PD takde aktiviti nak buat, kalau tak ke seremban, pegi la teluk kemang....

Last day... check out awal...dalam pukul 9 ke 10 pagi, kemas2 terus check out dulu. pastu breakfast. kali ni breakfast kena naik ke ballroom sebab restoran dah penuh. mengikut kata pemandu buggy, bilik semua dah full booked. memang ramai la.

overall servis tip top, layanan best, facilities dalam bilik, bole dikatakan lengkap. sikat, shaver, berus gigi + ubat gigi, kit menjahit....lain2 biasa kot, macam shampu, lotion, cotton buds, shower caps... plastik beg baju kotor, beg woven, sejadah (kena mintak), iron & board (kena mintak jugak), selipar, baju lepas mandi, tuala mandi, tuala kolam... tv lcd, dvd player (zuel siap bawak dvd), microwave, pinggan mangkuk, sudu garfu pisau...lagi ape eh? bak kata, kalau tertinggal toiletries tak risau, tapi kalau tertinggal make up bag, sile pergi ke giant berdekatan, perjalanan dalam 5-10 minit dari hotel.

Grand Lexis sangat ok untuk bersantai, nak duk jauh2 dari kesibukan bandar... Insya Allah next time nak datang bawak family pulak... syiok gak lepak ramai2....

3 comments:

  1. ooo... first time baca orang sebut masa air pasang dengan x? bias betul dorang yg menulis tu. tak bagitahu cerita sebenar. hahaha

    ain,. rasa ye kan kalau tengok dari sky view tu. ada yang bogel pun boleh nampak kan?

    ReplyDelete
  2. dhiera,

    yup... tapi rasanya that room tu rasanya untuk yang bawak family jadi takde la kot aksi2 3gp =p yang bogel pun budak2 je...mase saya lalu kat kaki lima tu, ade orang main siram air sampai basah kaki lima kat bawah, bole terkena orang / buggy yang lalu.

    kolam kat bilik yang saya duduk tu pun cuma separuh bumbung, tapi jauh dari pandangan orang, tapi tak bole jerit2 la, nanti jiran sebelah dengar, itupun kalau dia pun madi kolam. kalau dia duk dalam bilik, tak dengar lah =p

    ReplyDelete