06 December 2011

SAYA TAK SUKE PEGI RUMAH SEDARA MARA AWAK SEBAB....

Salam
Entri ini ditulis pada 8 Julai 2010

ini berdasarkan pemerhatian saya & pendapat secara peribadi sahaja..bila ikatan pertunangan dijadikan 'tiket' untuk berlagak macam dah jadi suami isteri. pihak keluarga pulak seolah2 macam menyokong sangat. saya bercakap berdasarkan pemerhatian terhadap senario sekarang ni. memanglah tahu yang kamu berdua tu dah bertunang. walaupun lagi sebulan je lagi kamu nak kahwin, tapi itu bukan alasan utk kamu menghadiri majlis kawin saudara mara tunang kamu & kemudian berkepit sakan tak ingat dunia dalam majlis berbentuk kekeluargaan macam tu.

ok, kalau di jemput, memang wajib kamu hadiri. tapi tolonglah jaga sikit adab sopan tu. majlis kahwin ni, ramai saudara mara hadir.. jiran tetangga..sahabat handai..semua memerhati. tak eloklah kan?macam trend pulak sekarang ni kalau pergi majlis kawin, angkut sekali girlfriend/boyfriend. pastu tanpa segan silu pergi kenal2kan girlfriend/boyfriend tu kat semua. 'inilah bakal tunang saya'.. 'sayang, kenalkan ni maklong'.. tak sah kalau baju tak sedondon..

dari mula majlis sampai akhir, tulah kerjanya..berkepit & kenalkan kat saudara mara.. ini majlis kahwin orang lain. bukan majlis kamu. majlis kahwin ni utk meraikan pengantin baru. utk saudara mara berkenalan dgn pengantin baru.. pengantin yg dah sah lafaz ijab kabulnya. bukan BAKAL tunang/pengantin macam kamu.yang kamu pulak sibuk2, tak malu ke?

tu baru bakal tunang dah sibuk heboh2..berkepit2..walaupun majlis tunang kamu keesokkan harinya pun, but stil tak manislahkan dalam majlis kawin orang, kamu buat macam tu. hormat sikit majlis orang. bersabar sikit.. jangan nampakkan sangat kamu tu gelojoh bebenar nak bertunang/kahwin..MALU.. nanti majlis kamu sendiri, hah ambik!..nak bawak keliling kampung utk kenalkan pun takpe..sbb mmg dah jadi pengantin. layak utk dirai dan dikenalkan.

yang saya pelik, makbapak pun mcm tak kisah bila anak buat macam tu. Ibu saya memang cukup PANTANG anak2 dia bawak girlfriend/boyfriend or berkepit dgn tunang macam tu kat majlis kawin orang. sampai saudara mara saya semua kata saya 'sorok' Incik Asben=) yelah sebab tak pernah bawak Incik Asben datang ke majlis kawin saudara saya sebelum kami bertunang..tapi best jugak..bila hari saya bertunang, ramai saudara mara dok berteka teki yang mana satu Incik Asben=)

harap takde yg terasa hati dengan ape yang saya tulis kali ni. kalau ada, saya mohon maaf. ini just pandangan peribadi saya je. kalau kamu ada reason sendiri atau pandangan & pendapat yang berlawanan dari saya, tak mengapa.. masing2 ada cara berfikir kan?

tapi, kalau kamu datang dan mengadu kat saya betapa kamu berkecil hati, marah, geram & sedih bila kamu hantar kad jemputan kawin kamu, & orang yang menerima kad kamu bertanya,"aik, kenapa nama pengantin ni lain? bukan nama A..kau tak jd kawin dengan si A ke?weh, ape citer?"

inilah sebabnya kenapa saya tak begitu gemar dgn trend berkenalan dgn saudara mara sebelum berkahwin ni..cukuplah sekadar kenal makbapak je dulu.. kalau tak jadi, sapa yang malu?dan atas sebab sama jugak kenapa gambar2 masa saya bertunang dulu tak pernah di upload dalam friendster *masa tu takde facebook*.. dan kenapa saya takut nak albumkan gambar tu.. just ambik softcopy je.. skrg bila dah kawin, baru terhegeh2 nak buat album bertunang dari softcopy tu.. photobook malaysia kan ada=)

cuak beb! kalau tak sampai ke ijab kabul, mau meraung bakar album bertunang.. byr photographer ratus2/ribu2, bkr mcm tu je? marah & kecewa punye pasal..ye dak?
aku sokong sepenuhnya pendapat si penulis ni. sebab aku pun antara "awek yang tak suke show off diri sendiri" kat keluarga belah "sana"....dan also aku tak suke "show off bf / tunang" kat sedara mara belah aku... 

ada jugak yang tanya "mana abg?" masa aku pegi open house kazen2 aku, sorry takde.
mase diorang datang open house rumah aku lagii ramai tanya... "mana cik abg?"
nasib baik mase tu... tunang aku keje...dia tak attend open house rumah aku, so terselamat dari tontonan sedara mara....

lepas tu, aku wat majlis tunang pun between mak bapak je, ngan adik beradik dia... so kalau nak tengok "cik abang" aku...tunggu hari nikah lah...

sekalipun aku dah bertunang, tidak sekali2 aku nak datang berziarah ke, nak singgah2 kat rumah sepupu2, makcik pakcik tunang aku. cukup setakat kenal dan mesra ngan keluarga saja. itupun, kalau aku datang rumah bakal mentua, takde mana aku nak tolong masak2, tolong kemas bagai... aku datang, makan ngan basuh pinggan je. pastu duk diam2 kat depan.

ntah la..aku bukan jenis suke tunjuk rajin...ade orang, siap la nak tunjuk dia pandai masak memasak, pandai jahit, pandai itu ini.... aku? terang2 aku cakap kat akak2 ipar aku, aku malas, pandai makan je...wakakakaka....

tunggu lepas "sah"..then u will know...

5 comments:

  1. betul....eventho kalau dah tunang pon, mak sy pun bising jgn tunjuk muke sgt kat blah laki, simpan... naseb baik incik tunang pon pesen cm tu, xbape nak expose sgt sy kt sedara mara die. sedara mara duduk area dkt2 uma die...tu malas nak pegi uma die sgt, sekali sekala xpee

    ReplyDelete
  2. epa, betul tu... lebih banyak hikmah & kebaikan kite "simpan diri" terlebih dulu... kenalkan "isteri" lagi sweet ^_^

    ReplyDelete
  3. sejak bertunang ni baru sekali pergi rumah dia (last week), itu pun memang xda buat keje sangat. makan, basuh pinggan dan tidur. pegi tu pun sebab nak attend kenduri kawen kawan dekat jengka.

    betul jugak cakap penulis tu, klo dah tayang sana sini, sekali tak jadi. malu~

    ReplyDelete
  4. Dhiera

    tak apa kite "jual-mahal" sikit kat "belah sana"... daripada orang cakap2 tak baik belakang kite...mana yang kite nak? ^_^

    ReplyDelete
  5. sangat setuju apa yg akak katakan dlm entry ni..

    ReplyDelete