20 December 2011

CERPEN : CEMANA AKU KENAL DIA?

Entri yang agak panjang....

Mase aku keje kat MTM-JB Branch (yeah, publishers untuk majalah motor trader) aku berkenalan dengan Andy (nama tipu) melalui skype… (skype ada chat room ke? Tak ingat)

Kenal, jumpe, date, tapi setakat itu je. Tak lebih dari kawan.

Lepas tu kitorang lost contact, dia pun dah tak bukak skype, aku pun tukar number phone tak bagitau dia….

Masa berlalu… setahun setengah aku berikan khidmat untuk MTM, lepas tu aku diberi pilihan, quit atau transfer ke HQ kat KL. Aku pilih untuk quit. Aku keje ngan kedai printing 3 bulan, lepas tu aku dapat offer keje ngan satu design house. Aku benti keje ngan kedai printing tu sebab keje aku 6 hari seminggu, weekend tak bole cuti, keje 10.00 page – 9.30 malam. Dapat je offer keje ikut office hours, sape tak nak kan…

Start keje kat Impian Emas, aku teringatkan Andy. Dulu dia cakap dia keje kat situ. Tapi dah lama sangat rasanya, so aku anggap dia mesti dah resign. Aku teruskan hidup macam biasa. Lagipun dia bukan sape2.

Lebih kurang selepas 7-8 bulan aku keje kat situ, satu hari aku terserempak dengan Andy. Mase tu aku tengah nak makan… sorang2… restoran tempat aku selalu lepak tu hanya bawah opis aku. Datang 3-4 orang lelaki, baru nak order makanan, sebaik saja Andy toleh kat aku, aku pun terkejut dan…. “ehh???... sape eh? Ala..sape…” aku dah lupe nama dia. Dah lama tak contact. Terus dia ngan kawan2 dia duduk kat meja aku. Kami borak. Kitorang contact balik. Rupenya dia masih bekerja kat situ. Opis dia tak berapa jauh dari opis aku….

Satu hari, dia lepak kat restoran tu, petang2 dengan kawan dia. Aku balik keje, tunggu ayah aku datang jemput. Aku just lambai je dia dari jauh. Dia bagi isyarat “jom la join minum”… tapi aku say “no thanks!” hehe

Aku tak ingat bile, dia ada call… (kalau tak silap la, dah lupe) dia cakap time aku lambai tu dia tengah lepak ngan kawan dia… Encik Zuel (haha) akitek kat opis dia… Aku pun, ouh.. okie. Pastu cite pasal hal lain.

Di hari yang kemudian, Andy call lagi, ajak minum petang….. kawan dia yang lepak ngan dia petang hari tu beriya suruh dia ajak aku minum petang… aku cam… sebenarnya malas. Aku bagi la pape alasan, lagipun takut kena marah ngan ayah aku… sebab tu aku malas laa nak join. Tapi sebab dia ye ye sangat ajak, so… aku pun ok je la. Tapi kejap je. Dan tak leh gi tempat lain. Mase tu, aku drive, so ayah aku tak payah jemput.

Kitorang duduk satu table… yerla, takkan lain2 table, tapi aku lebih layan Andy borak dari layan si Zuel ni. Dia tanya, aku jawab la, tapi aku tak banyak cakap pada mulanya. Aku ingat lagi dia tanya "awak dari jauh nampak lain.... dekat lain..." aku macam... "huh? lain cemana?"  Tapi dia ni pandai cari topik. Dia bukak citer pasal freelance photography dia… bertanyakan aku pasal editing. Ok la… bole la aku nak elaborate sikit2, aku pun takde la terror, cite ape yang aku tau je la.

Di akhir perbualan, Zuel hulurkan namecard, pastu mintak namecard aku… aku mase tu cam “errrkk” aku mana ade namecard. So aku tulis no phone kat kertas je. Dah bergerak nak pergi kat keta, Zuel sempat lagi cakap dari jauh “saya call awak malam ni bole tak??”

Mase tu aku on call, aku just bagi isyarat tangan “ok ok… call je la”… tapi tak fokus, tak berharap pun dia nak call… Malam tu masa aku dah golek2 nak tido, dia call tapi aku saje tak jawab. Ntah… takde mood nak jawab call. Tapi aku bagi no phone, sengal ekk?

Bermula dari situ, dia keep sms-ing, call-ing… and… 1st date, dia ajak lunch. Mase tu hujan… masuk je keta, dia tanya “awak setuju tak?”

Aku cam pikir… dia ni tanya setuju ke tak, setuju ape? Setuju nak gi makan kat tempat yang dia nak bawak kot…..

Lepas tu aku jawab la “aaa… ok la tak kisah”

Dia cam pelik, so aku suruh dia ulang ape dia tanya… berserta ayat sambungan “….kalau sejuk, amik jaket saya ni.. pakai”… rupenya dia tanya “awak SEJUK tak?”

Hahahahahahahaha…… apesal aku ni. tetiba kurang pendengaran pulak. Malu siot. Tapi dia gentle (aku rasa poyo) offer jacket? Euwww

Mase kitorang dah decide nak kawin, dia pernah tanya aku… pernah ke aku terfikir yang kitorang akan kawin? Actually… nope. Aku tak pernah sangka. Mase mule2 kitorang berkawan, kitorang banyakkk tak sama… atau masih belum jumpe titik keserasian. Asekkk nak bergado, sikit2 nak clash. Aku suke ini, dia tak suke. Dia suke buat macam ni, aku suke buat camtu….

4 bulan lepas kami berkenalan, aku dapat keje kat tempat skrang… kira2 2 tahun lebih yang sudah…. Sampai sekarang aku masih terfikir “ape tujuan Allah takdirkan aku keje kat situ genap2 setahun, sekadar nak temukan aku dengan Zuel melalui Andy, kawan yang dah lama lost contact tu? dan bile aku dah jumpe zuel, aku pun pindah keje kat tempat lain....”

Hebat perancangan Allah kan… Semoga kekal selamanya. Amin

5 comments:

  1. swiiit kak....smga kekal smpi ahir hayat ye :D

    ReplyDelete
  2. wow... unik ye perkenalan ni. macam baca novel. serius!

    ain, semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan

    ReplyDelete
  3. tak tau kenape rs nak nanges...hehe... semoga berbahagia my friend!! :)

    ReplyDelete
  4. epa... saya masih ingat cemana kite bole kenal... tapi awak ingat gak ke? eheheh

    ReplyDelete