09 December 2011

BAGI KAD

aku amik masa 2 hari nak edarkan kad untuk kawan2 satu tempat keje....
aku ni keje kilang...so, aku bahagikan 2 batch... satu untuk office staff, satu untuk worker - production + store.... muke aku ni memang jarang la bertembung ngan wokers, kena pulak aku ni agak  pemalu  pendiam macamkan takut gigi luruh kalau bercakap...

semalam kebetulan aku datang awal, opis lom bukak, selalunya kalau opis lom bukak, memang aku duduk melepak dengan makcik production bawah tangga tu... ape la.. nak bagi kad pun kena plan bile nak kasik, nak kasik kat sape... cemana cara nak kasik.. pass2 je atau nak sebut nama sorang2 macam cekgu nak pass buku latihan?

last2 aku wakilkan je kat makcik production, dia pun memang "productive" kat sini...keh keh keh... dapat je kad aku, makcik tu cakap, "yelah, nanti mak bagikan (dia bahasakan diri dia "mak") nanti aku cakap kat budak2, korang mesti pegi" (waaahh dah bagus, ade promoter)

hari ni batch officemate. FYI, opismate aku ni ada 2 orang je melayu, lain semuaaa cina. pagi2 aku pass kat sales person dan driver dulu. pasal diorang ni kejap lagi nak berambus keluar. memang aku plan nak kasik hari jumaat, pasal esok tak keje, tak la terasa malu sangat... ape benda yang aku nak malu, aku pun tak tau laa...

lepas tu, admin opis aku datang kat meja, dia tanya pasal invitation card. amoi tu tanya la "eh u suda kasik kad ha? untuk kita takda? u malu mau bagi haa"

aku jawab laa... "eii mesti la adee..." lepas tu aku pun bukak drawer, nak amik kad kawin...aku cari2 nama dia.. (dia sebelah aku ni, nengok aku belek beberapa keping kad).. skali nama dia takde!! haa merah biru ijau muka aku mase tu... dia cakap "tengok? u lupa nama i... nama i takde... tak apa lah...tak apa lah"

aku dah gelak2 panik kat situ. berpeluh tangan dok pikir cemana aku leh lupe tulis nama diaaaa? haadoi. dah la aku tak bawak spare kad kosong. nak tak nak, terpakse la aku amik 1 kad member aku, aku bukak sticker nama dia, tampal nama amoi tu. settle. tapi buat sorok2...kekonon nak cakap kad dia tetinggal dalam keta lar? ehehe

lepas lunch hour, aku naik opis, aku terus je la kasik kad2 tu semua... few amoi2 dok borak2 ngan aku pasal peta rumah, pasal kad.... kad aku tu memang fully in malay lah, siap ada tulisan jawi...lepas tu majlis 2 tempat buat serentak, dekat2 pulak tu.... kena la aku bercerita sikit.. bile tengok peta tu, semua orang ingat zuel tu jiran aku. bajet macam kenal2 sebab setaman, main kenyit2 mata laar? hehehe... padahal aku kenal sebelum dia duduk situ lagi.

dulu aku dah plan...siap dah draf konon nak buat kad dwi bahasa... tapi karang macam poyo je kan... macam la aku keje kat international company... lagipun bukan ramai sangat cina2 yang dapat kad ni, ade la dalam 20-30 orang, semua pun paham bahasa melayu, at least tengok nama jemputan ngan peta pun dah paham kan...

since kad aku tu lebih "kemelayuan"... bile aku dah pass kad ni kat diorang, aku rasa cam bangga jugak (eceehh!) sebab aku bawak "identiti kad orang melayu" terutama part kufi tu. ada sorang amoi ni ingat, kufi tu corak2 design kad... aku explain la kat dia... itu sebenarnya tulisan jawi... nama i n husband... ^_^

tak sesia buat "kad kawin melayu"... bagi diorang yang tak pernah attend malay wedding, nampak excited la nak datang... yerla, nak tau cemana cara majlis orang melayu kan...siap tanya ape menu aku untuk diorang...hehehe

diorang tanya jugak.... kenapa kad kawin warna hitam? sebab bagi diorang kan, bile part kawin mesti mau merah atau pink. hitam ni pantang bagi diorang.... mengikut kepercayaan diorang la. aku buat kad hitam sebab cantik...tu je aku jawab =p. yang sebenarnya, aku pilih kad berwarna hitam, sebab warna hitam tu bile dipadankan dengan kufi, nampak modern, ringkas dan elegant.... (tu diaa budak designer dah bersuara) ok cukup. kang ade yang muntah.

tapi warna kad takde kaitan ngan warna tema.

now kad kawin yang kena bagi by hand dah settle bagi kat semuaaaa orang, mule2 tu bile tengok kalendar, aku rasa euwww awalnya nak kasik kad kawin ni... tapi untuk 2 minggu awal, just nice la. bile aku dah announce cuti, dah bagi kad, staff lain tau la aku akan cuti lama, so diorang bole catch up awal2 ape2 kerja yang berkaitan. jadi bile aku cuti, takde la diorang pun terpakse tangguh keje sebab aku takde... kat sini aku je sorang yang buat design. jadi, bagi kad awal, settle keje awal2. semua orang senang. ^_^

2 comments:

  1. naseb pandai cover kad tertinggal dalam kereta. hek

    ReplyDelete
  2. dhiera, plan je nak cakap macam tu, tapi bile hulur kad, tak tercakap... pasal amoi tu kata :

    "aaa ini u baru buat (tulis) tadi kan...i tau laaa"

    saya : sengih

    ReplyDelete