16 December 2011

ATURCARA

7 hari lagi...
....baru terhegeh2 nak buat aturcara kan?
ok, majlis kahwin aku ni  unik  pelik sikit...(orang kata...) yang mana majlis kedua belah pihak, dua tempat, dibuat satu hari... serentak. yang membezakan hanyalah timeline. belah dia start lambat sikit. so sape yang datang pukul 12 tengahari tu, korang leh tolong wat arrangement meja je la eh, pukul 2 petang kang baru bole makan. hehehe.

majlis aku : 11 pagi - 5 petang
majlis zuel : 2 petang - 7 malam

rasanya dah banyak b2b citer pasal aturcara, dan aku pun amik ilham diorang jugak, just olah balik ikut kesesuaian aku.

aku takde la fussy sangat part ni, so... buat yang basic je la. ayat kat bawah hanya untuk entri ni, tapi aturacara yang aku nak kasik kat orang2 yang terlibat mestilah menggunakan bahasa yang lebih proper...
ATURCARA MAJLIS PERKAHWINAN NURRUL AIN & ZUELIZRY

11.00 pagi
: Ketibaan tetamu. Kata aluan kedatangan tetamu sahaja. sukati dj / mc nak cakap cemana..

12.00 tengahari
: Ketibaan Zuel dan kaum kerabat diiringi paluan kompang.
: Aku tunggu di khemah / duduk kat luar sehingga selesai acara "sedara mara menge-pow duit tol zuel" sambil pengapit hadang muka aku ngan kipas...cheewah.
: Zuel dah lepas tol, aku salam, pastu beriringan pegi ke meja makan beradap diekori para VVIP yang akan duduk sama.
: Mari makan. baca doa dulu oleh pakcik. (sebutkan nama beliau)
: Lepas makan, potong kek pulak... gambar sikit2. zuel suap kek kat aku, pastu zuel suap mulut dia sendiri.

1.00 petang
: Masuk ke dalam rumah, sanding.
: Acara merenjis (ade jugak ke?).. sebutkan nama. tak payah ramai2. orang tua yang penting2 je... dapat bunga telur.
: Settle renjis2... MC sebutkan
"sesi bergambar saudara2 sebelah pengantin perempuan..."
"sesi bergambar saudara2 sebelah pengantin lelaki..."
"sesi bergambar kawan-kawan..."
this time sape nak jumpe, nak bergambar, sile masuk dalam rumah yaa...

2.00 petang
: Amik gambar dalam bilik
: Terus tukar baju, touch up nak pegi rumah zuel pulak...

3.00 petang
: Kompang kedua.. pengantin berarak ke rumah zuel... kalau ade kawan2 nak ikut, dipersilakan. nanti dapat 2 goodies. ohsem! haha
aturacara sebelah zuel aku tak tau cemana... yang aku tau ade majlis perasmian rumah dia, dan makan beradap je...

from my few officemate yang mungkin tak dapat datang. 
kan aku cakap, kat opis aku sorang je melayu. tu pasal sampul semua Gong Xi Fa Cai

6 comments:

  1. pergh... ini memang penat la~ confirm lembik malam tu. tapi hari tu je la. dah tak ada penat hari lain dah.

    unik kot ain. tak pernah jumpa lagi orang buat macam ni

    ReplyDelete
  2. dhiera,

    kena minum red bull ni...ahahaha

    ReplyDelete
  3. sampai pekena red bull segala ni~ semoga bertenaga ye! yg penting senyum~

    btw, thanx for ur advise!

    ReplyDelete
  4. dhiera,

    thanks dear... memain je cakap minum red bulls tu...ekeke

    ReplyDelete
  5. ain, kad jemputan ain kite dah dapat taw sabtu ritu~ insyaallah, kalau berkesempatan kita akan singgah. kalau tak datang pun, kita sentiasa doakan yang terbaik untuk ain.

    barakallah!! semoga hubungan ain dan bakal suami sentiasa diberkati Allah SWT.

    pst: kad tu unik~ rasa nak buat entri pasal kad tu. lagi2 siap ada penghargaan. perrrghhh... tak pernah jumpa~

    ReplyDelete
  6. ^_^ terima kasih lagi kat dhiera...

    ps : penghargaan tu salah satu cara saya cube promote servis diorang yang bekerjasama dengan saya... dan promote bisnes sendiri jugak... ekekek (IZ Photostudio & IZ Design Studio)

    ReplyDelete