24 November 2011

TASBIH

semalam aku langsung takde mood nak buat keje... dok surfing selama lapan jam depan pc, bangun bile nak pegi jamban je....
few days before aku buat sujud syukur sempena malaysia menang pelawanan bola sepak menentang indon, sampai lebam lutut aku sebelah.
ok tipu.
pada malam kejadian malaysia menang emas sukan SEA tu, aku terjatuh sebab kaki seluar aku tersangkut kat stering lock yang aku letak tepi driver seat, masa aku nak turun dari kereta, makaa.....  tapi takde la jatuh tersembam... jatuh macam org nak sujud tu, bezanya sebelah lutut je yang jejak atas jalan (atas jalan tar ok... yang kasar tu) oleh kerana kepala lutut telah menampung berat badan aku, maka hasilnya lutut aku biru sekrang, nak sujud lepas takbiratul ikhram masa solat pun tak sempurna. sakit! kekadang aku solat duduk je. anggap je darah manis. lagi sebulan nak kawin la mase tu...

okeh, membebel macam ape, aku sebenarnya nak citer pasal idea goodies yang aku rasa tak kurang  hebat  bagusnya. harga? tentu la berpatutan, sebab aku pun pengantin  yang tak berapa nak berduit  bajet jugak....

kalau korang tercari2 idea nak bagi goodies nikah ke, kawin ke, tunang ke.... atau mancari something different nak bagi kat tetamu, apa kata bagi TASBIH...
rata2 harga tasbih ni agak mahal jugak, depends pada kualiti dan jenis biji2an yang digunakan... yang paling murah pun, kat mydin lah. itu pun tengok dari blog orang lain... pernah jugak tengok sendiri kat mydin, tapi takde la betul2 nak tengok sejauh mana murahnya harga dia....

tapi kat MAZSA BIZ ni lagggiii murah wa cakap lu. siyes! lagi pulak handmade ok. lepas tu tasbih bukan pakai tangsi, tapi pakai wire, atau nama betulnya "tiger tail"...

sesuai la dengan slogan dia :
HARGA DIJAMIN MURAH....
LEBIH MURAH DARI PASARAYA =)
BOLEH PILIH WARNA MENGIKUT TEMA MAJLIS

aku tambah :
SANGAT CANTIK, ORANG TAK BUANG,
KALAU ORANG GUNA, KITA DAPAT GAK PAHALA.

aku ni kalau part goodies.. tak habis2 ngan emosi  lalat  ralat dia...kan bagus kalau aku leh order tasbih ni awal2 untuk kasik kat semua orang kan.... lastly, aku order 51 untai tasbih untuk goodies belah zuel saja (harap zuel tak baca)... 50 untai pendek (33 biji) dan satu untai panjang (99 biji) untuk hantaran.

so... ape lagi tunggu tu? pegi usha cepat!


5 comments:

  1. serius ke murah?? efa tgh cari ni tasbih...utk majlis nikah...tapi xtau carik mane

    ReplyDelete
  2. efa, siyes murah.... paling mahal pun dia jual RM2.00 seuntai tu... ^_^

    ReplyDelete
  3. ain, paling mahal rm2? gile ape? nak jugak la cam ni~

    ReplyDelete
  4. Paling murah saya beli kat klang, jln wan hassan kt tempat jual2 brg perkahwinan..tasbih tu harga rm1.20 jer..cantik batunya dari china..saya beli dlm 70 pieces.

    ReplyDelete