01 November 2011

Rumusan : PROSES PERMOHONAN BERKAHWIN

Ringkasan Proses Permohonan Perkahwinan
(untuk orang bujang yang belum pernah berkahwin)
A SEBELUM MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Pra-syarat berkahwin, yang kedua-dua pihak perlu patuhi :-
- Menghadiri Kursus pra-perkahwinan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum
tarikh pernikahan dan mendapatkan Sijil Kehadiran Kursus.
- Mendapatkan pengesahan mengenai status bujang dari Penghulu atau Ketua Kampung atau majikan yang beragama Islam.
- Sekiranya saudara baru, mendapat Akuan Memeluk Agama Islam atau Sijil Pengenalan Saudara Baru yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah.
- Sekiranya tinggal di alamat yang berlainan dari yang di catit pada kad pengenalan , perlu mendapat Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu.

B PERMOHONAN KEBENARAN BERNIKAH

Beli borang (1 - lelaki ) atau (2 - perempuan)
– Borang Permohonan Bernikah di Pejabat Agama Daerah.
Bawa bersama :-
a) Kad Pengenalan jika datang sendiri atau salinan kad Pengenalan jika berwakil...
b) Bukti bermastautin jika alamat bermastautin berbeza dari alamat pada Kad Pengenalan.

Kemukakan Borang Permohonan yang telah dilengkapkan ke Pejabat Agama Daerah:-
- Borang 1 dan 2 diisi dengan betul.
- Pemohon tinggal dalam kawasan bidang kuasanya.
- Wujudnya wali nikah yang sah.
- Sekiranya Saudara Baru, menyemak Dokumen Pengenalan Saudara Baru.
- Sekiranya meragukan, perlu dipastikan sama ada anak dilahirkan dalam atau luar nikah.
- Sekiranya anak angkat , pastikan waris yang boleh mewalikan.
- Sekiranya Pernikahan Berwakalah,  memastikan Wakalah ditandatangani oleh orang yang layak menjadi wali, disaksikan oleh seorang Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk atau Duta Malaysia di luar negara serta menyatakan dengan jelas nama atau pihak untuk menjalankan akad nikah.

Bawa bersama dokumen-dokumen berikut :-
- Kad Pengenalan kedua-dua pihak.
- Salinan kad pengenalan 2 orang saksi borang.
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
- Bukti bermastautin jika alamat pemohon berlainan dari yang dicatit pada Kad Pengenalan.
- Salinan kad pengenalan wali.
- Surat Akuan Status Bujang dari Penghulu atau Ketua Kampung atau Majikan yang beragama Islam.
- Jika berkhidmat dalam Angkatan Tentera atau Polis, Surat Kebenaran Khas dari majikan.
- Wakalah wali jika wali berwakil hendaklah disahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan rujuk.
- Sijil Nikah ibu bapa jika pemohon adalah anak perempuan sulung atau walinya
- Sijil Anak Angkat (jika ada).
- Borang Pemeriksaan kesihatan kepada bakal pengantin (HIV Test)
- Sijil atau pengesahan memeluk Islam jika saudara baru.

Sekiranya salah seorang dari pasangan datang dari Daerah atau Negeri yang lain, selain dari borang (1), (2) dan dokumen- dokumen yang dinyatakan di atas, permohonan juga hendaklah disertai dengan  Borang
Kebenaran Bernikah di luar kawasan bidang kuasa iaitu bahagian belakang Borang 3.

Jika pemohon bernikah di tempat lain, dokumen - dokumen yang diperlukan adalah sama seperti peringkat (2). Pemohon hendaklah  memastikan bahawa borang (1), (2) dan belakang
Borang (3) telah ditandatangani. Sebelum Majlis Pernikahan, pemohon hendaklah menyerahkan dokumen- dokumen tersebut kepada Jurunikah di tempat pernikahan dijalankan.

C MAJLIS PERNIKAHAN
Di majlis Pernikahan perkara-perkara di bawah ini hendaklah disempurnakan :
- Borang 3 telah ditandatangani oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk.

Perkara lain yang perlu dipastikan :-
a) Memenuhi Rukun Nikah iaitu
Lelaki (suami),
Perempuan (isteri)
wali
dua (2) orang saksi
sighan (Ijab dan Qabul).

b) Dua (2) orang lelaki yang berkelayakan menjadi saksi bagi pihak lelaki dan dua (2) orang lelaki yang
berkelayakan menjadi saksi bagi pihak perempuan.
c) Memastikan wali adalah sah mengikut hukum syarak.
d) Menentukan sama ada wali akan menjalankan sendiri akad atau mewakilkan.

D PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Pendaftaran Perkahwinan hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah pernikahan dijalankan dengan menggunakan Borang 6.

E KAD PERAKUAN NIKAH
Kad Perakuan Nikah dapat diperolehi dengan memohon di Bahagian Undang-Undang Syariah dengan bayaran sebanyak RM30.00 disertai dengan :-
a) Borang permohonan yang lengkap
b) Salinan Kad Pengenalan kedua-dua pihak
c) Salinan Sijil Nikah (Borang 8)
d) Gambar kedua-dua pihak.
Pemohon akan dipanggil semula apabila Kad siap.

pengalaman aku sendiri - untuk cerita yang lebih detail :

*******************************************
Promosi Jurugambar Perkahwinan
1 MAY 2014 - 31 DEC 2014

Pakej B RM700 RM650
***DISKAUN RM50

Pakej C RM1150 RM1050
Pakej D RM1250 RM1150
***DISKAUN RM100

Syarat untuk diskaun :
>>> 50% BOOKING PAYMENT
>>> TEMPAHAN DIBUAT DALAM BULAN MAY - DEC SAHAJA!

Lihat senarai pakej(klik untuk besarkan)
Gunakan kata kunci :
"DISKAUN IZP"
dan call / sms / whatapss ke
012 777 5256
Dapatkan tarikh anda segera! ^_^

No comments:

Post a Comment