01 November 2011

Permohonan Pernikahan Di Negeri Johor - part 2

Ok...kita sambung citer 
"Permohonan Pernikahan Di Negeri Johor" 
yang tertangguh minggu lepas.

CHECKLIST :
Borang Permohonan lengkap; - LULUS
Kad Pengenalan Asal Pemohon dan salinan; - LULUS
Salinan Kad Pengenalan 2 orang saksi ( lelaki ) borang; - LULUS 
( walaupun guna saksi yang sama untuk borang zuel... .)
Salinan Kad Pengenalan Wali; - LULUS
Surat Akuan Status Diri ( bujang, dara, duda, janda ); 
- GAGAL dah LULUS
Laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (H.I.V.); - LULUS
Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI dan salinan; - LULUS
Salinan Sijil Nikah ibubapa; - LULUS
Surat Bukti Mastautin bagi pemohon yang berlainan tempat tinggal dengan alamat dalam kad pengenalan  - TAK PERLU

Hari kejadian : Isnin 31 / 10 / 2011 

Ini satu lagi insiden yang tak berapa dirancang. Aku ngan zuel plan nak hantar borang hari ni, tapi aku sendiri tak sure nak cuti atau keje atau amik half day. Tapi aku keluar pagi2 macam biasa, hantar adik aku pegi sekolah, lepas tu aku terus pegi Pusat Islam / Pejabat Agama Daerah Johor Bahru untuk hantar borang permohonan untuk berkahwin….aku tak saing zuel, pergi lain2 keta sebab masing2 pun tak tau nak keje atau cuti. Aku ni pun selamba badak je tak call opis cakap nak cuti atau nak masuk lambat. Kite tengok hari ni ape cite….

Sampai Pusat Islam pukul 8 pagi. Semangat eh? Hahah…. Terserempak dengan Kadi Johor Bahru yang baru nak punch card… kaunter bukak pun pukul 8.30 pagi…itu baru bukak kaunter…bukak nombor giliran tak tau laa pukul berapa. Last2 kitorang pegi breakfast dulu kat café. Makan rilex2… pukul 8.30 pagi gerak naik.

Kan aku dah kata… nombor giliran lom bukak lagi. Duduk la melangok kat kosi tu. Dengar je bunyik mesin petik nombor giliran, zuel dengan segera pegi amik nombor… kalau harap aku… terhegeh2 la kan…


STEP 9 : Hantar Borang 
Amik nombor, tunggu giliran, lepas dipanggil, hantar borang kat kaunter. Borang kitorang kan dah cop dan kitorang pun dah di-interview minggu lepas, so cuma nak check balik je la ape yang tak cukup.

STEP 10 : Sijil Kebenaran Berkahwin (Dalam / Luar Daerah) 
Lepas kerani tu semak borang2, dia suruh kitorang pergi kaunter jual beli borang untuk buat bayaran RM5.00 untuk dapatkan sijil kebenaran berkahwin. kena bayar yer~~ dan sile sediakan duit cukup2. kalau takde, korang kena pegi tukar kat mana2 dulu… pastikan dapat jugak RM5.00 hijau tu….dah bayar, dapat borang, terus serahkan kat kaunter “penyerahan sijil kebenaran berkahwin”. Tak payah amik nombor pun. Dan jangan bijak sangat nak pegi isi sendiri. Kat kaunter tu dah ada kerani yang akan taip butiran bakal pengantin, kang dia takde keje pulak.

Sila duduk sementara kerani tu taip sijil kebenaran… sijil ni bukan la macam sijil2 penghargaan tu…dia lebih macam surat je laa…bile dah siap, dia bagi borang tu kat sape ntah (aku tak tau ape jawatan dia - penolong pendaftar kot) untuk final check dan dia yang akan sign tanda borang tu “approve” dan lengkap.

mase ni baru la aku call opis cakap nak cuti sebab sakit gigi.... hehehe.

STEP 11 : Hantar Sijil Kebenaran Berkahwin 
Bagi sape2 yang akan kawin kat luar daerah tempat tinggal korang, Sijil Kebenaran Berkahwin Luar Daerah ni mesti dirujuk ke Pejabat Agama Daerah mana korang nak nikah tu. Semua dokumen yang dilampirkan bersama kena fotostet 1 salinan.

Macam aku ngan zuel, tinggal dalam daerah Johor Bahru, tapi nak nikah dalam daerah Kulaijaya, so aku kena hantar Sijil Kebenaran Berkahwin kat Pejabat Agama Daerah Kulaijaya….. Lepas siap urusan kat Pejabat Agama Daerah Johor Bahru, aku terus pergi ke Pejabat Agama Daerah Kulaijaya. kat sini takde sistem nombor giliran, datang je terus kat kaunter tu… Kerani kat kaunter tu amik Sijil Kebenaran Berkahwin dan semak lagi, cop2…sign2… kemudian kena beli lagi borang 3, 6 dan 8…:

Borang 3 - Kebenaran Pendaftar Untuk Berkahwin RM5.00 
Borang 6 - Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan RM2.00 
Borang 8 - Sijil Nikah RM10.00 

Total RM17.00… 

STEP 12 : Hantar Borang kepada Kadi 
Dah dapat sijil nikah kan? Jangan pulakkk pegi isi. Ada kerani kat pejabat agama tu cakap, ada kes pengantin isi sendiri sijil nikah tu…daaahhh tak valid, kena beli yang baru. Kena ingat, borang 3, 6 dan 8 tu takde kaitan ngan bakal pengantin, semuanya mesti diserahkan kat kadi. Lepas tu pejabat agama bagitau sape kadi yang nikahkan kitorang, sila tulis nama, alamat n no phone kadi tu. Selebihnya kitorang kena pegi jumpe kadi untuk serahkan semua borang tu. FINAL STEP!

Sape2 pun bole je jumpe kadi, tak kisah la wali ke, pengantin ke, tunang ke… pakwe makwe ke… cam aku, zuel yang pergi serahkan borang2 tu semua kat kadi. Aku tunggu dalam keta je….

Okeh… lega dah settlekan hal borang ni….tunggu akad saja! yeahhhhh!! ALHAMDULILLAH!!
*******************************************
Promosi Jurugambar Perkahwinan
1 MAY 2014 - 31 DEC 2014

Pakej B RM700 RM650
***DISKAUN RM50

Pakej C RM1150 RM1050
Pakej D RM1250 RM1150
***DISKAUN RM100

Syarat untuk diskaun :
>>> 50% BOOKING PAYMENT
>>> TEMPAHAN DIBUAT DALAM BULAN MAY - DEC SAHAJA!

Lihat senarai pakej(klik untuk besarkan)
Gunakan kata kunci :
"DISKAUN IZP"
dan call / sms / whatapss ke
012 777 5256
Dapatkan tarikh anda segera! ^_^

No comments:

Post a Comment