25 November 2011

MANA SATU KORANG NAK?

sonot sangat nak kawin agaknya, ade ke benda yang pertama yang aku tempah setahun awal dulu adalah....

inai / henna
tanpa pikirkan kos, sesedap rasa je la aku order. skrang ralat lagi. perkataan "ralat" ni pun ntah ke berapa kali aku tulis kat blog. few hundred untuk benda yang takat kekal 2 minggu kat tangan, 3 bulan kat kuku? waaduuuh.... dah buat pilihan yang salah.

nak cancel pun tak boleh, dah bayar deposit.

kisah yang aku nak citer ni adalah pasal....
hari tu mak andam aku ada pesan.... kalau bole masa nikah tu jangan lukis inai atas tangan tu,  takut2 kalau kadi tak mahu nikahkan kalau tangan berlukis....

tuuu diaaa....takut tak? takut taaakk? jangan wat pasal. masa fitting baju hari tu, aku sempat la korek citer. yang kena tu, pengantin kat pasir gudang yang which kadi pun aku tak tau lah. pengantin tu memang client mak andam aku lah... so ini bukan citer sampai nyampai dari mulut ke mulut.

bile kadi tengok tangan berlukis inai, kadi tu tak mahu nikahkan dulu. dia suruh pengantin tu pegi basuh inai tu...sampai pudar2 sikit, lepas tu pakai sarung tangan. baru lahhh kadi tu nikahkan dia.

kalau lah aku yang jadi pengantin tu, mau daaahh berjujoq ayak mata idung semua keluaq....
giler kau... lagi nak pakai sarung tangan,  kalau mase tu takde??? mana nak cari?? kalau mase tu nikah kat masjid?? tak ke kena balik rumah carik sarung tangan....

kes lain yang aku pernah dengar, biasanya kadi cuma "tarbiah" la si pengantin tu. kalau aku, aku malu la kot kalau kena bebel kat situ jugak depan2 orang lain....silap2 merah muke bukan sebab seri, tapi sebab tahan malu.

dan sekarang ni pun aku tengok banyak gambar pengantin2 kat Johor ni tangan bersih je, suci murni... kosong! pakai inai hujung jari je... tak tau la sebab kes ni atau sebab diorang tak suka pakai...tak nafikan memang ade yang tak suke nak lukis2 tangan.

tetiba skrang aku rasa pattern yang aku pilih tu, agak crowded... nak gi tukar pattern lah. sian akak tu layan ragam aku ni. sabar ye kak!

korang pulak cemana? nak yang ini...


atau yang ini...


tetiba aku jumpe blog DIY Henna.... 

1 comment:

  1. henna DIY je? pada saya, tak penting sgt kot henna ni~ klo ada rezeki, nak jugak buat. lalalala

    ReplyDelete