16 November 2011

CABUT GIGI DI KLINIK KERAJAAN

Kisahnyaaa aku ada satu gigi berlubang...
gigi kalau berlubang, ape lagi... memang jadi port lepak sisa makanan lah... sangkut kat lubang tu. kalau sangkut, aku gali. nama nak pegi tampal gigi tu takde laa... tu masa lubang kecik. ada terpikir nak pegi tampal, tapi dok tangguh2, baik2 lubang tu kecik je, dah jadi lubang perigi haaa...kekadang rasa sakit. tapi aku kumur garam n gosok gigi campur ngan garam. tak pun telan painkiller.

itu lubang kat gigi geraham kanan. lepas tu, gigi geraham kiri lak mule berlubang. start kecik tapi dah bole jadi tempat lepak terbaru sisa makanan... aku decide nak pegi tampal. tampal dua2... gigi geraham kanan n kiri...

aku pegi private klinik. tapi doktor gigi kata, yang belah kanan tu dah lubang teruk sampai gigi aku dah terbelah (merekah) dua... jadi dia tampal yang kiri je. dia tanya jugak, nak cabut tak gigi yang dah rosak tu...aku cakap "sakit tak?"... doktor jawab "kalau tak nak sakit, datang awal..." pastu gelak.

ok tak cabut. plus aku pikirkan bajet nak cabut gigi. kang cabut + tampal gigi konfem jejak seratus lebih.

gigi yang berlubang tu makin lama makin parah...sampai la mase birthday aku bulan lepas, dia dah patah sebelah masa aku kunyah makanan... bayangkan, gigi geraham yang dah retak 2, patah satu bahagian. so tinggal sebahagian lagi. cacat dan nampak laa lubang yang maha dasat kat gigi tu. hiks!

sejak 2-3 hari kebelakangan ni, gigi yang dah rosak tu mula sakit2 balik. tapi bole tahan lagi. aku berkira2 nak pegi cabut ke tak ni... nak pegi cabut, takut sakit, tak cabut pun nanti akan sakit jugak...lagi panjang sakit dia...sape dekat silap2 bole kena penampo...

pikir2 lagi nak cabut ke tak? sambil korek duit tabung. ok tipu.
tapi untuk sekarang ni memang aku takde duit sangat nak cabut gigi kat private klinik. but...semalam, Cik Bam citer dia pegi tampal gigi kat klinik kerajaan....RM2.00 jek. terus aku pun terpikir.... why not try cabut kat klinik kerajaan....

dan dan la malam tadi aku google sikit pasal cabut gigi kat klinik kerajaan, tapi tak banyak citer aku jumpe. sampai aku bangun tido hari ni, aku tak decide lagi nak pegi cabut gigi ke tak? lepas solat subuh, aku doa, kalau cabut gigi tu baik untuk aku, buka kan hati aku nak pergi cabut gigi. amin.

lepas hantar boboy gi skolah, aku drive terus ke klinik kesihatan larkin. hati still rasa belah bagi. sampai kat larkin... ok, agak banyak keta, ke... sebab klinik tu pun kecik so aku nampak macam ramai...? ke.. sebab aku tak pernah pegi klinik kerajaan sejak akil baligh ni so aku rasa ramai orang? ok pusing 2 kali takde parking. keluar. benti tepi jalan... masih timbang2... rasa hampir tak nak pegi.

pikir lagi, kalau cabut, sakit kejap je. kalau tak cabut, sakit lama. dan gigi tu pun memang pasti akan kena cabut gak satu hari nanti. ke nak tunggu gusi bernanah? ke nak tunggu kena operate? lagi parah boi....yang aku ni pun satu, cabut gigi dah 2 kali, puuunnn still nak takut macam tak pernah pegi cabut gigi. tapi dah lama la, masa sekolah dulu.

ok, depan klinik tu ade kompleks belia dan sukan, situ banyak parking, tapi kena seberang jalan. ok. park je situ. jalan sikit. exercise (padahal dah tak dapat park dekat2, lagi nak sedapkan hati kann)

masuk klinik pergigian. pegi kaunter. ada mamat smart tengah borak. bagi salam. aku dengan muka tercangak bangak, bagitau dia "aa saya nak cabut gigi"

dia tanya "pernah datang? macam tak pernah datang je...?"

sengih. memang tak pernah datang. dia mintak ic, tanya aku dok mana...aku cakap la aku duk pulai. dia cakap "uii jauhnya datang??"

aku cakap la aku keje area sini2 je... dia tanya lagi "keje ape?"
aku cakap "keje kilang je..." ok malas nak panjang cite. lagipun klinik gomen ni biasanya untuk golongan sederhana n kurang kemampuan. aku pun kurang kemampuan per... kurang kemampuan untuk bulan ni la....

ok, cam biasa, letak ic kat tray. aku tengok jam 8.30 pagi. tak lama tu pembantu klinik tu panggil, isi kad merah. bodo2 je isi macam tak pernah isi form. lepas isi, dia suh duduk tunggu no 8... takde petik nombor.. dia cakap je aku dapat nombor brapa....

aku tengok skrin nombor masih kosong tak bernyala. tengah bebel2 kat whatsapp, nombor keluar... satu.. dua... tiga.. ok laju gak. belum kol 9 pagi aku dah masuk bilik rawatan.
ni tengah tunggu giliran dalam bilik rawatan. ada 2 kosi untuk rawatan gigi, satu lagi tak nampak dalam gambar. semua busy. tak mesra alam sangat la... mesra sikit2 je. bila assistant doktor gigi panggil (lelaki n tak mesra pun...tapi tak la garang) aku baring la kat kosi yang tak nampak tu. pastu doktor gigi pempuan tu tanya nak buat ape? (nak buat bodoh leh?) aku cakap nak cabut gigi... dia tanya gigi mana...sambil belek2 dalam mulut aku. dalam hati, eh doktor ni tak nampak ke? aku kata, "gigi yang rosak ni..."

doktor tanya lagi "yang mana? atas ke?"...

aku jawab aaa... sambil nganga mulut. pastu dia periksa satu2 gigi aku sambil sebut ape ntah dalam bahasa pergigian. yang aku paham cuma "one infection".

doktor tanya "ada sakit tak malam tadi?"

takde sakit. pastu nampak dia amik something...
oohh okk... sedia. dia nak cucuk gusi aku. ok... tahan je. tak sakit tak sakit tak sakit aku bayangkan sambil pejam mata.

ok dah? turun. lelaki tu suruh aku tunggu luar.
**ini gambar selepas aku kena bius... tunggu nombor lagi...

macam ade batu dalam mulut. kebas. aku diam je. telan liur sikit. euw, agak pahit. pastu aku nampak mamat yang baru lepas cabut gigi keluar dari bilik rawatan, sambil lap darah tepi bibir dia macam kena tumbuk. ok tipu. ada darah sikit tepi bibir, dia kesat pakai jari je. dalam hati aku dah.... ohhh my...

tak lama tu, giliran aku. tawakkal je la.masuk lagi bilik yang sama.

doktor tu godeh2 gigi aku tapi aku tak la rasa pape. rasa sedap je...tapi dok kejungkan badan. doktor bising.

"jangan keraskan badan...! nanti patah gigi awak lagi susah....sakit ke...??"

"tak... takut je" ok now aku dah bagi jawapan bodoh kat doktor tu....kau ingat doktor tu nak pujuk? sorry!

aku genggam tangan atas tangan atas perut....
"tangan jangan camtu...lepas!" ohh garang tegasnyaaa...

aku turunkan tangan, aku set mind... rilex je.. tak sakit pun, sile la enjoy.
ok siyes ni, memang takde rasa sakit.

baring lepak2 je sambil pikir nak kawin menda lain, jangan pikir ape doktor tu wat ngan gigi aku. tau2 aku bukak mata, eh? dah ke? kesat tepi bibir ada darah. macam mamat tadi. hahah...

aku bangun, sebenarnya aku nak mintak gigi aku tu, tapi takut kena marah lak. so tengok je la doktor dah bawak gigi yang merah2 tu atas tray... tak dapat tengok cemana dia punye teruk tu....

doktor suruh gigit kapas ... "jangan kumur, nanti darah lambat benti"

aku cam "aaa?"

doktor ulang lagi "jangan kumur, nanti darah lambat benti..."

aku.. ooo okkk... sambil dalam mulut kemam kapas. telan liur sikit, ada perisa darah.
nak cakap terima kasih pun tak sempat, assistant tu suruh keluar bayar rm2 kat kaunter. fine.
aku pun sama macam pesakit lelaki tadi, kesat-kesat darah kat tepi bibir...hoho

pagi kaunter, bagi rm10... seperti yang aku dah jangka, mesti diorang takde duit nak balik kan. dia suh aku pegi tukar duit kat kedai mana ntah. aku tak jumpe. last2 aku blah, amik keta, pegi shell beli air. ini kalau aku blah tak bayar terus pun bole...aku dah keluar dari kawasan. tapi takkan la aku nak wat camtu kan. RM2.00 pun kalau tak nak bayar, melampau la tu...

patah balik, bayar. amik resit. cakap terima kasih.

pendapat aku cabut gigi kat klinik ni, overall.. ok la. kalau nak banding ngan private, memang kos rawatan dia jauh beza giler... kat private ni mau kena rm70 ke atas... aku save RM68 untuk dapat benda sama. yang tak sama cuma dari segi layanan (tapi kalau tak kena marah / kena herdik pun dah kira besar rahmat), cepat ke lambat (ni nasib2 la) dan suasana klinik tu... masih worth it dengan duit yang aku bole save. 

kalau aku pegi cabut kat private klinik, biasanya ada extra service, seingat aku, dulu2 masa aku cabut gigi, lepas cabut, doktor ada suruh aku kumur2. kalau nak tanya macam2 pun bole. hehehe.

********************************************
Tentu anda semua selalu tertanya-tanya kenapa caj rawatan di klinik-klinik gigi swasta terlalu mahal sedangkan di klinik kerajaan begitu murah sekali. Dan juga kenapa klinik-klinik ini mempunyai caj rawatan yang berbeza-beza bergantung kepada di mana klinik tersebut berada. Sebenarnya, caj rawatan yang dikenakan biasanya setimpal dengan rawatan yang diberi.

Kebiasaannya dalam menentukan hal caj rawatan, doktor gigi perlu mengambil kira
1. Kos utk bahan yang digunakan
- kos ini termasuklah pada kos bahan rawatan, kos bahan disposable ( bahan yang diguna sekali sahaja seperti gloves, mask, penyedut air liur, cawan, bib yang diletak di dada pesakit, jarum suntikan dan sebagainya), kos bahan yang digunakan untuk memastikan semua barang bebas dari kuman ( autoclave untuk memasak barang-barang yang digunakan semasa merawat) dan juga cecair membunuh kuman.
- kita tidak mahu menggunakan bahan yang sama sepanjang hari. Bayangkanlah jika gloves yang ditangan doktor tu telah diletakkan di dalam mulut orang lain..sudah tentulah kita geli. Barang-barang besi yang digunakan biasanya di masak di dalam autoclave untuk membunuh kuman.
(setakat aku tengok tadi, gloves memang doktor tu buang setiap kali lepas merawat seorang pesakit, manakala penyedut air liur, cawan, bib yang diletak di dada pesakit ni aku takde pakai....sebab nak jimat kot... guna bile betul2 perlu je)

2. Kos sewa klinik
- harga sewa klinik memang agak mahal. Sebab itulah harga rawatan di klinik gigi di kampung-kampung agak murah berbanding di bandar. Harga rawatan di Bangsar, Damansara, KL agak mahal berbanding di cheras, kajang, bangi, muar dan sebagainya.

3. Kos untuk memastikan alatan yang digunakan sentiasa di servis dan berkeadaan baik
- kerusi rawatan, handpiece yang digunakan semasa proses menampal gigi, mesin cucian gigi semuanya hendaklah diservis dan kadangkala di ganti jika ada bahagian yang rosak. Peralatan-peralatan ini sangatlah mahal harganya.

4. Kemahiran seseorang doktor
- Doktor yang banyak pengalaman dan mempunyai banyak kemahiran biasanya meletakkan caj yang agak tinggi, setimpal dengan rawatan yang diberi. Biasanya pesakit akan berpuas hati dengan rawatan yang diberi dan tidak merungut jika mahal.
(kalau klinik gomen, tak puas hati pun tak leh nak merungut sangat... ehem)

5. Jenis rawatan
- rawatan yang memerlukan kepakaran doktor gigi biasanya di caj lebih berbanding dengan rawatan biasa seperti membuat sarung gigi (crown), pemakaian braces, membuat rawatan saraf (RCT), pencabutan yang memerlukan pembedahan dan sebagainya.
- jenis rawatan yang memakan masa yang lama seperti pencucian karang gigi yang banyak, RCT, crown, bridge juga agak mahal kerana masa yang digunakan kadangkala mencecah sejam atau lebih dan ini menyebabkan 2 atau tiga pesakit tidak dapat berjumpa doktor gigi.

Kerajaan memang banyak menghulurkan bantuan di klinik-klinik gigi kerajaan kerana caj rawatan terlalu dan teramat murah. Kadangkala saya berasa harganya tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan tetapi bekerja di kerajaan memanglah untuk berbakti kepada masyarakat. Bayangkanlah harga cucian gigi hanyalah RM 2 di klinik kerajaan..tetapi masa yang di ambil untuk mencuci gigi yang banyak karang gigi memakan masa sejam lebih. Kadangkala sebab itulah doktor-doktor di klinik kerajaan menyuruh mereka membuat temujanji atau pergi buat rawatan di klinik swasta kerana masa yang di ambil agak lama dan terlalu ramai pesakit yang menunggu masa utk dirawat.

Di negara-negara lain, kos rawatan pergigian memang lagi mahal sehinggakan ada di antara penduduk negara tersebut yang tidak mampu membuat sebarang rawatan. Tiada bantuan kerajaan yang ada di negara-negara tersebut seperti negara kita. Jadi memanglah penduduk malaysia amat bertuah dibandingkan negara-negara lain.

Sayangilah gigi anda dan jagalah ia dengan baik. Kerana kos untuk merawat lagi mahal dari kos untuk mencegah.. :) 


B Complex dan Ostematrix membantu merawat masalah sakit gigi.

PERLU SUPPLEMENT? KLIK >>> http://vitaminlestari.blogspot.com/

49 comments:

  1. terima kasih kerana share ...saya pown takot gak cabut..takut mahal gak.:"(

    ReplyDelete
    Replies
    1. try pergi klinik kerajaan je la.... jauhhhh lebih murah =D
      kalau private memang confirm caj RM70-100...

      Delete
    2. Dekat klinik kerajaan ada tak buat gigi palsu

      Delete
    3. Klinik Kerajaan ada menawarkan khidmat pembuatan gigi palsu. Untuk pembuatan gigi palsu penuh (semua gigi dah xder) caj RM50.00 untuk satu rahang, so kalau rahang atas (RM50) + rahang bawah (RM50) = RM100.00 untuk satu set..

      Kalau pembuatan gigi palsu separa (beberapa biji sahaja), caj adalah RM10.00 untuk sebatang gigi (kalau sebiji jer). Kalau lebih dari satu batang, tambahan RM2.00 untuk setiap batang. Cth 4 btg gigi (RM10 + RM2 + RM2 + RM2) = RM16. Tapi kalau 8 batang ke atas automatik akan dicaj RM25.00.

      Delete
    4. Ok tq.......sebab saya nak but gigi palsu sebab gigi saya cepat retak......sya gigi dari kecil tak baik tumbuh ja gigi to mesti kuning......dah lama dah aku na buat gigi palsu ni tapi segan pula terlalu muda sya dah ada gigi palsu pula,malu pun ada

      Delete
    5. bro lau gigi berlubang dan hitam leh tampal lg ke agak2??lau boleh bape kosnye lau klinik krajaan??nk senyum pon malu daaa

      Delete
    6. gigi berlubang dan hitam tu kiranya dah kena karies la...bole je tampal tapi kalau berlubang teruk, memang kena cabut dah... klinik gomen mesti murah je...ntah2 tak sampai rm50...

      Delete
  2. saye pun tgh sakit gigi ni, tp still x berani nak ke klinik..tp masuk ni
    dah kali ke 3 saye sakit,..x thn lg, try baca pglaman kat blog,.jumpe blog ni,.so sy rase strong skit nak ke klinik..
    thanks for the storey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zarith, tiada apa nak ditakutkan... lagi takut kalau gigi rosak tu sampai buat gusi bengkak, nanti bole kena operate, lagi seram... at least lepas dah cabut tu lega, takde sakit gigi lagi~~

      =)

      Delete
  3. Samelh gigi sy yg berlubang ni da 5 kli sakit. Pas nekadlh cabut...tp takutttnyee..^^

    ReplyDelete
  4. Rasanya skang gomen dh oke kannn....adoiii la. Sakit gigi niii...

    ReplyDelete
  5. Saya baru lps cabut gigi...kt klinik kjaan ja...ok ja..mana2 pun...xperlu mbazir duit...caranya sama saja...x sakit pun...cuma skit je masa nak bius ubat...masa cabut x sakit dah...kesan ubat bius tadi...ni duk tggu darah berhenti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Issa

      sempat tu tinggalkan komen lepas cabut gigi yer,,,heheh... ok je cabut gigi kat klinik kerajaan, cuma kekadang layanan garang sikit je la... =)

      Delete
    2. Hehe nak buat mcm mane, kerajaan pesakit datang 20 org sekaligus mcm mane le nak melayan setiap org, terlebih layan yg lain merungut lambat.....kalau swasta 2-3 sejam baru datang sempat le extra servis....

      Delete
  6. Saya baru lps cabut gg geraham.dari 3 graham dah tgl dua sebelum ni. Sama kiri kanan. So skrg yg kiri dah tinggal 1 dan minggu dpn saya nak cabut yg kanan pulak sbb depa ni sakit serentak sepasang.so mmg nak kena buat gg palsu. Yg saya sedih tu gg saya msh elok.cuma gusi yg tak kuat nak pegang. Rasa nak nangis tengok aset kena pisah dr badan.tk atas info gg palsu. Saya cabut ni di seremban 2. Doktor ok. Baik. Bayar rm2 sj.tq

    ReplyDelete
  7. Adoi.. sakitnye gigi. Takleh tido ni. Esok raya. Sempat x cabut ari ni? X tahan dh ni

    ReplyDelete
  8. masa cabut gigi geraham bongsu dulu, saya buat kat klinik gigi kerajaan, doktor terpaksa buat pembedahan gusi pasal akar gigi dah patah dalam. masa tu ada infection, so doctor bagi antibiotik dulu dan buat appointment minggu berikutnya. time bedah tu, tak rasa apa-apa pasal dah bius, tapi siap playar, drill, dan macam2 alatan lagi (cewah mcm nak buat construction pulak) pasal nak buang akar yang jauh ke dalam tu. dua kali bius pasal akar gigi tu degil sangat,sampai bius yang pertama dah hilang kebas. lepas bedah kena la jahit balik gusi tu. habis rawatan cuma bayar RM50 je sbb bedah. berbaloi juga sebab rawatan menyeluruh, siap x-ray gigi lagi. sakit tak lama. esoknya dah tak sakit lagi, cuma rasa nyilu2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi pegi klinik gigi kerajaan ni...kena sabar sikit la..

      Delete
  9. Oo bagus ek kerajaan. Sebab ada gak cakap takut nk gi kerajaan sebab ganas dll tak sama mcm swasta. Skrg saya rasa lebih berani la nk gi kerajaan. Sebab baca komen aIni nampak ok. HuHu
    Berusaha!!!
    Sebab gigi yg kat bawah sayu tu doc swasta kata kena bedah sikiy sebab dah sumbing. Huuu takutnya nak bedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan saya pun ada pegi bedah gigi kat hospital sultanah aminah. okey je. jangan expect banyak sangat, tak dilayan kasar or menyakitkan pun ok dah

      Delete
  10. Betul2 saya sokong kata2 mrs zuel....yg pnting kita pun x bnyak songel klu gi klinik kerajaan....x kena marah dah kira okey tu....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...kan... biasa la... kite kalo keje banyak pun stress gak kan... anggap la doktor gigi kerajaan pun camtu...iihih

      Delete
  11. Saya ke klinik gigi hari ni sebab gusi kat sebelah kiri sakit..bile dok cek dia kena operate n cabut gigi geraham yg bongsu..dr bg antibiotik n ubat tahan sakit..rm45..pastu pembantu klinik cakap dtg semula hari sabtu baru buay operation..kos operate rm 600..terkejut dengar..esok nak pi buat appoinment kat klinik gigi kerajaan..free je rasanya sebab keje gomen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wan... memang kos operation gigi kat klinik swasta lebih mahal. ok la tu kalau ade kelebihan staff gov, pegi buat kat klinik gigi kerajaan je... save banyak! hihi

      Delete
  12. Salam..Hari ni pegi klinik gigi swasta..dr cakap gigi geraham bongsu kena operate.n cabut.kos nye rm600..kos antibiotik n ubat tahan sakit rm45..huhu..esok kena g wat apoinment kat klinik kerajaan ..free kot sebab keje gomen gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat appointment jugak ke. Kalau cabut terus tak boleh ek?

      Delete
    2. tengok kes jugak.. kalau setakat nak cabut gigi biasanya bole terus buat. kalau kena operate tu yg kena buat appointment

      Delete
  13. Hari ni saya pergi cabut gigi dkt klinik pergigian dato keramat, gigi geraham bongsu berlubang doc sarankan cabut je. Dalam hati takut nya...doc bius tmpt gigi nk cabut tu, eiii ngilu! Lepas tu keluar bayar RM1 utk ubat bius, then dalam 15 mins doc panggil balik utk cabut. Godek punya godek * tak rasa apa apa* tercabut la sudah gigi ku..siap tngakp gmbr lagi! Nurse and doc very friendly.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, on the spot cabut ke atau kn buat appt dulu? Area mn klinik ni?

      Delete
  14. Terima kasih utk info. Saje memalam nak search cter pasal cabut gigi. Sbb esok nak g cabut gigi. 3 bulan lps g tampal (klinik kerajaan). Pastu rasa sakit blk. Mmg dah syak kena cabut redha kan jelah. 2011 gigi ni sakit sbb berlubang. S3lalu g klas asyik mkn gula2 x sedar gigi dh teruk. Tampal dkt klinik swasta mmg mahal sbb waktu x terpikir ada klinik kerajaan (kuno). Gih2. Nak tanya klinik kerajaan ada wat pemasangan braces jgk x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. klinik kerajaan ada jugak untuk pasang braces, sure murah dari private cuma kalau tak silap, kena amik turn kot? ada jugak kawan kata, untuk 18 tahun ke bawah je, kalau dah tua, kena pi private...ehehe

      apa2 pun cuba tanya doktor masa awak cabut gigi tu. good luck!

      Delete
  15. Klinik Pergigian Datuk Keramat KL terletak kat belakang LRT Jelatek . Berhadapan dengan ruang parkir besar (berbayar). Kalau diikutkan klinik ini tak berapa ramai sangat orang nak banding dengan klinik lain di kawasan sekitar ni . Cuma disaran datang awal pagi sebab free parking tak banyak sebab biasalah org pepagi dah parking siap2 nak terjah berebut naik lrt . Staf dan doktor sana pun baik2 . Cuma jangan segan nak bertanya . Bila ditanya pasti jawab kalau tak tanya memang dok nganga je . Huhu .

    ReplyDelete
  16. gigi geraham anak saya merekah dan longgar agak agak kena cucuk x

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum... Nak tumpang tanya sikit.. saya ada masalah rosak gigi, contohnya karang gigi, gigi berlobang dan apa sepatutnya saya lakukan? Sebab bila saya check google untuk kos rawatan masalah saya agak mahal.. Disini saya ingin meminta pendapat semua, apa yang sepatutnya saya buat...

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum... nak tumpang tanya sikit.. saya ada masalah rosak gigi, contohnya karang gigi, gigi berlobang dan apa sepatutnya saya lakukan? Sebab bila saya check google untuk kos rawatan masalah saya agak mahal.. Disini saya ingin meminta pendapat semua, apa yang sepatutnya saya buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. izqwan,

      cuba awak pegi klinik pergigian kerajaan, kosnya jauh lebih murah dari klinik gigi swasta...

      Delete
  19. Ada juga pilihan tak perlu cabut gigi geraham kalau sakit. Dentist just akan matikan akar gigi & gigi tu akan kekal gitu je. Kwn opis saya yg cakap sbb dia dah buat pilihan rawatan tu. Nak tau lebih details cuba tanya klinik gigi yg bdekatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..betul.Boleh buat camtu.Ngan tahun 2017 ni..los mahal ckit lah..dalam$600-700 sebatang gg.

      Delete
  20. macam baca novel...nice entry

    http://delimamerah.com

    ReplyDelete
  21. Terima kasih atas perkongsian.
    Saya pun tengah sakit gigi ni.
    Ingat nak gi klinik kerajaan jela, sebab murah sikit, bagi golongan sederhana macam aku ni..

    ReplyDelete
  22. Nak buat rawatan gigi saya repot terok..

    ReplyDelete
  23. tq ats perkongsian.lapang sikit hati rasa nk cabut gg kt Klinik kerajaan.insyaAllah klau x berubah hati(takut sbnrnya)isnin nnt pg2 no g munculkan diri d Klinik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba, baru rasa berani... eheheh

      Delete
  24. baru lepas operate gigi bgsu atas bawah kiri kanan empat2 sekali di hospital kerajaan.....bius penuh xsedar sedar2 dah siap2....haha tp lpas tu paham2 la dia pya azab sakit mcm mana.....sakit yg tak terbayang dengan kata2....hari ke enam baru ada ansur kurang sakit.......pengalaman ngeri

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe syukur dan operate, kalau tak, akan datang lagi teruk sakitnya kot... semoga lekas sembuh...

      Delete
    2. berapa lama ye ambil masa untuk tunggu sblm dapat operate tu? hospital kerajaan ada waiting list kan.

      Delete
  25. Klinik pergigian kerajaan setiap hari ke blh wt cek gg..kecuali sabtu n ahad.

    ReplyDelete
  26. Klu nak buat bridge di kerajaan agak2 berapa ye...

    ReplyDelete