04 October 2011

USHA KERJA BARU?


alaaa lex luuu...
aku baru nak masuk tahun ke tiga tahun depan. cubee la contohi kak siti
ni haaa dah keje 5 tahun. dah jadi senioritaazzz

ok. asalnya pasal zuel tadi tanya
"tak nak apply keje kat AUDSB ke? mana tau gaji lagi tinggi..."

ADUSB ni sebelah kilang aku tempat aku bekerja... "sebuah" kilang cetak aka advertising company... milik bumiputera... bukan senang ni nak jumpe kilang cetak bangsa melayu kat jb ni, lagi2 kilang besar sebuah2... maksudnya bukan yang jenis shop lot tu la... bukan yang macam teres berderet kedai2 tu... selalu nampak ada beberapa bijik keta mewah kat kilang sebelah ni, sama ada kepunyaan tokey atau client diorang. perkara biasa la printing company besar2 macam ni ada cable ngan gomen... amik job gomen...

ehh ehh aku ni nak cite pasal keje aku ke, pasal kilang...

ok.. since zuel tanya tu, saje la aku gatal bukak jobstreet. password nak login pun dah nak terlupe. (-_-)

ini antara result yang aku jumpe...

aku tak familiar perkara2 berkaitan web design, software, network ni sume...

nampak tak dia tulis ape? agaknya kalau dah terang2 dia nak cari "junior", experiance lebih setahun pun dah bole apply... bole agak tak berapa bajet dia ada nak bayar gaji designer tu?

jadi aku kena timbang2 balik, pikir2kan balik if aku nak apply keje lain...

1 - kalau bole aku tanak masuk line printing lagi. ni line2 orang bujang, orang yang bole balik keje lewat.... zaman aku dah berlalu... eceh!
2 - kena tambahkan skill... banyak job yang diorang nak orang yang reti buat website sebagai bonus...
3 - tahu bahasa cina... kena amik kelas bahasa la ni... bahasa inggeris aku pun masih tunggang langgang... cemana...

soal nak dapatkan gaji tinggi ni, aku jawab kat zuel
"gaji tinggi, workload pun banyak"


skrang ni memang aku ngaku, tempat keje skrang sangat selesa. selesa sampai bosan pasal takde keje. atau ada keje tapi tak penting. atau ada keje tapi tak urgent. masa aku taip ni, aku ada keje opis yang aku bole wat - keje susun fail artwork yang tak update.

kalau tak siap susun lagi, sapa nak marah? takde. yang susah sape? aku gak sebab aku tak dapat nak refer artwork terbaru, kecuali kena tengok kat pc. n fail tu pun chemist aku guna untuk rujukan jugak. kalau tak update? jawab sendiri la.

ok... moral of entri - pegi tambah ilmu baru bole apply keje lain.

sekian.

No comments:

Post a Comment