12 October 2011

UNPERFECT




Mungkin ada banyak perkara yang dia ingin sampaikan.
Luahkan.
Ada banyak benda dia ingin bercerita.

Mendengar dia ketawa,
saya tidak tahu mahu bertanya apa.

Kita hanyalah manusia biasa.
Melakukan apa termampunya kita walaupun kadang-kadang terbabas juga.
Kita terlalu memikirkan tentang perkara lain.
Terlalu dan terlalu sampaikan tiada ruang untuk bercakap tentang diri sendiri.

Buat masa sekarang, tolong fikirkan tentang diri sendiri terlebih dahulu.
Allah Maha Mengetahu tiap apa yang kita lakukan semuanya bersebab.

Dosa dan pahala hanya Dia yang mengetahui.
Mereka juga pasti memahami kenapa itu semua harus terjadi.
Mereka faham walau tidak terluah apa-apa.

Jangan menangis seorang diri.
Jangan menyimpan perasaan.
Jangan pendam kesakitan.

Berceritalah andai itu dapat mengurangkan beban.
Dapat buat kamu ikhlas untuk ketawa.

Saya ingin berkongsi semuanya.

Ketawa dan airmata.
Jangan pinggirkan saya hanya kerana saya tidak dekat di sisi kamu.

Saya menanti.
Agar pelangi berwarna warni sentiasa ada di sebelah kamu.
Menahan dan memberi kamu senyum selalu.
Bukan airmata, menyesali apa yang terjadi.

Setiap dugaan itu, pasti ada hikmahnya
InsyaAllah..

credit to : http://myqza.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment