11 October 2011

TAKPE, AKU DAH BIASA



Kadang-kadang, manusia ni tak sedar kata-kata dia telah mengguris hati manusia yang lain. Takpe, aku dah biasa.

Kadang-kadang, manusia ni lebih cepat ingat yang buruk berbanding yang baik.
Takpe, aku dah biasa.

Kadang-kadang, manusia ni lebih mudah menjatuhkan hukum
apabila kepuasan hatinya tidak diperolehi.

Takpe, aku dah biasa.

Kadang-kadang, manusia ni sangat mudah melupakan
jasa baik manusia yang lain.

Takpe, aku dah biasa.

Kadang-kadang, manusia ni lagi suka menjaja yang hodoh dihadapan umum, supaya sekelian alam tahu kelemahan manusia yang lain.
Takpe, aku dah biasa.

Kadang-kadang, manusia ni berasa hanya dia saja yang layak berada di atas,
lebih dari manusia lain.

Takpe, aku dah biasa.

Kadang-kadang, manusia ni cuma pikirkan diri dia je, dan mahu manusia lain pun fikirkan pasal dia saja, tapi dia tak mahu pikir pasal manusia lain.
Takpe, aku dah biasa.

Kadang-kadang, manusia ni sanggup cakap apa saja asalkan dapat memuaskan hati sendiri. Takpe, aku dah biasa.

Kadang-kadang, manusia memang bertindak dengan hati, bukan akal.
Takpe, aku dah biasa.

Kadang-kadang manusia cepat mengutuk bila manusia lain tersilap percaturan.
Takpe, aku dah biasa.

Aku… cuma manusia biasa, yang tak mampu memuaskan hati semua orang.
Kekuatanku, kelebihanku hanyalah yang biasa,
yang tak layak untuk dihargai… apa lagi dikenangkan.

Orang lagi suka ingat kelemahan aku, kekurangan aku walau sebesar zarah.
Pun... takpe, aku dah biasa.

**********************************************************

No comments:

Post a Comment