03 October 2011

SENAMAN BELI-BELAH

Akhirnya aku buat jugak....

untuk mengubat rasa ralat sebab tak dapat buat "doorgift" dalam botol, maka aku realisasikan gift tu mase birthday zuel.

oh! happy birthday zuel. hadiah dah dapat semalam in advance... ngeee!
bajet tak berapa nak ada, agak ke"sengkek"an idop sebulan dua ni... so kasik menda ni je... :aku gi beli barang2 ni sabtu lepas. sabtu lepas aku keje, jadi curik masa lunch beli benda2 ni :
- botol besar 500ml tu RM6.99 saja...
- reben aku pakai reben lebih2 ikat doorgift
- Hershey's Almond & Ferrero Rocher... zuel suke coklat berkacang. aku pulak tak suke coklat ade kacang2 ni...
- label dan tag print je kat opis...ngehhh

AHAD
misi pertama semalam - tampal gigi. tapi aku bole tampal 1 gigi je, lagi satu gigi terpakse cabut.


Yaaa aku cabut, tapi cabut lari la. haha. takde la, bile dentist kata cuma bole tampal satu gigi je, yang satu lagi tu kena buang, aku decide nak tampal je la dulu. kendian2 baru cabut. tapi lepas tu saje je la gigi yang kena cabut ni sakit2 pulak kan... tapi sakit2 gigi pun jauh jugak aku menapak semalam. sambil telan sampai 2 biji actifast nak tahan sakit...

lepas pegi klinik, pegi makan tengahari dulu baru teruskan ke destinasi yang tak dirancang... kes aci redah je la ni...aku pegi bapak aku punya mall...TEEET! ok. perasan kejap. - Mustafa Centre (24 jam)
pix 1 dan 2 tu aku amik kat google je. yang 3rd aku shoot dari dalam keta. skrang ni kan nak raya deepavali... haa tak macam kat India pulak aku semalam. Crowded!! dan gelap. ngeeeh!

aku tak pernah pun explore satu mall ni, datang sini, terus pegi department mana yang nak dituju, dan... tengok2 je.

yer sebelum ni datang sini just usha2 saja... kali ni usha dan beli terus.1 - barang hantaran zuel, tapi dia bayar la. aku tak mampu nak kasik (T_T)
2 - perfume. perfume kat sini murah sangat2...tapi bukan fake, bukan hi grade imitation... cer convert duit mesia? still murah...lepas ni kalau nak beli original perfume, memang aku gi sini je...

banyak giler barang kat sini... tapi tak tersusun. ada macam mydin je rupa dia... tak rasa macam benda tu branded pun.
tengok kasut clarks & scholl tu, dah macam kasut cap ayam je...

dua jam kat sini, set time ikot kupon parking yang kitorang letak kat luar tu. tak berani nak over limit.

next destination - TAKA Jewellery.
sebenarnya takde pun TAKA Jewellery ni kat TAKASHIMAYA.
ntah cemana zuel ni google pasal TAKA, dia tersesat masuk web TAKASHIMAYA.

first time sampai sini aku cam....peh... fuyoo...gile lah... betol ke kat sini?
aku pernah la google branch TAKA tu tapi rasa2nya takde pulak kedai tu dalam TAKASHIMAYA ni...tak mungkin la kan sebab TAKA Jewellery tu takde la hi end macam Tiffany & Co.

dah la mase naik turun basement semua keta yang berselisih jenis keta2 mewah.

cakap kat zuel "malu aii..nape bawak gi sini, ai tak biasa laa...ai orang kampung jeee" =p gedish!Muka nak exited dapat pegang ferrari.... takde la pegang pun, sentuh ujung jari jeee.... jakun giler =p
bukan ape... gelak2 tu pasal cuak kalau tuan dia nampak.... sebelah TAKASHIMAYA ni ada shopping mall yang lebih kurang sama standard macam PARAGON & ION Orchard...tetiba rasa macam kat Bukit Bintang pulak. =p

kat sini ramai orang amik gambar, jadi tak payah nak segan2... ramai je orang sama2 poyo, tak dapat masuk kedai, duk amik gambar kat luar je =p

singgah jugak Tiffany & Co tapi tak masuk la...tengok butik dia je dah bole agak berapa harga jewellery kat dalam tu....
Gambar no 3 ni menarik perhatian aku.... skrin LCD digalas orang... salah satu cara advertisment... kat JB takde...KL tak tau la...

Misi nak jumpe TAKA Jewellery agak mencabar.


Depan TAKASHIMAYA ni ada Lucky Plaza, aku bajet2 dalam ni ada TAKA Jewellery sebab macam pernah baca...tapi antara sure ngan tak je la. nak melintas dari TAKASHIMAYA ke Lucky Plaza ni punyaaa la hazab, sebab kitorang tak pernah jalan sini, so tak tau mana arah yang betul. nak pulak tu kena lintas guna pedestrian underpass, mana nak nampak ape yang ada kat atas. main redah je la sampai sesat2...tak tau la berapa kilo lemak aku terbakar semalam.

akhirnya jumpe... masuk sini, feeling masuk Low Yatt pulak...satu lagi hal nak kena usha satu level ke satu level. dah nama pun Lucky Plaza, memang luckly la, mase aku naik je first level, terus nampak TAKA Jewellery.

misi pun selesai.
yang tak selesai misi membeli je la.

so... set misi membeli jewellery di lain kali pulak. beli kat mesia je la udah yer? harga emas pun dah turun (^_^)


******************************************************************

No comments:

Post a Comment