28 October 2011

Permohonan Pernikahan Di Negeri Johor

haaa? cari ape tu? kalau korang bole sesat masuk blog ni, ada kemungkinan korang pun sama cam aku.... nak cari panduan Permohonan Pernikahan Di Negeri Johor....kan kan? sebab aku pun cam korang jugak...dok korek2 blog orang lain pasal prosedur Permohonan Pernikahan Di Negeri Johor.....ngehhh

okeh, ini pengalaman aku....
ringkasan isu yang timbul :
1 - kitorang dua2 duduk dalam daerah Johor Bahru, tapi nak nikah kat dalam daerah Kulaijaya ( Masjid UTM dalam daerah Kulaijaya). jadi kena hantar borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah Johor Bahru, kemudian diorang akan keluarkan surat kebenaran berkahwin luar daerah. bawak surat tu ke Pejabat Agama Daerah Kulaijaya. kat sana baru la tau sape kadi yang akan nikahkan kitorang.

2 - alamat dalam IC aku dan IC zuel adalah alamat rumah lama, dimukim yang berlainan dari alamat rumah sekarang. kalau ikutkan prosedur, kitorang kena mintak surat bukti permastautin, so  untuk elakkan dokumen tambahan ni, kitorang buat IC baru, gunakan alamat rumah baru. settle.

PENDAHULUAN
sebelum nak sibuk pikir pasal borang nikah...mula2 sekali kena la pergi kursus kahwin. aku dan tunang (mase ni belum tunang lagi) pergi kursus kahwin yang dianjurkan oleh Pulai Utama Management.

bole check kat sini :

aku rasa diorang ada few agent, tapi tetap dibawah syarikat yang sama - Pulai Utama Management. aku pergi kursus ni bulan puasa tahun 2010.... awal giler! mase aku pergi kursus tu rata-rata adalah pasangan yang dah bertunang atau dah nak dekat2 nak kawin. aku? nak bertunang pun tak tau bile....hehehe. komen? best la kursus under company ni. aku pilih lokasi kat hotel seri malaysia. seronok dan tak bosan. walaupun puasa tapi menten happy je... siap dapat free buffet berbuka kat hotel...

masuk tahun 2011 - MAC... kitorang pegi la beli Borang Permohonan Nikah.

STEP 1 : Beli Borang Permohonan Nikah
beli borang ni tak kisah la kat daerah mana...selagi dalam Johor.
lets say kitorang nak nikah kat daerah Johor Bahru, tapi beli borang kat Kulaijaya. bole ke?
- jawapannya bole...takde masalah..

mule2 aku naik pejabat agama tu sorang2, aku cakap nak beli dua borang - lelaki & pempuan, tapi akak kerani tu tak kasik. dia mintak pasangan datang sekali. then, kerani tu interview lebih kurang, bagi briefing cemana nak isi borang ni. masing2 kena beli borang sendiri ok, tak bole belikan untuk orang lain, belikan tunang, belikan untuk pakwe atau makwe korang...tak bole. sebab kena bagi ic dan diorang nak wat rekod dalam log book.

kerani tu tanya "bila nak nikah?" aku jawab la..."dec 2011...."
kerani tu cakap "tak lusuh ke borang awak ni....."
shy : shy

bersama borang nikah, dilampirkan jugak borang ujian saringan HIV. sekeping RM5.00.
lelaki dapat satu, pempuan dapat satu. siap ada sampul.

Harga borang permohonan nikah pulak RM5.00 satu set. kalau borang lelaki & pempuan, jadi RM10 lah....
campur borang HIV 2 keping...= RM10 jugak.
so total RM20 lah.
kalau nak share2 bayar tu tak kisah...lantak korang lah. janji bayar. 

balik rumah, simpan dalam fail. satu hari aku tulis satu huruf. ok tipu.

STEP 2 : Isi Borang Permohonan lengkap
lepas bertunang...lebih kurang 3 bulan sebelum tarikh nak kawin, kitorang pun start la isi borang. kalau tak, si zuel ni nak hantar borang 4 bulan sebelum tarikh nikah. ok...kemaruk lagi.

aku kata... belum boleh hantar borang lagi.... borang permohonan bole dihantar seawal 3 bulan dan paling lewat 2 minggu sebelum hari nikah. bawak2 la bersabar.

semua borang zuel yang isikan. muahahaha. aku tolong bagi dokumen saja.

zuel tanya "awak nak kawin ngan siapa?" (merujuk pada ruang kosong kat borang yang kena isi tu)

ciisss! aku kawin ngan orang lain karang!

borang ni ada 2 salinan, putih dan biru ( borang perempuan )
putih dan pink ( borang lelaki ).
sila isi kedua2nya. borang ni dalam tulisan jawi, kalau nak tulis jawi pun bole, tulis rumi pun bole jugak.
takde masalah. pakai pen. pakai la dakwat biru ke...hitam ke... kalau guna pen atau pensel kaler2 pun bole... bole kena reject.

masa aku beli borang ni, diorang dah senaraikan sekali segala dokumen yang aku dan zuel perlukan.
so follow je....

STEP 3 : Carik Saksi Borang
Kes saksi borang ni yang aku pening sikit. aku ni tak la ramai kawan lelaki yang bole diharap... so aku mintak zuel gak yang settlekan. tau ape dia buat? dia suruh bos ngan offismate dia jadi saksi borang untuk kitorang. daahhh saksi borang kitorang adalah orang yang sama.... mula2 aku cuak jugak, takut tak lepas prosedur. tapi dalam buku kata "saksi borang mestilah lelaki yang bukan dikalangan keluarga"

bile tanya kat orang pejabat agama... diorang pun tak sure. tanya kawan2, diorang cakap tak bole.
takpe. gamble je. sila baca entri sampai habis.

lagipun dalam buku panduan takde pun cakap tak bole guna saksi yang sama ngan saksi borang pasangan...kan kan kan

*saksi borang hanya untuk saksi dalam borang permohonan nikah je...bukan saksi nikah ok. kena ingat beza dia tu.... korang bole suruh kawan2 korang je. yang penting lelaki...

STEP 4 : Minta Surat Akuan Status Diri ( bujang, dara, duda, janda )
Surat ni cuma boleh mintak kat 3 orang ni je :
  • Penghulu; atau
  • Ketua Kampung, atau
  • Majikan beragama Islam; 
tapi majikan aku non muslim....cemana??? tak leh la ni....daah berpeluh ketiak mikir celah mana nak mintak surat akuan bujang ni.

masa aku & zuel pergi submit borang permohonan nikah beserta dokumen2 yang diperlukan kat pejabat agama, kitorang ada masalah pasal Surat Akuan Status Diri ni.... becoz kitorang taip sendiri surat rasmi dalam kertas A4 kosong takde kepala surat lepas tu suruh pengerusi jawatan kuasa taman perumahan kitorang ni sign... aku ingatkan pengerusi tu ketua kampung la...

sekali tak valid. yang tukang sain tu pun sengal, tak cakap pun prosedur yang betul. mase kitorang dah hantar borang permohonan nikah ni, baru laa tau cara yang betul.

caranya :
sila pegi Pejabat Tanah & Daerah Johor Bahru (depan stesen bas larkin) naik tingkat dua....
cakap kat kaunter pertanyaan tu "saya nak mintak Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang"
kerani tu pun tanya "awak duduk mana?"
zuel jawab "taman pulai indah"

kerani tu bagi nama, alamat dan no phone ketua kampung kawasan kitorang yang mengeluarkan surat akuan ni....

korang tak payah pandai2 buat surat sendiri macam kitorang ni ye~...penghulu atau ketua kampung memang dah ada surat ni. cuma pegi mintak aje. takde surat ni, tak bole submit borang nikah ye...

surat akuan bujang kitorang :

info tambahan : biasanya ketua kampung atau penghulu suruh bawak seorang saksi untuk sign surat ni. yang ni pun tak kisah nak bawak sape2... lelaki atau perempuan.... biasanya kawan2 lah. - takde kaitan dengan saksi borang atau saksi nikah.

tapi macam kes aku, ketua kampung tu cakap tak payah bawak saksi sebab aku datang ngan zuel. aku jadi saksi zuel, zuel jadi saksi aku. settle!

STEP 5 : Buat Ujian Saringan HIV
(Laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (H.I.V.) dari Hospital atau Klinik Kerajaan Malaysia Sahaja;)
Masa beli borang tu kan ada lampiran borang ujian ni. dekat borang tu ada tulis klinik kesihatan mana yang korang bole pergi buat test, ikut hari  dan masa. tak semua klinik ada buat HIV test hari2 dan tak semua klinik ada buat dari pagi sampai petang... sile check jadual tu ok....

pastikan pergi kat klinik kesihatan kerajaan yang disenaraikan sahaja. kalau tak nak ada masalah, buat je kat klinik kesihatan kerajaan ni.

proses ujian ni tak lama... aku ngan zuel pergi buat kat Klinik Kesihatan Pekan Nenas. diorang ada buat HIV test setiap Isnin dan Khamis, pagi sampai petang. sampai je kat klinik tu, letak borang ujian HIV tu berserta IC dalam tray kat frontdesk. nanti dia panggil. mase aku pegi tu...bole tahan ramai la...ramai dengan ibu2 dan baby2 yang nak buat check up....hehehe.

aku rasa tak sampai sejam dah siap. nurse kat situ pun ramah2 belaka.... so tak la cuak...rilex2 je. test tu dibuat dengan menggunakan sejenis alat yang tajam akan menikam jari korang sampai berdarah2...hahaha takut tak? test kit tu sebijik macam ni :
aku siap tanya nurse tu "sakit tak?"

nurse tu jawab "eeehhh saaakiitt....sakit sangat"

hambik, nyesal aku tanya. tapi memang sakit sikit, rasanya macam tercucuk jarum ketika menjahit, atau pernah tak tercucuk pin brooch masa pakai tudung? lepas tu dia sedut darah guna penitis dan titiskan kat papan putih tu. sila tunggu kejap.

sebelum ujian HIV dijalanakan, aku kena isi lagi satu borang yang klinik tu keluarkan. borang tu akan di stapler bersama borang yang aku bawak tadi. nurse tu lipat, masuk sampul. glue. bila dah masuk sampul, takde tulis nama kat luar tu, jadi make sure tak tertukar dengan borang pasangan... macam aku! itu pun kalau pergi buat HIV test sama2 lah....
STEP 6 : Salinan Sijil Nikah Ibu Bapa ( pengantin perempuan saja )
Salinan sijil ni diguna pakai kalau korang anak pertama dalam keluarga. masa aku dah hantar borang kat pejabat agama, aku tengok kerani tu tulis kat kertas fotostat ic aku :
- tarikh mak ayah nikah
- tarikh aku lahir...

masa akak kerani tu semak semua dokumen aku, tetiba dia tanya :
"bawak sijil nikah mak ayah yang asal tak?"

aku pun explain la.... aku beli borang kat kulaijaya... tapi takde pulak tulis kat listing tu -
"bawa Sijil Nikah ibubapa yang asal"... aku tunjuk kat akak tu senarai dokumen.

huh. kak kerani, lain kali tolong update ok.

STEP 7 : Wali
Isi borang wali....sila mention sape wali korang. dan mintak wali sign kat borang tu.

STEP 8 : Fotostet Dokumen Berikut :
Semua dokumen dah ada? bole la fotostet mana yang perlu....
- IC pengantin
- IC Wali
- IC Saksi Borang (2 orang lelaki)
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
- Surat Akuan Status Diri
- Sijil Nikah ibubapa (kalau korang anak sulung - pengantin perempuan je, pengantin laki tak payah)

STEP 9 : Hantar Borang
Borang permohonan yang dah lengkap, hantarkan ke pejabat agama daerah mana tempat korang / mak ayah tinggal sekarang.

aku ngan zuel hantar borang kat Pejabat Agama Daerah Johor Bahru, naik tingkat 2..lepas tu amik nombor (satu nombor je walaupun nak hantar 2 borang - 1 nombor 1 pasangan) dan tunggu giliran. bile nombor dipanggil, pergi serahkan borang tu semua kat kaunter, kerani tu akan check, lepas tu dia pun temuduga sekali ( kerani tu soal kitorang sambil menulis dan cop borang )

soalan dia adaaaalllaaahhhh :
- mengucap 2 kalimah syahadah
- Al Fatihah
- Rukun Nikah
- Niat mandi wajib

agak ramai bakal pengantin yang rasa cuak sangat bile sebut ada "temuduga" lepas hantar borang permohonan nikah tu. aku ingatkan temuduga ni proper sangat macam nak temuduga kerja.
sebab ada orang temuduga kena masuk bilik, kena soal itu ini... jadi ape2 pun be prepare. tapi jangan la takut sangat. soalan yang diorang biasa tanya pun soalan2 yang biasa kita buat as orang Islam. lain la kalau korang jenis tak solat, tak mandi wajib... tak pernah amik tahu hal2 rukun Iman, rukun Islam... tu sendiri mau pikir la...

CHECKLIST :
Borang Permohonan lengkap; - LULUS
Kad Pengenalan Asal Pemohon dan salinan; - LULUS
Salinan Kad Pengenalan 2 orang saksi ( lelaki ) borang; - LULUS ( walaupun guna saksi yang sama untuk borang zuel... .)
Salinan Kad Pengenalan Wali; - LULUS
Surat Akuan Status Diri ( bujang, dara, duda, janda ); - GAGAL
Laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (H.I.V.); - LULUS
Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI dan salinan; - LULUS
Salinan Sijil Nikah ibubapa; - LULUS
Surat Bukti Mastautin (jika alamat dalam kad pengenalan pemohon berlainan daerah / negeri dari tempat permohonan nikah)  - TAK PERLU

borang permohonan dan dokumen lain dah cop, dah semak, dah ditemuduga tapi borang tak boleh proceed lagi sebab Surat Akuan Status Diri aku ngan zuel tak sah. nak mintak kat ketua kampung, kena jumpe dia lepas Isya'. so tak sempat la nak hantar sekali lagi.... kena tunggu minggu depan. kite tengok ape pulak sambungan dia....

keputusan - borang belum settle.
sambung kat SINI
*******************************************
Promosi Jurugambar Perkahwinan
1 MAY 2014 - 31 DEC 2014

Pakej B RM700 RM650
***DISKAUN RM50

Pakej C RM1150 RM1050
Pakej D RM1250 RM1150
***DISKAUN RM100

Syarat untuk diskaun :
>>> 50% BOOKING PAYMENT
>>> TEMPAHAN DIBUAT DALAM BULAN MAY - DEC SAHAJA!

Lihat senarai pakej(klik untuk besarkan)
Gunakan kata kunci :
"DISKAUN IZP"
dan call / sms / whatapss ke
012 777 5256
Dapatkan tarikh anda segera! ^_^

36 comments:

  1. Info yang sgttttt berguna...
    Thanks a lot.... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tQ Zizie sudi drop by komen...

      cuma share pengalaman je... nak kawin gak eh?

      selamat berkahwin yer~~ hehe

      Delete
  2. salam, nak tanya 'Surat Bukti Mastautin bagi pemohon yang berlainan tempat tinggal dengan alamat dalam kad pengenalan', mane da dpt suratnya ye? kita tggl kat shah alam tp alamat tmpat dlm ic tu alamat mak ayah (tempat nak kawen t)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih drop by blog saya =)

      maksudnya IC awak alamat rumah mak ayah, dan nak nikah kat rumah mak ayah juga la ye?
      - saya rase takde masalah kat situ. alamat dalam IC dengan alamat tempat / daerah nak nikah tu mesti dalam daerah yang sama.

      kecuali la kalau alamat IC awak kat Shah Alam, tapi awak menetap atau nak nikah kat rumah mak ayah awak, so awak kena mintak surat bukti mastautin tu...

      contoh :
      alamat IC = alamat kampung dan jugak tempat yang sama nak nikah = tak payah surat mastautin
      alamat IC = alamat Shah Alam, tapi nak nikah kat kampung tempat mak ayah tinggal = kena mintak surat mastautin

      Surat Bukti Mastautin ni jika alamat dalam kad pengenalan pemohon berlainan daerah / negeri dari tempat permohonan nikah...

      So skrang ni awak mohon nak nikah kat rumah mak ayah kan? alamat IC awak sama dengan tempat awak mohon nikah kan?
      so tak perlu surat bukti mastautin tu =)

      tapi andaikata saya tersilap info, surat bukti mastautin ni kena mintak kat :

      Penghulu, atau
      Ketua Kampung, atau
      Majikan ( kakitangan kerajaan sahaja )

      Delete
    2. salam... tq sgt2 sbb feedback... sori, sy tak ckp kat mane sy nak nikah nanti.

      alamat dlm IC : alamat jb (sama alamat umah mak ayah). tempat nak nikah adalah jb.

      so maknenye, sy takperlukan surat mastautin la ye?


      sy ada lg soalan nak tanye,

      1) kalau nak nikah di johor, kene berdaftar di johor sahaja ye? online E-CNR johor la ye? tak boleh ke kalau saya nak nikah di johor tapi berdaftar di selangor? sbb sy bekerja & bermastautin di selangor. urusan jd mudah kalau boleh settle di selangor.

      2)disbb majikan saya non muslim, surat akaun bujang tu, memg kene amik dekat Pejabat Tanah & Daerah Johor Bahru ye? atau saya blh call direct Pejabat Tanah & Daerah Johor Bahru untuk dapatkan nama, alamat dan no phone ketua kampung kawasan sy yang akan mengeluarkan surat akuan ni?

      3) untuk HIV test, bolehke saya nak lakukan di selangor? atau saya kene blik jb untuk buat di jb? (pasangan saya org selangor, dia perlu wat HIV test di jb jgk ke, sbb di akan berkahwin dgn sy iaitu org johor). HIV test di johor hanya valid 3 bulan shja tp kalau selangor, valid 6 bulan sebelum nikah.

      ## sori, byk soalan pule... da 7 tahun dok shah alam, hanya tau proses kawin untuk org selangor je.. hukhuk T_T

      Delete
    3. Julie

      yes.. kalau alamat tempat nak nikah ngan alamat IC tu sama, tak payah surat mastautin

      jawapan soalan 1
      ya.. kalau nak nikah kat johor, awak kena amik borang kat johor jugak sebab kita nak pakai kadi johor....takkan kadi kat selangor nak datang johor, ye tak? beli borang ikut daerah mana awak nikah. kalau nikah kat kulai, beli borang kat pej agama kulai. urusan nikah kawin ni dibawah jabatan agama...jabatan agama adalah dibawah kerajaan Negeri masing2, sebab tu ada sedikit perbezaan antara negeri2. saya tak pasti bole daftar online ke tidak. saya pegi sendiri ke pejabat agama tu beli borang, sebab diorang pun nak kena rekodkan IC kita. lepas tu bole tanya macam2 direct kat orang sana tentang ape2 yang kita nak tau... lebih jelas kan? =)

      jawapan soalan 2
      surat akuan bujang tu bole mintak kat ketua kampung / penghulu. cuba awak tanya ayah awak, kenal tak ketua kampung? kalau ayah awak kenal, bole mintak ayah awak bawak awak pegi jumpe ketua kampung. kalau tak kenal, awak bole datang atau call pejabat daerah kat larkin tu, tanyakan siapa ketua kampung kat tempat awak. lepas tu awak call ketua kampung tu, cakap kat dia, awak nak jumpe, nak mintak surat akuan bujang. =)

      jawapan soalan 3
      awak orang johor, bila awak beli borang permohonan nikah tu, awak dapat pakej sekali ngan borang HIV test dari pej agama. saya tak pasti bole buat kat negeri lain atau tidak test tu. cuba tanya masa awak beli borang tu nanti. bakal suami boleh settlekan borang2 dan HIV test kat tempat dia. tak perlu kat johor sebab dia asal selangor. cuma bakal suami awak kena ada surat kebenaran nikah luar daerah kot... kalau tak silap saya la...

      harap jelas yer =)

      Delete
  3. hi..firstly thanks sbb bnyk beri info..just nak tanya kenapa ur checklist ttg surat akuan diri tu gagal eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jaja

      tQ drop komen...

      surat akuan bujang tu yang 1st time gagal sebab kitorang pandai2 pegi taip sendiri surat akuan tu pastu suruh pengerusi taman perumahan yang sign... yang sebenarnya surat tu kena mintak kat ketua kampung area tempat kita tinggal tu... =)

      Delete
  4. salam..ic pemohon n saksi kne cop pengesahan ketua kampung ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hanah...

      kalau tak silap saya, takde kena cop pengesahan ketua kampung...

      Delete
  5. persediaan kesemua persiapan untuk nikah kahwin ni perlu dlm ms berapa bulan ye Mrs.Zuel sbb sy xdpt date betul tp next year bulan Mac nk nikah, boleh bagi tips x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempoh persiapan pada saya tak sama bagi setiap orang kot.. macam saya...saya tak suke buat last minit dan lagipun takde bajet besar nak bayar sekaligus...

      masa saya kawin, persiapan bermula seawal 6 bulan, beli dan prepare sikit2 =)

      Delete
  6. salam.. thanks sgt2.. byk info sy dpt.. may Allah swt bless u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah...semoga All permudahkan urusan awak yer...

      Delete
  7. Assalamualaikum...

    sya nak tanya....
    1)HIV boleh dapat terus ke atau kene tggu beberapa hari?
    2)untuk pengesahan akuan bujang, sy ade tanya ketua kg di kawasan sy, tp die xde pulak surat tu,so die suruh kt buat sendr, mmg x valid ke klu buat sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...

      1 - Result HIV test tu dapat pada hari yang sama.. kena tunggu kejap lepas amik darah...
      2 - Masa saya kawin dulu (2 tahun lepas) memang kena pakai borang ni... ketua kampung yang sah mesti ade borang & cop macam dalam gambar tu... tapi kalau ketua kampung awak cakap macam tu, saya cadangkan awak confirmkan dengan pejabat agama...atau tanya kadi johor, boleh ke guna surat taip sendiri? yang penting kena ada cop & sign :
      Penghulu; atau
      Ketua Kampung, atau
      Majikan beragama Islam;

      kalau yang majikan beragama Islam tu lagi senang kot...

      harap membantu

      Delete
  8. salam awk..kita nk bt akuan bujang..kita ta tau la sape ketua kmpg kt sini.kita nk tny la..kalo area bandar baru uda,awk tau ta sape ketua kmpg dia ekh?atau awl tau alamat dia tok sng kita trs gi pej dia mntk surat akuan 2..

    harap dapat memberi maklum balas ye..

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalamualaik Syiera...

      maaf, saya tak pasti siapa penghulu or ketua kampung area Uda... tapi awak boleh cuba pegi Pejabat Tanah & Daerah Johor Bahru (depan stesen bas larkin) naik tingkat dua....
      cakap kat kaunter pertanyaan tu "saya nak mintak Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang..bole saya mintak contact number penghulu / ketua kampung kawasan saya tak?"

      nanti kerani tu bagi punye...

      Semoga bertemu ya... ;)

      Delete
  9. ok..dia office hour ke ape ye?sbb kita nk kena bt cpt..hari nih gov tutup..so nk cll pejabat daerah pn ta bule kn..so kalo2 kt larkin 2 bkk ke hari nih..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. copy dari blogger lain :

      Ok first thing first call pejabat agama dan beritahu kita nk tahu siapa ketua kampung tempat kita untuk buat surat status bujang. They'll know dan sepantas kilat akan memberi number phone and alamat ketua kampung. Siap! Tak, tak, belum lagi. Kita perlu call pakcik penghulu ni untuk buat appointment bila kita free dan dia free nak ke rumah beliau untuk buat surat akuan bujang ni. Bila dah deal bila nak jumpa, kita pon ke rumah beliau dan setelkan apa yang patut. Just mak sure bawa borang pengesahan saksi permohonan serta IC saksi kita. Surat akuan status bujang tak perlu kita buat sendiri sebab tok penghulu kita ada surat tersebut. Sekejap je then settled! So surat akuan status bujang tu buatlah copy. Photostate yer.

      Delete
  10. atau awak ade ta no phone pjb tanah kt larkin 2?

    ReplyDelete
  11. hihih... diorang ikut gomen rasanya... hari ni tutup, datang la hari ahad :
    Pejabat Daerah Johor Bahru
    Alamat: Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Johor
    No. Telefon: 07-2231963 / 07-2231969 / 07-2232233
    No. Faks: 07-2233132

    ReplyDelete
  12. Salam..nak tanya..kiranya surat perkauan bujang tu kena amik kat pjbt tanah yer..sy pun mcm sis..bekerja di syarikat yg bkn beragama islam...kalo wali hakim..ada borang lain ke sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis nazhah,

      surat tu biasanya ada pada ketua kampung. tujuan pegi pejabat tanah n daerah tu sebab nak mintak contact siapa ketua kampung dekat tempat tinggal kite... diorang ade rekod. nanti lepas dah dapat contact (diorang bg no phone / alamat), bole arrange bile nak jumpe.

      kalau wali hakim, saya kurang pasti tentang borang tu... =)

      harap membantu

      Delete
    2. sy nk tlg jwb mengenai wali hakim sbb sy pon menggunakan wali hakim..yg sy taw kalo wali hakim ni mula2 sekali kita kena pergi makamah untuk dptkan surat kebenaran nikah menggunakan wali hakim..byk proses untuk mendapatkan surat ni..ada la 4 kali turun naik mahkamah..lepas da dpt surat tu barulah kita bole proceed borang nikah ke pejabat agama... harap dapat membantu..

      Delete
  13. salam...saya nak tanya....

    1) saksi borang nikah kene ade ke mase kita akad nikah?

    2) untik pihak lelaki...wali bg pihak pompuan kne sign ke borang nikah lelaki? then ic wali kene ade jugak ye untuk attach ngn borang laki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adlie adiela

      1 - tak perlu...saksi borang bukannya jadik saksi masa akad. Biasanya saksi masa akad tu kadi yang akan lantik

      2 - yang ni tak ingat... kalau wali kena sign pun..diorang akan sign masa acara akad nikah tu

      Harap jawapan saya membantu ye

      Delete
  14. Salam Mrs. Zuel. thanks byk2 atas entry ni. byk org sis dpt tolong. trmasuklah sy. hihi. may Allah swt bless u sis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Afnie..selamat berpuasa ya... Sama2...saya share pengalaman saya je... tapi dengar2 skrang kena mohon by online ye, baru bole beli borang? kurang pasti pula...

      ok, selamat pengantin baru ye

      Delete
  15. Salam mrs.zuel..
    Saya ade soalan nk tanya bkenaan tunang saya adlh org sarawak dan ic beralamat di johor tunang saya telah mnetap lebih 15thn di johor.kami bercadang utk bnikah di johor.soalan nya perlukah tunang saya mengambil borang pemastautin??
    Harap dapat memberi jawapan dgn kadar segera ye..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..

      terima kasih kerana singgah di sini.

      dari apa yang saya faham, tunang awak tak perlu lagi amik borang pemastautin sebab memang tunang awak dah pun bermastautin - tinggal kat jb...

      kalau alamat ic dan tempat bernikah tu dalam satu daerah sama, tak perlu dah surat mastautin. tapi kalau alamat kulai, tinggal kat segamat dan nak nikah kat segamat, tu mungkin perlu surat mastautin.

      surat ni tujuannya nak sahkan memang bakal pengantin tu penduduk tetap dalam daerah tu...

      harap dapat membantu ye

      Delete
  16. Salam....saksi borang mcm mn...?x fhm....

    ReplyDelete
  17. Salam nak tNya , kalau dekat ic alamat ledang , boleh ke interview dekat pajabat kadi muar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk undang2 baru ni cuba adik refer or call jabatan agama tu. takut sekarang dah lain sikit.

      Delete
  18. Tumpang tanye klau ktua kmpung tak ksi surat 2 kita buwat sndri blh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya tak boleh. sebab surat ni memang penghulu mesti ada

      Delete