21 October 2011

MENGIRA BAJET PERKAHWINAN

Sekadar Panduan, bukan show off. sebab ade bride to be yang blank tak tau berapa agak2 jumlah keseluruhan kos majlis perkahwinan ni....sebab tu la orang kata "BIG DAY"...

Ramai gak yang tanya "ape yang dah siap?"
Takat tanya je la...bukan ada sambungan ".... kalau ade yang belum, meh la aku tolong"

Tapi tak kisah la...aku pun tak harap orang tolong, aku memang jenis "sombong" nak mintak pertolongan orang selagi aku rasa aku bole handle sendiri...(amik kauu)

okeylah, sebelum aku merapu lagi panjang, mari kite semak berapakah "pelaburan" untuk majlis aku....ni majlis biasa2 aje k...takde tarian, takde gamelan, takde ghazal, takde konsep2 tertentu, takde bridesmaid ramai2, takde flower girl, takde souvenir best...takde itu..takde ini...takde okeyh! 

venue : kat rumah je.

kite mulakan dengan - BARANG HANTARAN.
kitorang punya barang adalah 7 vs 9. aku 7, dia 9. semasa bertunang, telah dijelaskan, sekiranya terdapat lebih, adalah tidak dikira... yang official is 7 vs 9 lah. kang kot last minute ade pulak sedara nak top up, takkan nak tolak kan... redhoo saje lah! dan lagi... barang hantaran yang kos dibawah RM1k ditanggung oleh aku, manakala barang berharga RM1k and above... ko bayo sendiri. aku tak  mampu  kuasa!

Barang Aku :
1 - telekung + Al-Quran
aku tak tau harga telekung ni sebab zuel yang beli. Al-Quran recycle saja. masih cantik. (nampak sangat jarang baca kot? kaaahh!)
2 - Perfume Set - RM250
3 - Handbag + Purse - RM400
4 - Set jam tangan (jam + 3 pcs tali bole tukar) - RM400
5 - Smartphone - RMXXX (after trade in phone lama)
yang ni ngelat sebab dah pakai. esok letak kotak kosong je. tak payah letak harga sebab bukan aku bayar.
6 - Sirih junjung - dia buat, so tak tau harga
7 - Manisan - Maccarone / Coklat / Buah.... lantak dia nak letak ape. aku tak tau.

Barang Dia :
1 - Sirih Junjung  Plastik  - RM60
2 - Kasut - RM200
3 - Pen Set L & P siap ukir nama - RM250
4 - Wallet Set - RM250
5 - Toiletteries Set - RM200
6 - Playstation 3 - dia bayar
ni pun ngelat, dia dah guna...tapi sebab kotak PS 3 tu besar gabak, so aku tak nak letak. yang aku letak is kotak kosong Special Edition Console with Grand Turismo Game... (ntah betol ke tak nama dia)
7 - Kek Hantaran Bentuk Bakul - RM80
8 - Sejadah + Buku - belum beli tapi bajet RM100 ke bawah
9 - Manisan / Buah-buahan - RM50 sudah!

total : RM2240

Seterusnya - DOORGIFT

tak payah detail sangat la eh. aku punye doorgift untuk 1000k jemputan adalah sama saja. takde beza2 kawan aku ke, kawan mak aku ke, sedara ke... (tapi sedara dapat nasik tapau)...cuma belah laki ada lain sikit...tu pun spend salam 50 beg saja. beg je lain. kos isi dalam...lebih kurang sama je.

kos doorgift untuk seorang tetamu - RM4.45 (beg + 3 item kat dalam)
so RM4.45 X 1000 = RM4450

kos doorgift tambahan (in case tak cukup) - RM3.00 (beg + 3 item kat dalam)
RM3.00 X 100 = RM300

kos doorgift untuk sebelah lelaki - RM5.00 (beg + 3 item kat dalam)
RM5.00 X 50 = RM250

Total cost : RM5000

Lagi? ok...kad kahwin. aku dah review kat entri yang lepas tu... takde kad, cemana orang nak datang kan... ade doorgift pun tak guna kalau takde kad...

Kad Kahwin design sendiri - printing + postage cost - RM720

Pihak paling penting - ANDAMAN + CATERING....
ok, ni aku amik 1 vendor... untuk siapkan A-Z...all in... dari mekap, baju sampai ke makanan, termasuk la kompang, kek kawin, pelayan, pengarah, dj... segala...
= RM19 satu kepala....sila kali dengan 1000 orang. = RM19k

ape yang best, aku dapat baju sanding dan pelamin baru... custom made. plus dapat bunga pahar 100 cucuk lagi....
pakej fotografi pun ada, tapi aku tolak sebab dah ada official photographer sendiri.

Kos PHOTOGRAPHER - RM1800
walaupun aku sendiri ada wedding photographer team, aku sendiri bole edit dan buat custom album, tapi aku tak nak...aku nak sentuhan yang lain.

GUBAHAN HANTARAN - diy... oleh mak aku. dia suke nak gobek2 menda ni. jadi silakan.
Kos 7 tray : yang ni tak dapat bajet yang tepat, aku rasa dalam RM300...
nampak je barang2 deco dia kecik cinonet macam bunga, reben, polistrin, kertas pembalut tu sumer... tapi bile dijumlahkan... beratus juga...

tips : pikir betul2 cemana nak gubah hantaran ni, sebab aku dah TERRbazir material sebab tu laaaa... nak sangat yang aneh-aneh...lepas tu bile tak cukup, benda tu susah nak cari...bile susah nak cari, kena la cancel guna material tu...

atau korang sewa je la... tapi aku rasa sewa mahal ler...

BUNGA PAHAR 100 cucuk - RM200... 
tambah mak andam bagi free punya, dah 400 cucuk. ada 4 pahar la aku nanti....

HENNA - RM320 (dayu design....)
tips : better ni last2 time la korang cari, so agak2 kalau takde bajet, tak payah hire orang lukis henna... ralat sikit, tapi nak wat cemana kan...dah book. setahun sebelum lak tu. tak pikir panjang~~ sibaik la hasil keje dia cantik... (eh mana tau?)

LAIN-LAIN
Cadar - tanak pakai mak andam punye sebab nanti kena bukak cepat, so beli sendiri yang bole dipakai semula
- RM300

Baju nikah, jubah biasa2 je, sebab nak guna semula lepas kawin - RM150

Kasut sanding & nikah - RM100 lebih kurang untuk satu pasang

Tabir bilik yang bole dibuat langsir lepas kawin - RM300 (makcik aku jahitkan)

Kain dan aksesori hiasan kat tangga rumah - RM100 (kain murah2 suda)

Korset - RM150... kalau loaded, pakai premium beautiful =D

dah? ada lagi tertinggal? takde kot... ini lom masuk benda kecik2 yang remes temes tuu....
so average cost is around.....

RM30 680  kos untuk sebelah aku saja...
(aku kira sekali je guna kalkulator, kalau ade tersalah kira lebih kurang halal je laaa)

tips : beli barang sikit2, sebab itu la aku sendiri pun tak nampak berapa total kos yang sebenar. cuba keluarkan selepuk....perghhh...

dalam checklist "bajet perkahwinan perempuan" yang aku donlot dari intenet menyatakan :
Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah harga maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
tak tau la bile checklist ni dibuat....tapi kalau kite semak balik harga barangan semasa ditahun ini... kos RM30k bukanlah kategori majlis perkahwinan yang mewah....

jadi cemana? dah siap2 kumpul duit?



5 comments:

  1. aku rasa aku tak cukup duit..."sambil fikir nak cari keja buat partime jadi tukang sapu sampah + makcik cleaner + jaga toilet+ maaaakk aih tologn bagi aku keja!"

    ReplyDelete
  2. Aku tambah :
    Homestay 2 buah RM500

    Kumpul duit dr skarang ye buk!

    ReplyDelete
  3. seriously. duit duit duit. tu je dlm kpala otak bila nak kawin. duit kuar nya byk. mcm air. buat aku x sabar nak kawin n get over with it already.

    bgus kau buat bajet cmni. boleh org refer, aku nak buat gak lah nnt. tp byk resit dh hilang lak...

    ReplyDelete
  4. cik nurul ain,

    nama sama ya~

    betul...biasanya ramai yang nak settle cepat2, bukan pasal gatal sangat nak kawin tapi tutup citer pikir pasal duit ni...

    kalau kira details, memang lebih dari yang aku tulis tu... sebab dah nak last2 minit ni adeee je benda yang nak ditambah.

    ReplyDelete
  5. Berapa ribu org tetamu undangan termasuk sebelah pihak besan?

    ReplyDelete