17 October 2011

LAGI SEKOR

borak punye borak ngan member.... ending dia macam ni :


kau : aku takde masa free 2 3 bulan ni.. ade je keje kene buat.. sakit kepala gak ari2 pk design
aku : keje lor sekueknya
aku : kata nak kawin


kau : aku tak keje kuat pon takpe kot.. ade buat gold investment.. nk berenti keje skrg pon bleh sgt.. hehe


aku : =)) (icon gelak tapi dalam hati !@#$%^&*)


untuk "kau" >> zakat emas dan harta jangan lupe yer bang... kang sesia je kena kelar kat akhirat!

Firman Allah s.w.t:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu”(Surah At-Taubah: 34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.(Hadis riwayat Abu Hurairah)
oh! lepas tu aku baca tweeter dia :
"setan btol laa sape yg rosakkan motor aku smlm.. nk curi kaburtor.. aku dpt mmg aku patah2kn tgn dia.. setaannn!!! "


oh! pengajaran berharga untuk aku :


JANGAN RIAK DENGAN HARTA DUNIA, SAMPAI TERLUPA SEMUA TU MILIK YANG ESA, KELAK MUSIBAH DATANG MENIMPA....

No comments:

Post a Comment