20 October 2011

CAMNI LA AKU


terlalu banyak hati yang nak dijaga.... 

aku dah lama nak citer pasal ni. sebenarnya ni pun antara sebab aku bukak blog baru. aku nak lari....

few days ago, aku ym dia, heart to heart.... aku crop mana penting je la...

dia: 
mmg aku tawar ati saat ko same kan level aku ngan bdk2 bekpek, tu aku xnampak perbezaan level die. aku x expect ko layan aku cam anak raja wat so ever.... tp fyi..kwn2 baik aku yg lain, yg mane aku letak ko pun same level ngan diorg, treat aku lain. diorg walau cm ne pun MEWAJIBKAN aku berada disisi diorg saat kwen. mungkin ko x rase keperluan itu n aku adapt apa adanye....

aku :
hmm macam tu eh... aku failed lah bab ni...lagi pun aku jenis tak nak la pakse orang... tu sebab aku takde pun cakap "WAJIB datang, tak datang putus kawan..."  takde la sampai camtu

dia: 
hmm tu maknanya mungkin ko rase konsep paksa, pada aku dan utk certain org, bile makna perkataan wajib tu membuatkan rase sgt dihargai diingati.diperlukan. tu beza die. dalam bersahabat xde konsep paksa, dalam bersahabt more to willing to.... tp kes ko.. ko sendiri xde kesungguhan utk jemput aku. so..sape aku utk harap lebih. dalam bersahabat xde isu berkira.. isu paksa...if ko dgr lagu bruno mars count on me.. tu aku utk ko n aku mmg dah letak ko level beshfren pun..tp sometimes rase aku yg syok sndiri....

ini mungkin boleh dinamakan perselisihan pendapat. n yes, kami rapat tapi selalu tak sependapat. n we're different...totally... and sometimes becoz of that aku malas nak cakap ape2....

kerana hal ni jugak dia mengamuk sakan kat twitter, perli2 aku kat twitter...siap "turunkan title" aku.....yang tak pernah aku mintak. tapi aku tak balas. aku diam. tapi kerana nak jaga hati punya pasal, aku kena la "mengayat" sikit...aku sendiri pun pening pikir macamana yang nak dikatakan "kesungguhan utk jemput aku" tu?

mesti kena ada sedikit "special treats" berbanding kawan2 lain ke...
mesti letak syarat WAJIB DATANG AWAL pada hari kejadian berbanding kawan lain? atau cemana? honestly aku tak ada istilah2 kawan rapat, kawan baik, sahabat dunia akhirat ni semua.... nope. or maybe never have. I'm sorry. cara aku, aku layan baik semua orang, aku berikan yang terbaik selagi mampu, sebagai kawan...atau sekurang2nya sebagai Hamba Allah.

Disebabkan hal ni, disebabkan aku terluka dengan status2 dia kat twitter, aku nak tanya la....kawan2 yang dia letak "title" bestfren atau BESTFREN UNTIL DIE tu (Best Fren Forever lah konon!) - sejauh mana diorang bole atau pernah sacrifice untuk dia? 

aku tak perlu"klasifikasi"kan kawan2 aku, kawan2 aku tak perlu ada "level2" untuk dilayan dengan baik.... tak perlu ada kasta untuk mendapat pertolongan.... itu bukan cara aku. siapa pun orang tu pada aku, biar aku je tahu...dalam hati... nama aku nak cakap pakai words memang takk laa...
tapi dia? hanya sebab :
- aku tak cite sikit pun pasal aku nak kawin kat dia
- dia bukan orang pertama yang tau aku nak kawin

- dia rasa aku takde kesungguhan nak jemput dia datang awal
maka aku sudah tidak lagi layak menyandang "title bestfren" dalam senarai kawan2 dia. 

aku bukan hadap sangat pun title2 "bestfrend" ni... tapi aku hargai la kalau ada kawan2 aku anggap aku bestfren dia... bagi aku yang penting, cara kita nak hargai orang. aku ulangi "KITA HARGAI ORANG", bukan "HARAPKAN ORANG HARGAI KITE"....

last, kalau dia betul2 anggap aku "bestfren" dia sendiri la volunteer nak datang awal, kenapa nak tunggu aku beriya2 ajak? sebab bestfren yang lain "beriya2" ajak ke?



ok. dot. 

2 comments:

  1. wooo bagi aku kawan takder level...sama mcm kita tetiba nak menaikkan taraf menjadikan kawan kiter jadi bff..benda nie sebenarnya akan terjadi sendiri tanpa perlu di suarakan..kawan tidak perlu memaksa dlam erti kata lain dier terima dengan hati terbuka...bukan mcm mewajibkan..

    aku sendiri ada kawan macam golongan mcm nie, suka paksa orang secara tidak langsung...dlm erti kata lain..ko kena masukkan dier dlm life hidup ko..BARULAH ITU NAMANYA KAWAN...tapi bagi aku itu bukan kawan..sebenarnya..tapi org yg takder life nak menyibuk dlm life orang lain...jadi please ignore orang mcm tue...tak perlulah kamu jaga hati dier... :) okies..banyak lagi orang yang boleh di jadikan kawan tanpa perlu kamu memaksanya..ok... :)

    ReplyDelete
  2. aku baca beberapa kali nak pahamkan komen ko...hari ni aku ada sikit lemmm...

    aku rasa la kan... title bestfen ni tak perlu nak "dibalas-balas"... maksudnya, aku anggap kau bestfren aku, so kau MESTI gak anggap aku besfren ko...? kalau aku je sorang anggap ko bestfren aku, kira berat sebelah?

    err camtu eh?

    ReplyDelete