14 October 2011

BIZ KECIK TAKPE, GAYA MESTI ADA

Dekat tempat mak aku niaga ni adalah tapak parking dari pukul 7 hingga 6 petang. Kadang2 kitorang sampai kat tapak ni dah pukul 6 lebih pun masih ada kereta yang belum di alihkan. Sebabnya kat sini area office so adat la kekadang tu ada staff yang keluar lewat. Hari ni, ada la satu honda city suda terkangkang dekat tepak kedai mak aku.


Memang biase la situasi macam ni dapat sumpah seranah caci maki lah jawabnyaaaa.... Yela, menyusahkan kitorang nak bukak kemah ok! Ayah aku bukak kemah lambat sikit, tunggu la kot2 tuan keta ni datang ke kan.... Sampai pukul 7 harammm takde. Ayah aku on je la kemah. Aku berbara gak tapi cuba wat2 kewwl....


Pukul 7.30 malam macam tu, datang la owner keta ni - India, pangkat uncle lah, nak keluarkan keta dia. Kedai mak aku ni dah siap setting ni. Dah la punya hazab nak setting pasal 90% tapak telah di"conquer" keta tu.... Dengan sempit, panasnya...sibaik aku dah makan petang tadi, kalo campor dengan lapar, mau luruh seri aku nak kawin ni... Owner keta tu pun deal la dengan bapak aku... Tak dapat. Bapak aku suruh datang balik pukul 1 pagi. aku cakap "ko balik subuh je la...." Tapi cakap jejauh....haha


Tak dapat dengan bapak aku, dia deal dengan budak kedai sebelah. Ding dong ding dong owner tu cakap, dia bayar kitorang la.... RM200, mak aku 100, brader tu 100.... Mase dia tengah deal dengan brader tu, aku pun tumpang tengok. Aku dengar brader tu cakap :


"Bang, saya bukan nak cakap besar eh. Sekarang ni bukan pasal duit bang, saya tak kisah pasal duit, saya pun pakai estima, tu kat depan tu keta saya, masalah sekang ni pasal saya kena angkat meja, barang2 saya sume kena susun balik...bla bla bla..."


Aku blah sambil tergelak. Ye betul la ko pakai estima. Estima pun baruuu.... Baru angkat yang secondlah, 8 tahun lepas punya....lepas tu datang kedai naik 2-3 orang je pasal seat lain takat wat angkut barang niaga...


Tak agak2 nak berlagak. Itu gaya2 pakai keta 2nd hand, kalau pakai estima baru, new facelift tu, tak tau la....kerek giler.... Ntah2 uncle yang pakai city tu ada office sendiri ke, lawyer ke, doktor ke....plis la jangan malukan diri sendiri k.

No comments:

Post a Comment