19 September 2011

RM22.50 AJE?

Setahu aku, mas kahwin johor adalah RM22.50, tapi aku dengar2 mas kahwin johor dah dinaikkan… berapa exactly amount tu aku tak pasti….


Pastu aku Google la “mas kahwin johor” dan “mas kahwin johor dinaikkan”

Aku baca 1st page dalam search engine… tapi takde pun dinyatakan yang mas kawin johor dah dinaikkan?

Yang aku jumpe tak lain debat bertekak tikam lidah pasal “hantaran vs mas kahwin”

Ayat ni menarik perhatian aku :

“Lagipun mas kahwin itu yang diakad dalam majlis akad nikah adalah nilai bagi wanita. Kalau Johor tetapkan RM22.50 maknanya nilai bagi seorang wanita Johor hanyalah RM22.50. Ahah! Tentu ramai orang Johor marahkan aku sebab meletakkan nilai wanitanya semurah itu, tapi itulah yang ditetapkan oleh negeri itu. Bukan aku tetapkan.

Seorang kawan aku yang berasal dari Terengganu memberitahu aku ketika dia kahwin mas kahwinnya ialah RM3,000 dan hantaran RM2,000. Jadi jumlahnya RM5,000-lah. Katanya Terengganu tak tetapkan nilai bagi mas kahwin. Maknanya makin tinggi mas kahwin makin "bernilailah" si wanita di Terengganu.”
Dari pembacaan ringkas aku, kesimpulan yang aku dapati, ada negeri yang tetapkan mas kahwin dan ada negeri yang tak tetapkan mas kahwin, dan ade jugak negeri yang sebutan mas kahwinnya tu sama nilai dengan hantaran.

Maksudnya kalau hantaran 10k, jadi mas kahwinnya 10k lah.
Aku tak nak ulas lanjut pasal ni, benda ni dah bersepah kat google, jadi bole cari sendiri. Tapi aku nak ulas pasal ayat mamat tadi tu. Aku sebagai anak jati johor tak marah pun mamat tu cakap camtu tapi aku nak gelak sebab dia samakan nilai seorang wanita dengan wang ringgit????

Jadi wanita rakyat Selangor agak mahal la sebab mas kahwin dia rm300? Camtu?
So kalau negeri Terengganu cakap mas kahwin ikut hantaran, hantaran pulak 15k…jadi wanita Terengganu lagi bernilai mahal? Gitu?

Isk isk isk… kalau la nak dinilaikan seorang wanita tu dengan harga, bagi mas kawin sejuta pun tetap murah….selagi ia mampu dijual beli. Tanak aku nilai2 sorang wanita tu bole dijual beli….

Satu lagi, memang laa ada negeri dah tetapkan mas kahwin, tapi ITU MAS KAHWIN MINIMA / TERENDAH…
Kalau ko rasa bakal bini ko tak layak dapat RM22.50…ko rasa dia layak dapat lebih dari tu dan ko pun mampu, ko kasik je la lebih… bukan pak imam tu nak saman ko pun kalau ko kasik mas kawin lebih dari yang di”MINIMA”kan oleh kerajaan negeri…..

ITU HANYA GARIS PANDUAN… bukan HARGA TETAP mas kawin… ada paham? Lepas tu nak tunjuk kebodohan ko pi komen cakap mas kawin johor murah, jadi wanita kat johor nilainya murah? Habis yang bagi Al-Quran sebagai mas kawin, cemana pulak nilai wanita tu?

Ape? Tak dibenarkan kasik lebih?

“Aku memang dari dulu tidak bersetuju dengan penetapan nilai mas kahwin ini dan ketika aku kahwin dulu mahu saja aku meletakkan mas kahwin yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan tetapi tidak dibenarkan. Maka dapatkan isteri aku sebanyak RM22.50 yang sehingga kini masih tersimpan dalam sampul surat kat dalam almari. Habis tu apa nak buat dengan RM22.50?”
Ko ganti le dengan benda lain…. Mas kawin tak semestinya wang kertas ape….aku tak tau la mamat ni kawin tahun bile… dan tak dinyatakan pulak kenapa tak bole kasik mas kahwin lebih dari tu….

Walau ape pun, isu mas kahwin dan hantaran akan sentiasa menjadi isu hangat sepanjang masa…

Amik yang mudah saja, buat ikut bajet. Bajet kecik wat kecik. Bajet lebih, buat lebih, anggap sedekah, jangan sampai timbul rasa nak menunjuk, tak berkat.

Adik zuel kawin dengan nikah saja, kenduri doa selamat je sudah. Tapi yang tak best bile aku nak kawin, bakal biras aku cakap “bestnya akak, wat kenduri, sanding… kite dulu takde pun”

Dah ko yang tanak, kan?

****************************************************************

No comments:

Post a Comment