05 September 2011

MAXIS vs DIGI

Sampai disini saja jodoh kita. Kesetiaanku kini beralih arah... Selamat tinggal!

SILA KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH KURANG JELAS

entri pertama bulan september, pemulaan entri yang tak best.

sehari sebelum raya hari tu aku check bill maxis aku, total yang kena bayar dalam RM568++ lah. aku punyer la menyirap, bengang, sakit hati, semua adalah...! aku bajet phone bill yang aku kena bayar tiap2 bulan kurang dari RM200. kalau dah jejak sampai RM500 lebih, lari la bajet bulan ni!!

ok... memang betul, RM500++ tu bukan la sepenuhnya bill bulan lepas, memang aku ada tunggakan - bill bulan julai aku tak bayar. jadi aku ada tunggakan RM117++...

tapi kalau total bill ogos tolak tunggakan bill julai, baki ada la dalam RM450++..

banyak tuuu!!

ini adalah bil kedua aku selepas pakai HTC, aku cut off mana yang aku nak highlight kan je :


yang merah tu caj data aku. jumlah sebenar (customer service tu cakap la) adalah RM10k ++

lepas tu maxis bagi rebate sampai la internet data aku tinggal RM3k ++

baiknyeee maxis!

customer service tu cakap, kalau aku dah guna banyak sangat internet mobile data sampai over quota, diorang cuma caj RM250 saja. senang citer, aku pakai sampai unlimited, diorang amik RM250 saja. tak payah bayar sampai RM10 ribu...

ini adalah ringkasan bill aku...setelah ditolak itu ini, rebate dan diskaun, total bill aku bulan lepas adalah RM500++... kat situ tulis je RM506..itu baru sub total.

belum total - "jumlah yang perlu dibayar" lagi...

aku pun dah pening, hati sakit, aku ym june. june suggest aku pakai digi. kalau june ni customer service digi, dah bole dapat komisyen lah!

aku check bill ni hari Isnin lepas, sehari sebelum raya. aku masih keje lagi, tapi company bagi halfday. balik je pukul 12.30 pm tu, aku tak tunggu ape.... terus lincah pergi maxis branch dengan digi specialist. kena la cari branch yang satu kawasan je. takde la aku kena ke hulu ke hilir nak settle menda ni.

elok la branch yang aku pilih tu, lokasi just nice, duk kat jalan yang bertentangan. dari maxis tu, aku kena ke seberang jalan kalau nak pegi digi. yeah great! i like!!

pegi maxis, pejam mata je bayar lagi RM300++... sebelum tu aku dah bayar RM200++ via maybank2u.

lepas dah settle semua bill... tak tinggal sesen pun, aku drive ke seberang, apply digi tapi guna nombor sama. kira aku switch lah.

sebelum aku betul2 decide nak tukar digi ni, aku study betul2 call & sms charge dia, dan yang penting internet mobile data. tak nak aku bayar bill beratus2 macam ni lagi... pehh rugi giler aku rasa. ada ex-maxis user cakap, maxis ni ada hidden charges! patut la maxis bole gain profit giler2nye...

tengok chart kat bawah ni, pastu bandingkan :

aku amik pakej VALUE PLUS 80

dan ini pakej smart plan digi yang aku subcribe hari tu.

sile compare call, sms, mms dan internet charges.

ini pulak carta perbandingan caj internet mobile digi dengan telco yang lain.

baru aku sedar, HANYA MAXIS YANG AKAN CHARGE per 10kb KALAU GUNA LEBIH DARI QUOTA.

kat bawah ni mobile data plan aku :

nampak tak?? 3GB = RM88 sebulan! digi baru RM63 untuk 3GB... cuma speed digi slow sikit kalau nak banding ngan maxis!

so... bye bye maxis...welcome digi!




sebenarnya, dulu aku pengguna setia digi, mase tu digi dikenali dengan "beyond digi".

aku suke sebab murah, best, banyak reward... cuma mase tu coverage digi je still tak dapat bersaing dengan hotlink dan xpac (mase tu pakai prepaid lagi). jadi aku pilih hotlink... walaupun aku sedar, agak mahal sikit.

skrang aku dah patah balik guna digi, aku harap sangat digi tak mengecewakan aku.


+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment