28 September 2011

GOODIE BAGS

entri kali ni aku nak cakap pasal "goodies" atau "doorgift" atau bahasa melayunya "berkat". mungkin dapat memberi sedikit panduan kat bride to be yang lain (terutamanya yang takde bajet tinggi).
orang dulu2 kalau kata bagi "berkat", adalah nasi... kalau cenderahati atau "doorgift" tu, orang dulu kasik telur je. atau lebih sikit, bunga telur.

zaman berubah, cetusan idea dan adanya pelbagai jenis doorgift memberi lebih pilihan pada bakal2 pengantin. dalam pada aku tengah pening pikir nak kasik ape, bapak aku mencelah "sape laa yang cetuskan idea kasik goodie bag ni, orang dulu kasik telur je....tak kisah pun"

baik, aku percaya semua orang nak buat yang terbaik. aku tak sure la.. aku sorang je rasa macam ni atau orang lain pun pernah rasa macam aku rasa. bile fikirkan ape benda yang aku nak kasik kepada tetamu yang datang, sebaik mungkin aku cuba nak bagi sesuatu yang berbeza, bermanfaat dan best... bile aku tak dapat bagi ape yang diharapkan, aku rasa macam tak puas hati. ok, sendiri yang tak puas hati, bukan aku nak puaskan hati orang lain ye...orang lain tak puas hati tu lantak dia la... kite memang tak leh nak tutup mulut orang dari bercakap, so wat pekak telinga sendiri sudah....

bagi aku menda ni sebagai tanda penghargaan sangat2 kepada yang sudi datang...nak2 yang datang dari jauh... biarlah benda yang aku kasik tu meninggalkan kenangan.

ok, sekarang ni bile aku pikir balik, kesilapan awal pasal goodies ni ialah :

- aku terlalu awal pilih dan beli beg
sepatutnya, survey dulu habis2, dan tak payah kot awal sangat beli beg ni, sebab akan datang ada lagi banyak beg cantik2 dan lebih murah. dah jimat kat situ. and tak nafikan aku sedikit ralat.

- aku pilih beg dulu, baru pilih goodies
sepatutnya, aku kena pikir dulu ape benda yang aku nak kasik kat orang, baru aku pilih beg.
sebabnya, bile dah pilih beg, kite kena pikir sesuatu yang bole muat letak dalam beg tu. kalau benda tu besar? kalau benda tu terlalu kecik? kan dah timbul masalah di situ....erk! memang dah bermasalah pun...

nak isi ape dalam beg :

dalam pada aku beriya pikir nak isi ape, aku recall balik goodies2 yang aku pernah dapat selama aku pegi keje kawin. ape aku dapat? berapa banyak? heeellloooo ade orang kisah? rata2nya bagi "asal ada" je. paling mudah : telur / muffin & gule2. masuk perut, habis tak tinggal ape. bekas telur & gule2 pun dibuang je.

ni pun salah satu sebab yang membantutkan idea2 aku :
"watpe nak kasik bekas makanan / gift lawa2, nanti orang buang jugak"
pernah tengok tak, bekas coklat la, candy ke atau bekas telur.... dalam kotak plastik atau kertas yang cantik siap bereben? ade yang siap cetak nama kat kotak tu? agak2 selama mana orang nak simpan bekas kotak tu? biasanya lepas makan, memang orang buang. lagi pulak kalau makanan tu dapat kat kanak2... ada diorang nak peduli pasal kotak tu? coklat atau candy tu lagi menarik perhatian diorang.... kos nak buat customize packaging bukan la murah sangat....

my idea is nak bagi benda yang bole disimpan dan benda yang boleh dimakan. kalau dapat bagi benda yang praktikal, lagi bagus kan. cuma benda yang bole dimakan tu aku kena pikirkan sesuatu yang tahan lama, tak lemau.... sebab goodies aku ni kena buat awal sikit, lebih2 lagi aku dengan family je yang buat semua. oppp...mungkin beberapa hari sebelum tu team andaman yang aku hire akan turun skali tolong packing. jadi atas nasihat mak aku, say no to telur...sebab telur ni kena letak few days before the day... (T_T) sedeh... kalau tak, aku nak kasik telur pindang. barulah namanya keje kawin!

tapi pengalaman aku survey doorgift yang praktikal ni, harganya agak melebihi bajet. jadi terpakse la abaikan (T_T) doorgift aku hanya mampu dibuat hiasan. tu pun tak tau la sampai bile orang tu nak buat hiasan.

tapi kan, sepanjang aku pernah dapat doorgift hiasan ni, memang aku simpan, letak kat display rack. macam2 jenis ada. (^_^)

selepas aku finalize kan goodies aku, baru la timbul idea2 yang lebih murah, mudah dan yang penting menarik. sayangnya dah terlambat untuk aku buat menda ni, jadi aku tepek sini je la. ralat lagi. (-_-!!)

idea : bagi satu bijik sahaja benda yang orang bole simpan dan boleh isi makanan.

kelebihan :
tak payah beli paperbag / woven bag
tak payah lipat paperbag
tak payah pening pikir 2-3 jenis isi beg
tak payah sibuk nak pack banyak benda
tetamu dapat simpan souvenir dan dapat makanan. bekas makanan tidak terbuang!

STEP 1
- beli balang kaca / glass jar comel. nak besar pun bole je...
setakat yang aku survey ni, bole dapat harga dalam rm1-1.50 (saiz 3inch ke bawah) bergantung pada kuantiti... kalau beli sampai ratus / ribuan biji, mesti dapat lagi murah.

contoh balang :atau mungkin korang bole mula kumpul botol mayonis =D

STEP 2 :
beli reben... reben yang ade tulis terima kasih ke, reben ade corak dodot ke, atau reben murah pun bole je... jenis yang plain tu....aku pun ade guna reben jenis ni.

STEP 3 :
- print design sticker terima kasih, nama dan tarikh kawin korang atau
- print design terima kasih, nama dan tarikh kawin korang atas kertas biasa, atau kertas keras sikit...

kalau ade printer kat rumah, jimat sikit...pastu potong la ikut bentuk2 yang korang nak. err tak pun print je kat opis...miahahaha

STEP 4 :
ikat reben kat leher botol tu bersama2 dengan tag, lepas tu tampal la stiker kat tutup atau badan balang tu. kalau nak buat salah satu aje, pun bole... dua2 pun bole...


tapi takkan kosong je kan?

haaaa bole la korang isi telur ke...atau kalau nak murah je, isi kacang2. isi kacang hijau tu pun bole...takkan orang nak buang, ye tak? kalau tak makan pun, dibiar je kacang tu dalam balang. tapi better letak benda yang boleh dimakan. macam idea ni :


bagus kan. kos untuk sebijik DIY balang doorgift ni aku rasa dalam RM2 sebijik. ni kalau dikira dari bahan2 yang paling rendah harganya.... masih mahal? cube kira kos kalau kite bagi goodie bag?

atau kalau korang takde masa dan malas pikir, bole je beli yang dah siap.
contohnya kat :


selamat menambah idea....

oh aku lalat ralat

No comments:

Post a Comment