18 September 2011

GEGATA

rasa lama pulak aku cuti minggu ni... kamis lepas aku MC sebab badan aku naik gegata...
tapi ada jugak yer yang tak berapa pasti
APA ITU GEGATA?


Pernahkah anda mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan? Kulit anda juga akan bengkak dan menaik dan kemerah merahan.


Kadang-kadang kulit anda juga akan menjadi gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan memngatakan itu adalah gegata. Gambar diatas adalah contoh penyakit tersebut.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.
Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.


Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai.

sumber : drhassanbasri.blogspot.com


ok, dalam kes aku ni, gegata aku dikenalpasti berpunca dari ubat atau supplement kulit yang aku baru je try hari tu.

aku makan supplement tu hari rabu.
malamnya aku dah kena bintat2, aku ingatkan kena gigit nyamuk, makin la aku garu. tapi aku pelik, sebab makin lama makin banyak... gatal sangat2...

aku bintat2 kat dua2 siku, dua2 lutut dan dua2 pergelangan kaki dan tangan.

aku sapu balm angin je, pastu tido.

khamis, aku bangun pagi...jadi lagi teruk. dan tangan aku dua2 bengkak! aku mc terus. mak aku tengok, dia cakap aku kena gegata....mana dapat??

pergi klinik, doktor just kasik ubat sapu dan ubat makan. tapi tak berkesan sangat sebab aku tak dapat nak tahan diri dari menggaru.

penyakit ni pantang dia air dan jangan garu. nanti makin menjadi2. maka 2 hari la aku tak mandi...lap2 je ngan tuala lembab.

jumaat, sib baik la cuti. aku bangun tido, tengok cermin, gegata sudah naik sampai muka! tak bole jadi ni...
terus siap2 pegi klinik 24 jam. doktor kasi suntikan. setengah hari je dah ilang semua gegata, tapi aku mamai lah. tido seround.

petang, dah bole mandi. dah elok sangat dah...

tapi nak cari ape punca naik gegata ni, aku try makan supplement tu lagi... malam sebelum tido.

sabtunya...pagi tu... aku tengok ada lagi gegata! tapi tak seteruk mase 1st day aku kena. sah la supplement tu jadi punca aku kena gegata. aku contact akak yang jual supplement tu, dia cakap memang ada sesetengah customer dia kena healing crisis bile makan supplement ni. jadi aku kena kurangkan dose dan banyak2 minum air suam.

badan aku banyak toksin kot...kena pulak aku dah tak datang period bulan lepas, aku syak aku ada darah kotor...

since aku rasa gegata tu dah tak serius sangat, aku tak buat ape2, just makan ubat, sapu bedak dan jangan garu2 sangat. gatal pun dah kurang...

oh...gegata jugak dikenali dengan nama LOPAK GARAM, LAPAR GARAM dan.... err LUDAHAN SYAITAN atau LUDAH HANTU? eeeeeee

*****************************************************************

7 comments:

  1. salam. saya terbaca entri ni.

    saya ada penyakit ni agak serius.

    alahan tak tau pada apa. tiba2 ada naik 1 bintat kat tgn. sy garu, jadi 2. pastu dia bergabung gaji 1 bintat yang besar.

    saya pegi mandi dan tonyoh guna span mandi letak sabun mandi. lepas tu seluruh badan bengkak.

    terlalu gatal smpai 2 tngn x cukup utk garu. dia gatal serta pedih n panas. kalau x garu, boleh jadi gila.

    sy x leh berjalan, sbb lutut dah bengkak. lps injection, doc bg ubat sapu. ambil 3 hari untuk hilang bengkak.

    kali kedua kena 2 tahun lps tu, sy pitam. ambulan datang ambik. lepas injection terus surut dalam 30 min.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... skrang ni masih berlaku lagi sakit macam tu?

      Delete
  2. br2 ni 1st time kene.xtau apa punca.dua tiga hr jugak la.tp certain2 part je kt bdn nih.mmg gatal lar.at last ble melo cube2 taruk vicks byk2 kt tmpt kene tuh,menjadi pulak.br lega.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ade yang try bubuh vicks...janji ilang, ok lah...hihi

      Delete
  3. ASKM SAYA BARU JE KENE PENYAKIT NI..SELALUNYA DI BAWAH PEHA..MEMANG MULA2 SATU..LEPAS GARU JADI 2 DAN BERBATAS..ADUH AKU PUN AMBIL BALM PANAS SAPU..PEDIH LA SIKIT TAPI UNTUK HILANGKAN GATAL..AKU CUBA TIDUR..TAPI TAK TAHAN JUGAK AKU BANGUN DAN AMBIL AIR PANS SUAMKAN DAN JIRUS KAT TEMPAT2 YG KENE TU...LEGALAH SIKIT..TAPI ESOK NAIK TEMPAT LAIN PULAK..SEKARANG NI PUN DAH NAIK 3 4 TEMPAT MUNGKIN LEPAS NI JUMPA DOKTOR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gegata ni pantang dia jangan kena air... kalau jirus air ke..mandi ke..memang lega tapi lepas tu nanti naik lagi banyak. better jumpe doktor lagi senang la...hihih

      Delete
  4. Akak pun macam kena benda ni.. merah dah telinga ni haaaa kena garu .. kat leher pun sama .. bintat2 merah gatal.. haha.. google2 pasal ni jumpa plak blog ain.. LOL~

    ReplyDelete