17 August 2011

TAK PEDULI NAK KOMEN APE

kibod dari pc kat bilik aku, berhabukkk! bukak sesekali je... seminggu sekali, dua kali? tapi jarang...

ok, tajuk hari ni, aku tak kisah la ape reader nak komen lepas baca entri ni. INI ENTRI EMO / LAYAN PERASAAN / LUAHAN RASA aje. tak lebih dari tu. tak simpan dalam. saje2 nak cakap kat sini. walaupun mungkin watak2 berkenaan akan baca entri ni. takpe2... aku eceli tak kisah sangat, cuma nak cakap saje2... takde makan dalam ngan korang pun. oleh itu aku memilih font kaler pink... ala2 emo2 gitu...

citernya macam ni, aku ade kawan nama dia jay (aku nak letak june, tapi tukar sikit jadi jay la...june, pinjam watak ko kejap)... aku ngan jay ni kenal kat alam maya. lepas tu jay ni pun kenal jugak kawan2 aku yang lain macam... zam - bukan watak betul (ok bro, pinjam watak jugak). tapi si jay ngan zam ni lom pernah jumpe laa. dan aku rasa macam aku ni kawan yang ada di tengah2 zam dan jay. sebab aku pernah jumpe jay, dan aku pernah jumpe zam jugak. dua2 aku rasa aku rapat sebab kitorang slalu berkomunikasi. cuma jay ngan zam ni lom sempat lagi nak jumpe...

satu hari, aku bawak la jay jumpe ngan zam. ala2 macam gath la kan... kitorang hang out. aku ni pun perasan best la, sebab kekonon terasa macam aku laa yang mengeratkan ukhuwah di antara zam dan jay.

tapi kan... lama2 aku rasa macam zam ngan jay rapat dan aku ke tepi. ke... sebab aku yang mengenepikan diri sendiri atau memang betol aku terketepi... tak pastilah. bile aku bukak fesbuk jay je, mesti zam ni ade komen. paling tak pun, like. bile aku bukak page si zam, ade je komen2 jay terselit. hampir setiap komen, mesti ada. macam diorang ni berkomunikasi setiap hari di alam maya. zam ngan jay ni, duk jauh. bile ada gath je baru jumpe. aku ngan jay, dekat. sebenarnya selalu gak chat kat skype, tapi now dah jarang la sebab masing2 bz. tapi.. kat fb memang bole dikatakan takde pun jay ni nak komen page aku, atau zam nak komen page aku... senang cakap, dua2 ni takde pon kaco page aku...

frankly typing (ade ke words ni?) aku macam terasa... ooo yerla, diorang kalau kat fb, masing2 communicate, aku ni (yang dulunya rasa diri ni sebagai pencetus persahabatan diorang) macam dah tak wujud je dikalangan mereka itu.

jealous? iri? cemburu?

hmmm ade la jugak, tapi aku abaikan je la. sekarang ni memang banyak kot benda yang jay ngam zam bole share tapi aku tak bole nak join ape yang diorang share tu.

contoh la eh, aku tak dapat nak share cite hal kawin2 ni ngan zam dan jay sebab diorang pun bukan bride to be mahupun orang yang akan excited kalau bukak cite hal kawin. kira.. kalau aku cerita pun, takde feedback sangat. diorang pulak, citer best bagi diorang ialah jalan2 satu mesia, tapi aku tak dapat nak join discussion tu sebab aku memang tak bole join diorang jalan satu mesia sebab parent tak bagi, plus now aku pun dah sibuk ngan hal wedding aku, jadi takde masa aku nak follow up... dan akhirnya berlaku la gap macam ni....

sebab tu aku macam... hmm ok la, takpe. kite takde isu nak borak. jadi even aku terasa hati ke, terasa masam2 masin ke pasal komen2 kat fb tu... aku tolak je emo2 tu keluar dari hati. kerana ape yang jadi tu... atas sebab komunikasi yang dah semakin jauh beza.

dan paling penting, kawan tu bukan milik aku. dia berhak nak kawan n rapat ngan sape2 pun....

oh, btw, ade tak sape2 yang life dia macam aku?

dari kecik sampai la nak kawin, atau sampai dah berkahwin pun tetap selalu ada depan mata family? i mean, dia tak pernah rasa macamana hidup dengan kawan2? yer...aku tak pernah rasa betul2 cemana hidup dengan kawan2....duk serumah ngan kawan, makan ngan kawan, jalan2 ngan kawan, tido ngan kawan.. most of their activities seharian tu dilakukan bersama kawan2... best ek?

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment