06 August 2011

PUASA 1432H

Salam Ramadhan



Hari ni hari keenam kite berpuasa...
"Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya..."

okeh. aku lambat update. aku dah agak daa aku tak dapatnye sambut first puasa kali ni. ni pun baru start 4 hari lepas. sebab tu tak feel nak update entri puasa ni.

bulan puasa kali ni lebih kurang sama macam puasa tahun lepas gak, aku kena duduk kat kedai mak aku sampai tutup kedai. cuma kali ni aku rasa rilex sikit kut... sebab aku dapat tido kat kedai dengan agak lebih selesa dari tahun lepas, dan ada cousin aku amik part time tolong mak aku. saje la cari duit tepi. elok la tu.

lepas keje, macam biasa, aku gerak pi bukak kedai, pastikan kedai dah siap sebelum tiba waktu berbuka. lepas makan, aku gi masjid, tumpang basah2kan badan (letih woo, badan melekit, panas) pastu solat maghrib dengan isya'. balik dari masjid biasanya memang aku lepak sampai rasa nak tido. kang pukul 12-1 pagi baru bangun siap2 nak tutup kedai.

cuma kali ni aku guna cara lain masa nak sahur untuk elakkan rasa ngantuk yang sangat2 time driving nak gi keje. yerler... dah aku balik rumah pun pukul 2-3 pagi, lepas tu pukul 5.30 pagi nak bangun lagi pi keje lak. memang tak jumpe matahari kat rumah laa...

jadi ape aku buat? balik dari kedai, aku terus tido. kalau tak mandi lagi dari balik keje tadi, aku mandi dulu. lantak la.. aku tau tak elok mandi tengah2 malam pagi buta camtu... tapi aku tak leh tido dengan badan berlengas camtu.

aku bangun sahur dalam pukul 5 ke.. 5 suku camtu. memang tak sahur sama2 ngan parent aku la. diorang balik dari kedai, terus sahur, pastu bole tido sampai subuh, lepas subuh bole sambung rehat. aku ni nak gi keje lak... sebab tu aku sahur time dah nak dekat subuh. lagipun bole la bertahan lapar seharian dan pagi2 time sahur tu aku minum nescafe, mesti tak ngantuk bile nak gi keje tu... setakat ni alhamdulillah, berjaya dengan cara ni. kalau cam tahun lepas, memang aku flat gile. mungkin jugak supplement yang aku amik ni membantu bagi aku lebih tenaga dan kurang lapar.

puasa tahun lepas


puasa tahun ni pun aku kurang feel sangat. kekadang rasa cam tak dapat hidayah je. eishh! dah nama pun duduk kat pasar. even setan iblis dah kena tambat, tapi anak didik ade je kat luar tu. kalau tengok pemandangan kat kedai mak aku tu, puasa tak puasa, sama saja. yang beza nyer, time orang azan, semua pakat2 makan.

tapi tang dress up, tang cakap2, tang solat...sama je cam bulan2 biasa. tu pasal aku kata.. takde feel Ramadhan pun. kedai sebelah tu lagi la... first day puasa dah pasang lagu raya. haih!

raya pun tak feel sangat dah. takde pun orang jual2 baju2 raya ke, kuih2 raya kat bazar tu. lagipun dah dekat ngan kotaraya, so better orang gi sana je kalau nak cari baju ngan kuih....

cakap pasal baju, this year aku kena laa cari baju raya baru. rasa macam dah 2 tahun tak tukar baju raya. habis nanti raya ade orang nak datang sarung cincin, takkan la pakai baju lama kot. tapi beli ala kadar sajek lah, dua pasang pun cukup dah. sehari sebelum puasa aku ngan parent aku dah melilau cari baju raya. bukan semangat nak raya, tapi malas nak merayau shopping2 time bulan puasa. letih dan takde masa.

selebihnya sambil2 cari baju raya, usha baju nikah jugak. tapi memang stress sikit la. warna baju yang aku nak, bole dikatakan takde! cuma jumpe dalam 2-3 pattern je la dan semuanya aku tak berkenan. ade gak pikir nak beli je apa yang ada, tapi lex lex dulu la... banyak masa lagi. now kat office bile free je aku duk ushar2 baju ngan jubah moden kat fb.

aku rasa, kalau beli dah siap lagi murah. macam jubah moden tu, cutting siap sulam ke, beading ke.. cantik2 tapi tak sampai pun rm200. kalau nak tempah, mesti jejak punye 200-300... kos kain, upah jahit ngan upah beading. aku dah tanya2 dah... sesak gak kepala aku pikir....

ouh...petang ni nak amik satu lagi souvenir. tak sabar nak tengok.

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment