08 August 2011

CUTI RAYA

Isnin yang sembab…

Ape yang sembab pun tak tau la yang pasti aku takde semangat keje… tapi kat opis takde ape keje sangat pon. Aku ingat hari ni nak settlekan keje2 failing yang tertangguh. Atas meja aku ni ade 5 clear holder yang ter”hold” sejak beberapa minggu…


(ala…asal aku nak wat keje je, perut aku meragam… )

sampai opis awal pagi, mase tu cuma 2-3 orang je kot yang dah sampai opis, tapi management staff - aku sorang. Dan aku takde kunci opis. Bajet mase bangun pagi tadi nak sampai opis awal supaya aku leh sambung tido dalam keta sementara tunggu opis bukak, tapi ape yang aku buat is sambung main game angry bird kat handphone.

Skrang ni asal aku boring je, layan angry bird sampai kong bateri. Handphone ni cepat habis bateri lah… maunya tak, aku dok godek hari2, dah tu sync data memang 24 hours loading. Kejap2 notification ym, kejap2 email, twitter..fb… now sms aku dah tak pakai sms biasa, pakai “whatsapp”. Tengok2 unbilled amount sangat2 slow bergerak. Jimat eh pakai data untuk sms? Tapi internet mobile data plan aku subscribe 1.5GB untuk sebulan… now data storage dah tinggal berapa ratus GB je. Hari tu adik aku tengok youtube… sekejapan je dah 500mb dia naik. Tobat aku nak kasik dia tengok youtube lagi.

Masuk opis, internet lom bangun tido. Aku layan lagi angry bird kat pc lak sampai aku boring melastik pig yang asek tak kena…

Lepas tu datang akak merchandiser, tunjuk surat cuti dia. Dia cakap “aku tulis reason balik kampung (form tu fully English) ok tak?

Aku jawab “balik kampong sebab ape?”

“anak sedara kawin” dia balas. “nak tulis ke anak sedara kawin?” sambung lagi…

aku jawab “tak yah la.. company ni bukan detail sangat…”

pastu akak tu tanya lagi “ko dah isi boring cuti…?”

ayark.. dari hari tu lagi dia dah tanya aku dah isi form cuti raya ke belum, memo cuti raya dah keluar ke belum…

aku gelak… “ni nape dari hari tu tanya pasal cuti ni… semangat tol nak cuti. lek lek la kak…”

akak tu gelak je pastu dia blah…

hari ni baru 8 ogos… ada laa lagi 2 minggu lebih nak sampai raya…awal giler kalau aku nak apply cuti…

bukan ape… company aku bukannya kena ada overlap staff pun. Kalau aku cuti, company tetap jalan cam biasa, takde cacat pun. Lain la company yang memerlukan satu2 jawatan tu kena tetap ada setiap hari kat opis, macam kes member aku yang tengah baca blog ni…

sebab kat opis dia, kalau semua designer takde, masak lah! Sape nak buat design…? Sampai diorang kena rebut2 cuti, pasal diorang kena ada schedule… bukan semua staf bole cuti serentak..

mungkin aku apply cuti awal sikit… dan cuti raya aku lebih kurang seminggu camtu. Sebab nak re-new IC.

First, ic tu pun dah berapa tahun eh, 2004 – 2005 kot… aku wat mase aku study kat kolej dulu. Mase tu..ilang purse masa tengah sesak2 kat masjid India… tau2 je wallet aku dah lesap. Kena seluk lah tu. Mase tu lagi berapa hari je nak raya. Tiket bas nak balik pun dalam tu gak… dah lagi berapa hari nak raya, ingat ade ke tiket balik kampong? Tapi yang paling penting.. aku nyer IC lah… masak! Mase tu lesen memandu takde lagi.

Dah tu… orang semua ramai dah cuti pakat2 nak balik kampong, aku lak sibuk2 pi pejabat pendaftaran nak buat ic. Kebetulan la masa tu ada pejabat pendaftaran cawangan melawati baru bukak… so pegi je la.. jalan kaki, dekat je. Tak ramai orang pun. Legaa… tapi kena bayar rm40…sebab sebelum tu aku dah ilang ic dalam 3 kali kut… hambik ko.

Ok.. second, aku nak tukar ic baru sebab alamat dalam ic tu alamat rumah lama. Jadi nak tukar alamat rumah la…

Third, bila alamat dalam ic sama dengan alamat rumah yang aku duduk skarang ni, takde la aku kena apply pulak surat permastautin bile nak nikah nanti…. Kalau aku tak nak tukar IC baru, aku kena buat surat permastautin mase submit borang nikah nanti.

Ke-empat, bole la aku letak gambar yang comel sikit dalam ic tu….wakakaka. giler fotogedik!

Si zuel bole lak nak ajak aku settlekan borang nikah time bulan puasa ni. Tahun lepas sibuk pegi kursus kawin, dalam bulan puasa jugak… tapi tang borang tu, mana bole submit bulan ni…awal lagi… sabo2 ye bro. borang tu kena submit paling awal dalam mase 90 hari dan paling lewat 2 minggu sebelum nikah. Lepas raya ke..lepas tunang nanti bole la gi submit… alahai… bawak2 bersabo ok!

Zuel tanya : ic awak tu kalau tukar pakai alamat rumah saya, tak bleh eh?
Aku jawab : kang pak imam tanya, apesal ic awak ni sama ngan alamat rumah pengantin laki? Nak cakap ape?

Jangan cari pasal ok.

No comments:

Post a Comment