12 August 2011

BREAK FASTING DATE

First and last time berbuka puasa. parents aku cuti niaga pada hari kejadian, jadi aku mengambil kesempatan untuk buka puasa kat luar...

aku takde idea nak berbuka kat mana since aku pun tak mengidam ape2 dah sekarang ni. makan ape2 pun bole...

disebabkan aku gedik nak tukar screen protector dan silikon case htc, so kena la pegi kat tempat yang ade jual menda tu serta ada kedai makan yang best jugak. kira.. all in one la, tak koser aku nak jalan sana sini.

jadi semua urusan tu aku serahkan kat zuel je untuk pilih. dia pilih KSL City, dan tunjuk kat aku, tanya aku setuju ke tak if dia pilih tempat tu.... menu takde la best sangat, makanan biasa2 saja. tapi bole la, dah aku pun malas nak kasik idea makan ape, jadi jangan banyak songeh!

kitorang pergi berbuka puasa kat Cheestarian, KSL City.

memandangkan kekononnya takut meja penuh, jadi buat la early booking. by phone je la... kitorang sampai kat restoran tu around 6.30 petang... pilih meja, pilih menu...pastu gi jalan2 dulu, aku singgah kat watson je. salah satu menda yang aku beli :

aku dah lama tak pakai lip balm, pergi keje sangat jarang pakai lipstik. rasa tak selesa dan kekadang lipstik ni kena ilangkan betul2 bila berwuduk... tu yang malas.

ni bulan puasa, bibir kering tu biasa la kan. beli lip balm ni pun secara spontan. pegi usha2 kat rak lipbalm tu, aku nengok lip balm ape yang paling murah dan ade color2... dulu masa study pun aku lagi suke guna lip balm dari guna gincu. tengok2 brand maybelline pun macam ok, harga promosi dalam RM7++... antara harga terendah kat situ berbanding lip balm lain.

pagi ni try la pakai... huuuu best best!

ehh aku ni cite pasal lip balm lak. ok ok.. upload gambar bukak puase lak.

Our table...

sebenarnya kat sini layan diri, tapi bile puasa, ade la orang datang layankan.. amik order..

entrance and interior...

mase aku shoot gambar ni, dah masuk pukul 7.00 malam

perasan tak ape yang pelik?

yang pelik bagi aku... restoran ni lengang giler...

ni first time aku bukak puasa kat kedai yang lapang camni. kalau tak... confirm takde tempat kosong.

restoran ni macam kedai ikan pun ada... keliling kedai ni ada aquarium panjang, ikan bole berenang jauh la... tu je presentation yang menarik bagi aku kat restoran ni.

dan dan zuel cakap, dia ade mukjizat, so that ikan suke berenang atas kepala dia. padahal since kitorang datang nak book meja lagi ikan tu memang suke kumpul kat situ. atas sebab tu la aku pilih meja ni... pasal ada banyak ikan.

our menu...

simple dishes saja.

rasa makanan? aku tak tau la lidah aku yang kurang sensetif terhadap makanan ke.. atau memang makanan tu ala2 saja... untuk aku, bole laa kalau takat nak makan, tapi nak kata sedap sangat tu takde la.

info tambahan : KSL City ni banyak chinese (overall takde kedai yang jual pakaian orang muslim), sebab tu kot kedai makan banyak yang lengang time buka puasa ni... point utama datang sini pun pasal nak beli case htc... lelain tu selingan sajek.

No comments:

Post a Comment