13 June 2011

WEEKEND

Sabtu dan Ahad lepas, memang aku dan mak aku cuti masak! sebab dua-dua hari tu kitorang gi makan kat rumah orang kawin...
SABTU
attend wedding anak kawan mak aku, kat Felda K... (ok aku gi google sebab aku lupe nama felda tu...klebang? klebet? ooohhh) Felda KLEDANG!

ok, felda kledang kat kota tinggi, jauh... selepas felda air tawar, selepas simpang masuk pegi desaru. mase ni dah keluar berita pasal hiway senai-desaru dah bukak sepenuhnya. mase kitorang pegi, tak la ikut hiway tu, sebab tak tau exit kat mana. buatnya exit ke kota tinggi tu jauh, naya je la kan... so mase pegi, ikot jalan biasa. time nak balik baru ikut hiway baru ni, sebab memang lalu berhampiran susur masuk ke hiway ni kalau kite nak ke desaru, tg balau, felda kledang, felda adela, sebana resort, sg rengit, semua2 destinasi yang menghala ke teluk ramunia lah. kalau nak pergi air terjun kota tinggi ikut hiway ni, jauh sikit kot? sebab kalau nak pegi air terjun, jalan dia ala2 macam kena patah balik arah JB.

ni aku shoot time odw balik JB, time tu hujan ler pulak.... mule2 jalan 2 hala je, dah pertengahan sikit baru ada 2 lane. ni kalau malam2 mesti gelap giler... memang dekat kalau ikot hiway ni nak sampai ke senai....around 45 minit je. dalam sejam suku aku dah pun sampai kat rumah. tapi zuel kata dia ukur jalan tu 40 minit je. agaknya berapa km/j la tu dia merembat.

dalam pix tu gak ade gambar souvenir yang kitorang dapat that day. dalam mug kecik tu ade telur pindang.

kitorang datang kenduri kawin ni dengan perut betul2 kosong, tak sarapan pun. bangun pagi2 terus siap2 pegi kenduri. kena lak hari ujan. lagi laaa laaapaaar. sampai kat rumah kawan mak aku tu, tak ramai jemputan, mungkin sebab hari pun hujan. kitorang dijemput duduk kat meja yang dah siap dihidang nasi dan lauk2 dalam tray yang bole pusing2 tu. duduk je, tak tunggu tuan rumah jemput makan, aku pun pe lagik, senduk nasik ngan lauk, wat macam kat rumah sendiri. orang tak ramai, takde la segan. skali nasi ngan lauk2 dia sedapppp.... kitorang semua bertambah siap mintak tapau (berkat).. keh keh keh. sangat tak malu.

AHAD
parents aku ade wedding invitation kat Felda Inas - Kulai, tapi aku tak ikot, sebab ada invitation dari ex-opismate motor trader JB dulu. vanue kat puteri harbour - nusajaya. aku ngan zuel dah pikir wedding tu grand giler lah kan. sile baca kad jemputan member aku tu...nama dia siap ade YM tuuu... aku agak dia ni memang suku sakat sultan johor tapi tak pernah pulak pegi check salasilah keturunan dia, so tak sure lah generasi mana yang paling dekat salasilah dengan sultan johor ni.

nak attend wedding ni punye la cuak, bajet macam event orang kekaya lah. siap2 zuel kata malas nak gi... aku pun ingatkan dia wat kat ballroom ke, dewan ke... ooo tidak. just atas rumput tepi clubhouse tu, bukak kemah siap2. simple je majlisnya. tepi kemah mahal la kot, pakai kipas kawalan jauh cap KDK. sempat aku perli, "diorang guna kipas ni stok pasang kat khemah jee" (rumah zuel pakai kipas yang sama, letak kat hall)

lepas makan, balik. aku salam wakil tuan rumah, takde "salam kaut" ok, sebab aku dah kasik hadiah kat pengantin. takde goodie bag. dapat ni je sorang dua ketul. aku jeling atas meja ade banyak lagi. ele... dah tak ramai guess la tu ko kasik lebih petang2 ni. kalau tak, dapat sorang seketul je.
dalam dia cadbury dan choclairs. okey lah tu. zuel kata "style". aku jawab "orang kasik goodie bag isik macam2 dia tak mo amik, menda kecik isi coklat ni yang dia kata "style" - pelik haku.

kitorang attend wedding member ni pun dah petang2... dekat pukul 4. tak dan aku nak ngambik gambo pengantin, tapi photographer dia ade la amik gambo aku n zuel kat pelamin.

trivia : apekah persamaan dalam dua entri di atas?
jawapan : kedua2nya majlis sambut menantu. ek.. belah laki punye lah.

=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

No comments:

Post a Comment