10 June 2011

SELONGKAR

hari ni ade satu je keje opis. tapi belum nak buat. belum yer... bukan tak nak wat. jadi aku mengisi masa dengan korek folder dalam phone aku....

ini gambar2 masa aku pegi tanjung piai dengan parents aku.... ape yang menarik kat sini ialah banyak monyet. whut daa... takkan la nak citer pasal tanjung piai ni just becoz ada banyak monyet.... baik nama dia tanjung monyet je.

ok, anyway aku belum pernah lagi pegi kat sini. tanjung piai adalah dimana letaknya tanah penghujung benua asia... lokasi kat kukup pontian. yeah... ade batu penanda kat sini tapi gambar banyak dalam kamera kat rumah. nak tengok, google je la.

masa aku pegi sini, sebenarnya dalam cuaca pada bulan tu bole dikatakan hari2 mau hujan. tapi hari tu cuaca memang cantek... tengok je la langit yang mencerah itu, dan spek aku yang makin gelap menandakan cuaca sangat la panas terik ketika itu... nak amik gambar pun sampai sepet2 mata sebab silau.

kat tanjung piai ni takde ape pun, cuma ade hutan bakau dan bila hutan, tentu la ade binatang2 kat dalam tu... ade monyet dan ayam hutan (tu je yang aku nampak) tak tau la kalau ade binatang2 lain.

dari info yang aku dapat, kat sini port kunang2 diwaktu malam. sian aku tak pernah tengok scenery kunang2 kat hutan bakau... kat bandar jangan kata rakyat kunang2 nak hurung, sekor kunang2 pun tak nampak. kupu2 malam tu biasa la... tapi kat area kampung2 pun dah takde sangat kunang2 ni kan... esok anak2 generasi akan datang pun tak kenal ape tu kunang2...

kejadian menarik kat sini ialah ketika sang monyet dan adik aku berebut botol air 100 plus, acara tarik menarik air botol berlaku ketika kitorang jalan2 kat trek papan menuju ke port hujung benua asia (yang ade signboard besar tu). aku yang tergamam sebab takut monyet tu mengganas tak la sempat nak snap gambar kejadian. bapak aku cakap kat adik aku jangan lari, rilek2 je.. dan nasib baik la monyet tu mengalah gak dengan muke kesian, simpati lak aku tengok muka monyet tu, innocent je tak dapat rampas air....

lepas gi tanjung piai.. memasing dah lapar kan... pergi la ke kukup laut. kat kukup laut ni takde menda lah... cuma macam pekan kecik je. dan ade jeti feri nak gi Indon ngan ke pulau kukup... masa tengah jalan2 nak cari kedai makan, ade la orang2 kuala ni dok promot naik bot pegi pulau kukup, bayaran rm5 seorang je. mak aku cam nak pegi la... so diskas time makan tu... borak nyer borak, lepas makan, kitorang decide nak pi gak pulau kukup tu.

mase tu mak aku dah beli pisang goreng, aku cakap... jangan bawak pisang, nanti monyet serbu. hahaha... tau takut. pi simpan dalam keta.

as usual, gambar ni dari phone aku, gambar yang best2 sume dalam kamera. okey.... ni la 1st time aku naik bot. yer... sebelum ni naik feri pegi pulau pinang. bot penumpang camni... lom pernah lagi la. cuak gak kan...tapi excited. turun je dari bot aku cam pening sikit....haa mabuk la tu - mak aku kata. sib baik tak muntah2.

kat pulau kukup ni pun sama...takde ape2 sangat, just hutan bakau, ada "sungai ular" dan jambatan gantung yang pheww... tinggi jugak. mak aku gayat habisss..... tapi jambatan gantung dia takde la menakutkan sangat. info menarik, Pulau Kukup telah disenaraikan sebagai tapak Ramsar atau Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa.



Pulau yang berkeluasan kira-kira 647 hektar kawasan hutan bakau dan 800 hektar kawasan dataran lumpur itu merupakan pulau paya bakau yang tidak berpenghuni terbesar di dunia.

kat sini pun ade kejadian adik aku dan monyet. aku tak perasan lak bile masa adik aku beli gule2... ok la fine. bole lak dia nak jugak makan kat dalam hutan tu... time2 kitorang jalan kat trek papan. tengah sibuk2 nak bukak 1 pek plastik gule2 tu... tetiba monyet dari kejauhan berlari pantas menuju ke arah bapak ngan adik aku. terus bapak aku masukkan plastik tu dalam baju dia. monyet pun terpinga2 cari... dia pikir "eih...tadi ade bunyik plastik... now dah takde lak kat tangan orang tu"

lama gak kitorang stay kat jalan tu. ni hutan, mana ade orang serbu ramai2 kan...so memang takde orang lalu kat trek tu. takut gak aku nengok monyet tu, ni kira spesis bapak monyet kot, besar tuu... siap tunjuk taring lagi. aku dah tergelak2 tengok perut bapak aku tetiba muncit menggerutu pasal letak plastik kat dalam baju. tunggu monyet tu blah turun ke gigi air sambil kutip tin air kosong... alahai.....

okey.... ni pix souvenir masa wedding kawan mak aku. dapat towel, bekas telur yang takde telur, bekas batu tu.... dan brooch! brooch letak dalam kotak cincin! lain2 tu.. cam biasa la, bahulu, kerepek... jajan... biasalah.

ni masa aku jalan2 kat puteri harbour bawak tourist dari KL jalan2.... amacam june, cantik tak tempat ni? ni gaya2 lom edit tau... tunggu la aku amik outdoor kat sini.... =p


ni macam tempat parking bot2 kecil, mostly mat saleh je yang dok cuci bot2 diorang kat sini. katanya bole naik bot ni sampai ke danga selama sejam tapi fees mahal weih...

okeh... ni pix masa makan kat sunda suwargi - taman impian emas. restoran masakan indonesia. ape menu yang menarik kat sini ialah nasi ayam timbel.... see? the ayam yang rentung tu dipanggil set nasi ayam timbel... ayam bakar dia sedapppp.... 1 set rm10 jek. lain2 menu biasa2 je lah. tapi semuanya sedap, atau orang kata "berasa" lah.



air yang colorful tu dipanggil air "jaipong"... sedap!


ni area opis aku. mase aku shoot ni, opis lom bukak, so aku lepak je dalam keta. nampak la sorang pakcik ni, hantar bini dia gi keje... bini / makcik tu satu tempat keje ngan aku, tapi orang production lah. ape yang menariknya... setiap hari anjing ni akan kejar keta pakcik ni bile dia datang pagi2... sebab pakcik ni selalu kasik dia makan. see? sampai tertiarap anjing tu makan... pakcik ni kasik anjing makan kibbles yang dia beli untuk kucing.

tapi pakcik ni sendiri takde bela kucing kat rumah. just suka2 kasik makan kat kucing dan anjing terbiar.


ini mug kat opis aku. sendiri punya. satu hari tu aku drive tru McDonald... include sundae. tapi sebab tak sempat makan time lunch, sedangkan aku nak jugak makan, tapi tak nak staff lain nampak, aku pun letak dalam mug ni... haha, nampak la cam aku tengah minum air... padahal makan ais krim!


first time try breakfast KFC... = RM4.00... bole la. beli nasi lemak ke, soto ke lagi kenyang.


sneak peak my kasut nikah....
pada hari kejadian, aku ni nak gi beli kasut kerja, time makan tengahari... tapi tak jumpe kasut kerja, kasut nikah lak yang disambar...

lepas dah beli, baru pikir, bukan ke aku nikah malam? kalau nikah malam, tentu wat kat rumah. kalau wat kat rumah, bile nye aku nak pakai kasut ni???

sengal!

time jammed on da way nak gi keje... few weeks ago. ade accident. tapi bile aku lalu tempat kejadian, accident dah takde! huh!


musim mengawan, blacky bawak balik aweks! heran tol aku, kucing kembang camni owner dia leh selamba je lepaskan.... tak takut ilang ke? owner bukan dok sama jalan kat rumah aku, tapi area belakang rumah... n jauh jugak la kalau kucing ni nak jalan balik rumah....


=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+

No comments:

Post a Comment