17 June 2011

MORALE OF FRIDAY

aku ni sakit perut tapi bile aku nak gi jamban je, perut dah tak sakit. hampeh kan... macam saje nak ganggu aku nak buat karangan pagi2 ni.

macam biasa, pagi2 bile tengok skype kaler "ijau" jek, maknanya ada line tenet, maka dengan laju aku bukak yahoo dulu. check inbox. kalau aku dah on balik aku punye FB tu, inbox mesti ade je notification. tapi hari ni semua notification dari bakal FIL lah. takde orang lain.

next.. lepas dah selesai sesi balas membalas komen dan private mesej, aku scroll lebih kurang, komen satu dua status, dan terjumpe status ni :

"Dapatkan kain MAHER ZAIN minimum 5pcs dengan harga..."

eh? maher zain dan bukak textile industry ke? giler gempak!

ok, sempena hari jumaat yang mulia ni, dengan sukacitanya aku nak pesan, kalau dalam masjid tu, jangan la nak nipu or ade niat tak baik. silap2 Allah tunjuk "cash" je kat dalam tu jugak.

al kisah satu malam tu...
kalau aku lepak bazar tempat mak aku niaga, aku selalu ikut mak aku gi masjid skali, lepas Maghrib dan stay sampai masuk waktu Isya'.

hari tu bole lak sebelum nak solat Maghrib tu, tetiba mak aku tanya pasal handbag dia letak kat mana? aku tak tau sebab memang aku takde pegang beg tu. dah mak aku tak khusyuk nak solat sebab takut kalau beg dia ter-letak kat tempat yang public senang nampak. mase ni bapak aku lom gerak datang masjid, still ada kat kedai.

lepas solat Maghrib, sementara nak tunggu masuk waktu Isya', mak aku tanya if aku ada bawak henset, dia nak call bapak aku. time tu memang aku takde bawak. dan dan mase tu mak aku nak bebel sound "slalu bawak henset minah ni!"

aku lak rasa nak hangin, maka menjawablah aku "dah lama orang tak bawak ok! ibu je tak perasan. kalau tak, takde la sampai si zuel tu call ayah sebab call ain tak berjawab...." (ok tetiba kuar citer lain lak)

mak aku diam.

dia pi la tanya jemaah wanita lain yang ada sama kat situ. memang jemaah kat situ adalah muke2 yang biasa kitorang jumpe, sebahagiannya pun peniaga bazar jugak. dah jadi cam kenalan lah.

salah sorangnya adalah sorang makcik / nenek (makcik yang dah tua and lebih tua dari mak aku). mak aku pun tanya kat makcik tu, kalau2 dia ada bawak handset, mak aku nak pinjam, nak call bapak aku.

makcik tu jawab "makcik takde henpon, nak pakai henpon pun makcik tak reti"
innocent je dia menjawab. even makcik tu cakap pelan2, aku still bole dengar dengan jelas bahawasanya "dia tak reti guna henpon". fine. aku pun tak pelik sebab memang masih ada orang tua yang dah pangkat nenek2 ni tak pandai guna henpon.

mak aku mintak tolong kat orang lain. dapat pinjam blackberry kaler putih, terkial2 aku nak mendail (jakun tak pernah pegang BB) tapi bapak aku tak jawab call pulak. tapi instinct aku kata, beg tu selamat, bapak aku mesti dah simpan punya.

ok, dah takde orang jawab call tu, dah la. masuk je Isya', mak aku solat tak ikut imam. terus solat sendiri sebab nak cepat balik kedai. aku pun ikut mak aku lah. kitorang selesai je solat Isya', jemaah lain baru habis solat sunat. duduk tunggu imam pulak. mase kitorang siap2 pakai tudung nak balik ni, skali ada handphone bunyik.

makcik / nenek tadi tu tanya akak sebelah dia "awak punye handphone ke?"
aku sempat jeling nak tengok reaksi makcik tu. nak tak nak dia terpakse la keluarkan handphone dia dari beg telekung. aku nampak dia picit handphone tu nak jawab call.

dalam hati aku "kata tak reti guna...elok je reti lak jawab call tu"
eiiii mulut ni tersangatlah ringan nak sound, tinggal lagi air semayang lum kering agaknya (poyo~) so aku diam je la. tepi bengang gak. lagi mak aku, mesti bengang. dan makcik tu lagiii malu. kata takde handphone, tak reti guna, suddenly reti la pulak yek! dasarrrrr~~

balik kedai, punye bising la mak aku. aku kata, len kali nak menipu tu agak2 lah. cakap la takde kredit ke (in case memang tak nak kasik pinjam), ni cakap takde handphone, tak pandai guna handpohone... tak payah la nak berdrama. (punah pahala solat aku pasal dok mengutuk nenek tu)

kan dah kantoi bongok....

sebelum ni lepas solat, aku salam cium tangan makcik tu. lepas insiden tu, aku salam gitu je, tak cium tangan lagi. kongajaq tak? lantak la! tipu lagi dalam masjid, tak nak tolong orang yang dalam kesusahan, kan dah Allah tunjuk time tuu jugak. huh!

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=


No comments:

Post a Comment