21 June 2011

LANGGAR PANTANG

beberapa minggu sudah aku secara otometik-nya berpantang dalam makan.

rasanya sebulan sudah aku kurang makan. selera tu tak berapa nak ade. tapi beberapa hari ni selera dan tahap lapar aku agak lebih sikit dari biasa.

sebelum ni, makan nasik pun sikit je, ape makanan yang best2 pun semua aku dah tak lalu nak makan. kira mase tu makan setakat jangan bagi lapar je la. kalau lapar lagi, makan OAT. itu satu kemajuan yang baik what... memang patut pun aku jaga makan sekarang, dah sah2 aku jenis malas nak pakai slimming set, losyen pati halia tu pun ntah2 setengah tiub pun lom habis, maka jaga pemakanan adalah yang terbaik. aku rasa aku kurus sikit sejak kehilangan selera. rasa je la... tak sure. ntah2 aku je perasan lebey...

tapi hari ini, aku redah semua. hari kebebasan untuk makan. aku malas nak pikir2, adekah makanan itu bagus untuk dimakan ke tak? hahaha, ikot tekak saja lor.

pagi2 bute tadi sebelum aku pegi keje, aku dah makan nasik sepinggan ngan lauk asam pedas ayam. tapi air nescafe. dah tu, pukul 11 lebih tadi aku dah rasa lapar, terus teringat :


bukak2 website McD, at the same time teringat jugak yang dalam wallet aku ade RM13 je. lepas ke tak eh?

aku memang suke wat pe'el gini, gi keje, gi tempat2 yang tak perlukan cash, memang aku tak suke bawak cash. macam gi keje, kekadang slambe je biar dalam tu ade RM1-2. aku kat opis mana makan. nak plak kalau parents aku yang hantar gi keje, dah tentu2 aku tak payah tuang minyak. so tak kisah tak bawak duit. tapi pastikan sedia ATM card, dan Credit Card, takut kalau perlukan ape2 lak kan. lunch mase hari keje bukan aku kisah sangat.

okey, dah selera nak sangat mencekik GCB, aku pun drive tru je lah. tengah2 bulan cenggini tak ramai orang que. aku pun orderlah, siap tanya dulu berapa total.

GCB large, total brape?
- rm14++ cik
kalau GCB M?
- hmm beza rm1.20 saja.
ermm ok lah, GCB M...

sian aku ek? beza RM1.20 pun aku tak boleh nak beli. tu la ngader2, dah tau duit cukup2, nak gak gi mcD.

tapi elok lah aku makan yang medium je, daging ayam ni pun pada aku muak bile dah nak habis makan tu. dulu mase ada Double GSB, punye laaa muak! tu la kali terakhir aku telan GCB. tobat tak nak dah. terus ilang craving maving aku tuh!

air pepsi, kentang bergaram, GCB banyak lemak serta mayonis yang lazat semua aku telan hari ni. padahal air pepsi tu, tiap kali aku minum mesti terbayang aku tengah makan gula pasir satu senduk. serious! air gas tu kat tekak aku skrang rasa manis giler. tu yang dah tak nak minum air gas, lagi2 air sejuk. aku rase cam letih je kalau minum ais banyak sangat. pastu batuk2....

aku ade idea dah. nak kurus? makan oat je. jangan makan menda lain. TRY lah!

No comments:

Post a Comment