20 June 2011

LAMBAT LAGI LAAA

Lain kali kalau nak mangga tu pakai otak sikit.

Sabtu lepas, kitorang bukak kedai lambat sebab stor tempat simpan khemah bermangga!!
Soseh soseh tuan punya stor kata, ada peniaga ilang tong gas dari stor tu. Dalam stor tu ada gelandangan tumpang tido. Jadi orang tidak berumah ni telah dituduh mencurik tong gas. Agaknya si peniaga tadi tu naik hangin, di mangganya grill stor tu. Mangga bapak punya beso dia bubuh!

Tapi peniaga ni datang lambat! Pukul 7pm belum datang bukak mangga. Dalam stor tu, bukan ada barang dia je, ada gak barang peniaga lain, termasuk la khemah mak aku.

Sekali datang brader jual shisha hulur tukul kat budak2 yang tengah kerumun kat luar stor. Aku pun sound "haaa pe lagi, kasi pecahh jer!!"

aku bukan bingit pasal kedai tak dapat bukak, tapi aku lagi bingit dengar mak aku bebel dengan hati panas sebab lambat bukak kedai. Mangkuk tingkat tu pun satu, ko nak bengang pasal barang ko hilang sampai nak mangga bagai (owner stor pun tak tau stor dah kena mangga), datang la awal bukak siap2! Ape ingat dia yang bayar sewa stor ke? Pikir la pasal orang lain gak! Akai ada? Ambik mangga tu hempuk kat kepala dia baru otak tu center kot!

CITER LAIN
Khamis lepas, skali 2 orang cousin aku wish tahniah pasal aku nak kawin. yang pelik tu, bole lak sorang cousin belah mak, sorang belah ayah. satu kat YM, satu kat SMS.
dan satu lagi blog reader, tu haa ade kat komen bawah2... and beberapa orang lagi wish tahniah kat aku pasal kawin. Guysss! Thanks a lot for da wishes, Amin! Tapi ucapan tu buat aku scary okkkk.

Rilexxx, simpan aje wishes korang tu ok. Wedding aku lama lagi... Walaupun pihak lelaki dah bagi duit hantaran, cincin risik dan cincin tunang pun dalam simpanan aku (cuma lum disarungkan mak mentua - aci tak?), barang2 persiapan dah beli, tapi ape saja boleh terjadi.... Macam jiran kat kedai mak aku, kad dah edar, lagi 2 minggu hari majlis, suddenly tak jadi. Itu yang aku kenal. Yang aku baca kat paper lagi la scary, bole batalkan time lagi berape jam je nak nikah. Kita hanya merancang dan berdoa agar semuanya berjalan lancar, tapi Allah saja penentunya. So.... Jangan wish terlalu awal, aku seram.

- aku cakap kat zuel, kalau dia buat hal, duit tak boleh mintak balik! Ekekeke

CITER LAIN-LAIN
aku ni kuat sentap bole tahan. susah nak terima pendapat orang lain. kepala batu, keras hati, tapi tu dulu lah...skrang ade gak, tapi dah kurang, blajar untuk jadi open. lum hilang lagi sikap buruk tu.

jadi sebelum aku tutup fb dulu, aku ade la krisis ngan budak ni... eh budak ke... dah tua lah, ok abang ni lah (euwww!). tapi satu lagi perangai aku ni, jarang nak benci orang. kalau aku sentap giler - merajuk - unfollow tweet - block fb - invi YM - delete YM, tapi hati aku takde la benci tahap tak bole tengok blog dia. aku baca gak entri dia, baca gak tweet dia, tapi tak dapat baca fb, sebab aku dah block dia, lepas tu aku sendiri yang tanya "apesal aku tak jumpe fb ko?"

- sengal -

ok, aku pun pikirlah cemana cara aku nak pulihkan keadaan. dia tak mintak maaf kat aku secara peribadi, jauh skali la nak gi pujuk2 kan.. sebab dia memang jenis tak reti pujuk2 ni, buang masa je nak merajuk lama2. tapi dia ade buat entri maaf secara terbuka. dan aku tak payah la nak ego sangat, amik saja entri dia tu sebagai permohonan maaf jugak kat aku. boleh?

kira part dia dah settle. part aku cemana lak?

jadi aku pun mintak alamat rumah dia, bajet2 nanti simpan kot2 nak hantar kad kawin raya thru pos mesia kan, tapi tak ke awal lagi...? point aku mintak alamat rumah tu kan just tricky untuk aku berkomunikasi ngan dia. yang aneh tu, dah 10 hari aku mintak baru nak tanya aku nak buat ape ngan alamat dia. aku reply dengan bengong :

aku - sebab nak datang rumah ko, bleh?
dia - okey.. tapi takkan sebab tu je?
aku - takde la, aku nak simpan untuk reference
dia - ok
aku - ke ko nak mintak aku hantar bunga?
dia - aku cabar!
aku tak reply...
dalam hati.... perghhhh mamat ni. hmm nak hantar ke tak? pikir2...

selepas menimbang2 akal pikiran yang mase tu tak berapa nak center, aku carik mana2 web yang bole order dan deliver online dan bole charge credit card pasal duit cash dalam akaun bank tak berapa nak ade. aku plak nak benda tu sampai on the same day.

baik. jumpe web. daftar. klik2. semak. checkout. call kedai tu.
ayark! terlupe letak mesej. ok mesej "I'M SORRY"

tapi tak kasik bunga, sebab bunga tak leh makan. simpan nanti layu. layu tempatnya ditong sampah sahaja.

malam lepas Isya', aku dapat sms dia "HAHAHAHAHAHA"
aku dah agak, mesti dah dapat menda tu. aku suh mms, tapi dia tak leh mms.

and aku tau dia speechless. tak tau nak letak kat mana, dia cakap nak letak kat blog.

aku kata, kalau nak letak kat blog, alang2 buat entri terus. tu diaaa....

mana entri tu? sori la yek, aku tak tepek sini, cari sendiri.

ok, dah, nak wat keje, isnin yang busy. bye

ni haa mendanya


+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment