30 June 2011

AKU TAK LOADED

Okey, ini sekadar pendapat aje.

Aku paham, kat dunia ni ada pelbagai tahap kemampuan seseorang. Tapi kita tak payah la nak rendah diri sangat sampai cakap :

“ko kaya, bole la pakai niii….” (sambil tunjuk harga promosi mascara cap Maybelline.)

aku kerut dahi, sengih.

Ok now aku keje kat kilang yang rata2nya bergaji lebih rendah dari aku, maksud aku untuk pekerja kilang di production atau stor. Tidak sesekali aku nak cakap la berapa gaji aku kat sini, sebab aku tak nak dan sangat tak suke diorang ni cakap aku gaji besar, boleh pakai barang branded (diorang je kata branded, padahal barang2 tu biasa je laaaa, bersepah dalam giant, bukan jual over the counter pun). maksud diorang, gaji aku lebih besar dari diorang lah. kalau dikalangan designer, rate gaji camni bole dikatakan rendah dan biasa2 je.

Pagi2 ni aku check gaji by online banking, lepas tu aku bukak buku belanjawan, datang la sorang kakak keje merchandiser ni, dia ni memang suke datang kat meja aku pagi2 pinjam pen la, tanya itu dan ini, tapi aku tak la kisah pun. So dia ternampak la dalam buku tu ade list “perfume” (RM55)… bawah tulis balance – RM300 (ni balance selepas tolak semua2 expenses) jangan dia ingat perfume harga RM300 sudah la… atau mungkin dia rasa perfume harga RM55 tu dah mahal giler lah pada dia.

Pastu dia cakap “fuyoo beli perfumeeee” aku sengeh…. Dalam hati aku “ape la akak ni, beli perfume pun nak cakap camtu?" Apetah lagi kalau perfume RM55? Aku rasa budak skolah nyer perfume pun lagi mahal. Nak tak nak aku cakap la… “takde la, ni perfume untuk kawin”… ok abes citer.

Daaaahhhhhhhh bukak citer kawin lak. Tanya bile nak kawin, tahun ni ke? Bulan berapa?

Baik2 aku tanak citer, dah kena cakap. Seboleh mungkin aku minimakan cakap pasal kawin kat dia. Takut okkk. Setiap kali aku terpakse cakap date kawin tu, jantung aku ni cam kena sentap2…. Bukan takut ape, takut kalau tak jadi, kan dah malu…. Aku harap kakak tu tak la kepoh gi citer kat orang2 lain. Ya ampunnnn. (tapi zuel slamber jek, 1 opis dia dah tau pasal our wedding)

Okeh, berbalik citer pasal kemampuan dan barang berjenama. Pernah jugak member yang keje kat stor kilang tegur pasal perfume aku tapi jangan harap aku nak jawab yang betul. Balik2 cakap “perfume murah jeee, tak ingat la nama ape”, “Oo pakai one drop jee…”, paling tak pun cakap “perfume avon”…. aku tak nak jawab perfume ape aku pakai sebab tak nak dia anggap aku loaded. Walaupun perfume aku tu setakat RM100-RM50, aku tau tu pun dah mahal bagi dia.

Apa yang aku pakai hari2, pakaian, skincare, perfume, toiletries semuanya adalah sangat biasa bagi orang lain.

Okey, mungkin ada orang, nak beli barang dalam carefour, giant pun tak mampu sebab gaji kecik, expenses pun banyak, duit tu lebih penting untuk benda lain, tapi please la jangan cakap aku ini loaded.

AKU TAK LOADED LAH!!

Kalau aku loaded, dah lama aku pakai Coach, LV, Marc Jacobs (beg aku Marc Jacob buy from GM Plaza!), jeans Levi pun tak pernah ada! (tapi tak pulak aku kata yang pakai Levi tu loaded) mekap Shesheido, Bobby Brown, Dior, Lancome, SkII…. Alaaa semua2 jenama kat kaunter depan jusco tu aku tak pernah beli lah!

Malah aku takde pun I-book, I-mac, I-pad, I-pod, I-phone melainkan I-Tak-Mampoo ade ler. tapi takde la aku nak sound member2 yang pakai gadget ni "gaji ko besooo bole la pakai menatang ni...." sebab itu adalah keperluan dia dan dia mampu dan dia minat dan aku tak minat dan tak mampu, kalau mampu pun aku tak perlukan pun, so wajarkah aku cakap camtu? ACER kat rumah pun sebulan berapa kali je aku guna.

Oh, akak yang cakap mascara Maybelline tu mahal eceli hubby dia pakai Alza yang harga RM70k. aku rasa Alza M2 Edition kut, dia cakap sporty2 sikit… soo adekah dia antara orang2 yang kurang kemampuan lalu nak cakap aku ni kaya bila aku tunjuk harga promosi mascara Maybelline?

MEREPEKLAH!

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment