21 June 2011

ADOIYAI

lately ni aku rasa macam tak cukup oksigen je masuk dalam paru2 aku. kedengaran macam aku mengeluh, tapi takkk, aku cuma terik nafas dalam2, tapi still macam tak puas bernafas.

okey, semalam aku terima sms dari zuel :

dia : Oh...1500, duit sy kat customer xbyr2 lg...hm (ngeluh)
aku : Cust x byr kt awk ke,awk x byr kat dia
dia : 800 ain..350 rasiqah..400 hazrul bp... :-(
aku : Siqa? Aik? Album da hntr kan
dia : Da..hazrul pun..dua2 tu kwn
aku : Hmm.x ckp bile? G jalan jauh2 bole lak
dia : Hm tu la...hazrul ckp ujung bulan.tp die da pomis nak byr...yg lg2 ni msg xbblas
aku : Msg tak bls? (tetiba rasa nak naik hangen)
dia : Wassalam, aku tgh kursus 3 hr ni..msa rehat too short n class smpai mlm..bg aku msa ea. (sms from rasiqa)
aku : Ooo.online banking yg x smpai 5 minit tu pun perlu masa ke? Kongkek siang malam ada mase??
dia : Haha..Hm..dgn prangai ain lg....
aku : Bengang sbb pakej murah,editing fusy,nak suh tujuk b4 cuci,update fb psl tgh bahagia skrg,tp payment cam haram.bengang tol org cmni.ckp je xde duit lg!
dia : Hm...sabo yg (cmni awek aku kalu jd hulk)

itu satu lagi perangai tak berapa semenggah aku. kekadang keluar ayat sensored kalau aku dah hangin sangat. mana tak hangin, ade client yang just buat gambar kawin 4R 100pcs edited photo je, bole dia tanya "mana gambar aku? tak tunjuk pun?"

hellloooo, aku edit gambar custom album pun tak pernah tunjuk client ok! kecuali client request (tapi jarang client mintak tengok dulu editing before print). itu custom, bayar ribu2, memang patut pun kalau client nak tengok. ni ade 100pcs 4R, ko nak suruh upload dalam fb ke ape? ingat editor takde keje lain? tau la photographer tu kawan satu sekolah. album nak cepat, payment lambat. ape ingat company bayar kedai gambar untuk cuci gambar ko tu pakai kahak je ke? balance lagi 350 je, pegi honeymoon kat bali bole pulak. lagi2 update fb pasal dia laki bini, lagi aku meluat. yang paling tak leh blah "8 hari bergelar isteri, alhamdulillah, suamiku seorang penyayang"... elo, ade orang kawin 8 tahun, bahagia gak, takde kecoh pun. pengantin baru nak cakap semua indah, semua bahagia, standart la tu... BARUUUUU!

sile bukak private blog, lepas tu jangan bagi sape2 baca, meroyan la sorang2 kat situ!

yang satu lagi client pulak, lepas kawin, terus senyap. dia ni buat custom dan sticky album. tapi lepas album siap2, kitorang call la client ni, tapi tak berjawab, email tak balas, call opis pun tak jawab. call dari pelbagai nombor pun tak jawab jugak. tak tau la kalau henset dia dah tercampak ke lombong kan. tapi memang sangat la aneh. pengantin lain tak sabar nak tengok album, dia bole diamkan macam tu je. payment tentu2 la sangkut sebab album tak dapat deliver lagi. kitorang plan nak pegi rumah dia je bile ada masa nanti. zuel sampai terpikir, diorang ni bercerai ke ape sampai tak hengen nak amik album. tapi sejahat2 mulut aku bising time tengah hangin, takde la pulak terpikir sampai ke situ. harap2 tak lah. tapi aku tak nafikan kemungkinan tu ade...

okey, habis sesi membebel. nak wat keje. bai

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=


No comments:

Post a Comment