11 May 2011

SAYA PEMALAS

taktik aku macam tengah buat2 keje ialah...
duduk kat kerusi, lepas tu amik sketches book yang aku buat sendiri dari kertas recycle, pegang pen atau pensel, lepas tu amik artwork yang terakhir di submit, letak depan aku. bukak artwork tersebut siap2 dalam software berkaitan.

tapiiii
sebelahnya ada google chrome, ym yang berwarna kunen serta skype yang transparent. chatting status always invisible. ym je kadang2 aku appear available. ala2 macam nak mintak "aku on ym ni... cepat la chattt"

tapi sorang pun takde nak tegur sebab masing2 sibuk. aku je yang sibuk wat keje lain.
agak2 kalau nampak ade staff atau manager datang kat meja aku, cepat2 la bukak ape job yang last aku buat2 tu.... keji tak?

keje sini, memang less job. sebab tu la aku merasakan yang performance dan skill aku makin lama makin tumpul. dan aku tak boleh work without supervision. jadi camni la...
keje yang diorang mintak, siap tetap siap, kalau ada deadline, biasanya tak sampai deadline lagi aku dah submit. cuma tak fokus lah. bila tak fokus, design pun cincai je la. mentang2 la diorang rabun design. asal sedap kat mata aku je la aku wat.

design, aku sorang yang buat, decision berkaitan design aku decide la sendiri. kalau ade deadline dengan publishing company untuk advertise dalam magazines, sila lah deal sendiri. deadline, sendiri kena ingat. ada masalah between artwork ngan publisher, sila settle sendiri. ape saiz artwork, resolution, bleed, sendiri kena handle. diorang... tak tau ape2....

jangan la nak pegi tanya manager ke, hr ke.. sape2 ke pasal deadline untuk submit artwork to publisher, memang jawabnya "i tak tau lah, u tanya bla bla bla"

aku tanya stok salotep pun diorang tak tau... semua kena cari sendiri....

keje sini memang aku anggap aku takde duduk under mana2 bos. sape2 je bole bagi arahan kat aku. october 2011 ni masuk 2 tahun aku keje sini. dari pemerhatian aku, diorang memang jenis "buat keje masing-masing". ko buat keje ko, aku buat keje aku.

walaupun nampak macam takde orang kisah pasal designer, tapi aku tak perlekeh diorang ni semua... staff sini keje lama. sampai berbelas2 tahun pun ada. so, jangan ingat aktiviti aku tak diperhatikan. tapi setakat ni tak pernah lagi la HR panggil aku masuk bilik meeting.

ex-designer kat sini siap bole layan korean muvi time opis okeh!

dulu aku mengimpikan nak jadi "busy bee", tapi kalau dah sendiri tu malas, memang layak kot aku keje kat sini. designer keje ikot office hour! 8.30-5.30 sharp! tak perlu nak rajin lepak lama kat opis, sesungguhnya aku akan terkunci dalam opis nanti.
tapi HR aku selalu balik lambat... pukul 6 lebih baru keluar opis. dia sorang je la yang aku tengok hari2 balik lewat.

macamana aku nak jadi "busy bee" kalau dah kat opis sempat surfing, blogging segala, tu maknanya aku takde keje, atau yang sebenarnya ada keje, tapi tangguh nak buat.
bila owner IZP nak suruh aku pegang contact number IZP, aku dah menggelabah. belum lagi suruh reply email, keluarkan resit semua... cemana nak jadikan tiap2 hari aku busy ngan keje kalau sendiri pun seolah2 macam tak nak jadi busy?

padahal owner IZP tu dah sah2 la bz kat opis, bz kat luar opis, chair meeting, pegi site, masih bole reply sms customer, reply email, tengok website, ujung minggu pegi shoot, edit n tampal gambar...now add lagi side job buat design.

aku ni dia bagi job edit custom pun makan hari nak siapkan. berbuluuu je member tu tunggu album keluar. suruh pegi amik album pun bercinta. suruh pegi pos album kat customer pun adeee je menda aku nak ngomel. macam laa kat opis ni banyak giler workload!

....ceh!

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment