26 May 2011

SAPE KAU?

hari ni kamis... tapi dari semalam aku asek tersalah hari. hari rabu aku ingat kamis. hari kamis aku ingat nak jumaat. ye2 je semalam ingat malam jumaat, padahal semalam tu RABU.

ni tengah takde keje. lepas lunch double cheese bersama banana truffle sundae, tak lama tu mata pun kuyu cam garfield. dah la opis sejuk. dah la sweater tak bawak. aku gi tutup aircond, rasa bahang lak. aku kecikkan suhu sampai takat 25 darjah, pun masih sejuk. kejap2 gesek lengan... kaki aku lagi la sejuk, macam nak sorok sambil duduk bersila atas kerusi.

keje2 aku, dipastikan settle hari ini. tapi rasanya takde ape lagi dah. puas aku pulun siapkan apa2 keje sebelum jumaat ni, sebab jumaat tu aku halfday, nak entertain VIP guest. of course VIP la kan, sebab tak pernahnya ada member aku nak datang tido kat rumah selama aku bersekolah sampai la dah bekerja.

tengok checklist job :
1 - bus advertisement (keje opis) DONE
2 - promo sticker (keje opis) DONE
3 - label sticker product (keje opis) DONE
4 - namecard miss tan (keje kebajikan) DONE
5 - logo transport business (keje kebajikan) DONE
6 - buku scrap adik aku (keje kebajikan) DONE
7 - custom album editing (keje freelance) DONE
8 - product photoshoot (keje opis) JAP LAGI BUAT

rasa macam batu besar atas kepala dah kena angkat....legaaaa!

tengah2 takde keje, pegi la baca blog orang. lepas tu check email.
semalam aku dapat email ni :

Apa khabar awak sekarang.Saya harap awak sihat. Saya tahu mail yang saya hantar pada awak membuatkan awak keliru kerana kita tidak pernah menghubungi antara satu sama lain sebelum ini. Saya hubungi awak kerana saya mahu awak kendalikan business ini kepada saya kerana transaksi ini akan menjadi kerjasama business yang lama diantara kita berdua. Pertama sekali yang ingin memperkenalkan diri saya kepada awak. Nama saya Nur Akmal Binti Abdullah daripada Terengganu Malaysia. Sekarang saya bekerja dangan syarikat di United Kingdom. Saya telah bekerja di sini selama 5 tahun. Business ini adalah untuk company yang saya bekerja sekarang, jadi dengan peluang yang baik ini, saya mahu ambil kesempatan ini untuk menambahkan pendapatan saya dan juga awak. Jadi saya hubungi awak kerana saya tidak mahu terlepas peluang untuk dapatkan tambahan pendapatan sekarang. Jadi saya mahu awak jadi sebagai pembekal bagi produk kami iaitu (WHITE TOPAZ STONE) kepada company saya bekerja sekarang. Oleh itu, kita berdua ada peluang untuk tambahkan pendapatan daripada business ini. Produk ini (WHITE TOPAZ STONE) digunakan untuk mengilatkan rantai, rantai jam tangan, gelang tangan, dan sebagainya. Untuk pengetahuan awak juga, company saya tidak mempunyai contact pembekal di Malaysia dan pembekal kami yang sebelum ini sudah tamat kontraknya selama 5 tahun dengan company kami dan dia juga cuba untuk memohon untuk menambah lagi kontrak bersama company kami.

Selepas dia tamat kontrak bersama company kami, sesiapapun sekarang boleh menjadi pembekal kepada company kami. Ini adalah alasan kenapa saya hubungi awak dan menawarkan business ini kepada awak untuk kendalikan untuk saya. Apa yang harus saya buat sekarang adalah saya akan maklumkan contact awak kepada company yang awak akan membekalkan produk tersebut dengan harga yang terendah kepada company kami. Company saya akan membeli produk tersebut dengan harga $5,700usd untuk satu kilogram, manakala harga produk tersebut di Malaysia adalah $2,700usd untuk satu kilogram. Jadi saya mahu awak bagitahu pada company saya yang awak akan bekalkan produk tersebut dengan harga $5,500 untuk satu kilogram. Ini adalah kerana company saya perlukan 300 hingga 500kg setiap 2 bulan. Oleh itu, saya mahu awak maintain jadi agen diantara pembekal di Malaysia dan company saya. Untuk pengetahuan awak juga ini adalah business besar di mana hanya kita berdua sahaja akan berkongsi keuntungan bersama, oleh itu saya perlukan kerjasama awak untuk menjayakan business ini sekarang.

Insyallah saya akan bagi pada awak banyak lagi infomasi tentang business ini jika awak mahu terus menjadi agen untuk membekalkan produk tersebut kepada company saya. Insyallah saya akan cuba untuk selamatkan kontrak awak sebagai pembekal kepada company saya bekerja ini. Berdasarkan kepada perkongsian kita, 50% untuk saya dan 50% untuk awak berdasarkan kuantiti yang company saya beli. Tugas awak sekarang adalah tolong contact dan bagitahu pada Director saya yang awak dapat jadi pembekal produk tersebut iaitu dengan menjual produk tersebut dengan harga$5,500usd untuk satu kilogram kepada company. Tolong maklumkan semula pada saya setelah awak dapat dan baca mail ini, jadi saya akan bagi contact pembekal di Malaysia tersebut pada awak. Jadi selepas itu awak boleh hubunginya dan tanya padanya samada dia masih ada stok produk tersebut untuk bekalkan pada awak sebelum Director company saya hantar manager saya ke Malaysia untuk beli produk tersebut daripada awak. Saya harap dapat mendengar jawapan daripada awak nanti. Terima kasih.

Rgds
Nur Akmal.
rasanya macam dah 2-3 kali jugak dapat email macam ni, yang dalam BM la. kalau dalam BI memang dah banyak kali. memang aku ignore je. menda2 ni tipu jek.

aku tak tau la sape dalang disebalik email ni. adakah dia betul2 Malaysian? tatabahasa pun tunggang langgang. dah la deal bukan sikit2 punya profit, bole pakai random email je? ngok ngek.

++=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment