14 May 2011

SABTU

semalam aku tido pukul 2am lebih, balik dari niaga, mandi2 sikit, terus tido. walaupun orang kata tak bagus mandi malam2, tapi kalau balik niaga hari jumaat tu, memang aku kena mandi. mana taknya, balik keje, aku terus lepak kat tempat mak aku, berlengas la badan. mana leh nak tido camtu...

cukup 6 jam lebih sikit waktu tido, aku pun terjaga. memang biasa tersedar sendiri around 9 lebih... kalau terlajak lagi tido sampai 10-11 pagi tu, maknanya aku dah bangun tapi gi sambung tido....

hari ni aku terus bangun, tapi just gosok gigi, cuci muka lebih kurang, lepas tu turun bawah dengan tak mandi... parent aku lom bangun lagi. misi aku hari ni nak mengemas aje. sebab semalam aku dengar ibu nak masak hari ni, ayah aku request lauk sayur lemak. jadi aku take over keje lain tanpa disuruh. selalunya aku lah yang masak ujung minggu, malam sebelum tu lagi ibu dah suruh aku masak untuk esok.

turun bawah, bukak pintu dulu, panggil anak2 bulu aku balik. tapi sekor pun takde. ok lah. lepas aku ikat langsir2 tingkap dan sliding door kat hall, aku pegi la masak nasi. basuh pinggan mangkuk tapau bekal semalam sambil pikir nak buat sarapan ape. last2 aku didihkan air dan buatkan telur separuh masak yang tak berapa nak jadi.

lepas tu aku sapu2 dulu sebelum vakum. dari hall atas, sapu sampai hall bawah. lepas tu vakum. lepas vakum, mop lantai. masa aku tengah menyapu, ibu turun, dia suruh aku buat sarapan nasi goreng, tapi tak jadi bila dia nampak vakum tertonggok tengah2 alam rumah. jadi ibu decide biar dia je buat sarapan, aku kemas lah rumah. mase aku tengah vakum pulak, ayah aku pun turun siap mandi.

dia tegur,
"ada sesiapa nak datang ke hari ni?"

aku cam... "huh?"

ayah aku ulang lagi "ada sape2 nak datang ke?"

aku jawab
"ohh... ingat kalau ain mengemas je, ada orang nak datang laaa"


peh....

ibu kat dapur lak sambung
"yelaa, orang jarang mengemas, tu laa diaaa"

peh lagi...

sejak pindah rumah ni, memang aku jarang tolong kemas, sebab aku selalu kat dapur je. so memang takde la aku nak mengemas...

ada sekali tu bakal PIL nak datang, dah la malam tu kitorang niaga, balik niaga punye la gigih aku ni kemas lebih kurang kat hall tu, sampai ayah aku sound,
"kalau camni nak suruh PIL ain datang selalu lah"

huh

lepas siap mengemas, ibu pun siap jugak buatkan breakfast, ayah pun dah balik dari beli lauk2 kat kedai depan, adik aku dah siap mandi, kitorang makan la dulu. lepas makan, masing2 sambung keje lain.

keje aku seterusnya, sidai baju dan angkat baju2 kering. sambil ibu masak lauk tengahari, dia berbual ngan aku yang tengah sidai baju kat belakang dapur.

semalam, brader sebelah gedik mintak ibu buatkan sambal belacan untuk dia.
sambil potong2 bawang, ibu tanya
"nak buatkan tak eh mamat tu sambal belacan?"

datang ayah aku, terus jawab
"tak payah layan dia tuh, (tah ape lagi ayah aku cakap, tak ingat)"

ibu ngan aku gelak je...ibu cakap
"tapi kalau sendiri nak makan, kena buat jugak"

aku senyap je la...tak jawab apa2 (ade sebab aku malas nak menyampuk)

teruskan sidai baju. baju banyak kan... so lama la aku kat ampaian.

tak lama tu, ibu cakap kat aku
"nanti ain tolong buatkan sambal belacan eh"

aduiii.... ahaha sebab tu aku diam je tadi. aku malas sebenarnya nak buatkan sambal belacan tu. aku tau dah, kalau "aksessori" makanan ni, selalunya mak aku mintak aku tolong siapkan.

tapi belacan, lada ngan bahan2 lain ibu dah siap masuk dalam lesung, aku tinggal tumbuk kasi lumat je. so aku jawab "yela..."

lepas tu ibu tanya "mamat tu (bf aku) ade kat rumah?"

aku jawab "ade..." aku tau dia takde job hari ni.

ibu tanya lagi "nak kasik lauk tak?"

"kalau ibu nak kasik, nanti ain hantar lah"

biasanya ibu lah yang rajin nak kasik lauk, nak harapkan aku, bole kira ngan jari. biar je bf aku makan air tangan mamak ke.. mek klantan ke... hihihi. kalau nak harap dia sendiri masak, memang lauk sardin, lauk lemak atau megi ajelah...

ibu cakap
"kesian tengok dia....dia tu tak tau la pakai ilmu ape, tengok muka dia tu rasa kesian. kalau kena marah, siyess jek..."

aku dah terkekeh gelak sambil abiskan sidai baju.

"suruh dia masak nasik"

aku pun text la dia, tanya dah makan ke belum, hari ni masak ke tak...aku suruh la dia masak nasi, lepas zohor nanti aku hantar lauk...

dia tanya "lauk ape? sedap tak? pedas tak? pukul berapa?"

oleh kerana ibu dah pesan jangan cakap lauk ape, atau jawab je lauk siput gonggong (sila klik kalau tak tau), aku pun pedajal dia.

"lauk siput ongong, sedap, pedas, lepas zohor"

terus dia tak nak! dia memang tak makan siput... jangankan siput gonggong(klik lagi untuk gambar lain) tu, siput sedut pun tak makan. perasan dia geli.

lepas siap sidai baju, aku terus tumbuk lada. sambal belacan ni kalau aku la yang buat, memang selalu pakai blender jek. ehehe...dasar pemalas. kekadang je la aku guna lesung, lagipun sambal belacan lesung ni lagi kick dari guna blender. kalau guna blender sah2 la hancur abes. sambil aku menumbuk, sambil ibu bercakap.

"kalau masak sambal tumis telur pun sedap jugak makan ngan lauk lemak"

diam. fokus menumbuk la konon...
lepas habis sesi menumbuk sambal belacan, aku pun gi basuh ape yang patut, ibu cakap
"malas eh nak masak sambal telur?"

aku dah berdekah2 gelak kat singki tu....

melihatkan reaksi aku, terus ibu sound
"malas lah tu..sebab tu bila cakap dia wat bodo jee"

yerla.. ni anak dia kan. tau sangat. biasanya kalau aku malas nak masak, aku macam tak amik port sangat kalau ibu nak masak ape2... nanti mesti aku yang kena suruh...

okeylah, aku nak mandi, dah masuk waktu zohor, jap lagi nak gi hantar lauk.

+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment