20 May 2011

NAMA SAYA HITAM

HARI NI AKU NAK WAT KARANGAN TENTANG BUDAK HITAM


Ini kucing aku yang dibela sekarang. nama dia blacky. ramai jugak yang tanya dari mana asal usul si blacky ni. kucing datang ke? kucing beli ke? ape ke...?

Blacky ni adalah anak kepada kucing yang aku pernah beli kat kedai haiwan dulu. (ye..takkan beli kat pasaraya jusco pulak) ibu kucing ni jenis "domestik long hair" atau orang kata kucing parsi, aku namakan dia mimi. tapi kucing yang aku beli tu bukan pure breed lah. muka je kemek, bulu panjang tapi takde sijil kelahiran macam kucing pure breed. masa aku beli tu umur dia baru 2 bulan.

hasil dari "perkahwinan" dengan kucing biasa kat area rumah lama aku dulu, maka lahirlah si hitam ni dituruti oleh sekor lagi adiknya berwarna kelabu (dulu pernah citer pasal NYET yang hilang dan luka kat entri tahun lepas). tapi entri ni aku nak citer pasal si hitam ni.

aku ingat lagi, ada 1 hari tu aku tengah mengadap pc, datang la si mimi ni dok baring golek2 kat bilik aku. lepas tu aku tengok dia ni semacam je, rupanya dia nak beranak (memang tengah nak beranak punnn) aku pun cepat2 la gi cari bakul ke.. kotak ke... alas kain untuk letak mimi kat dalam tu. masa aku nak ambik mimi, aku tengok anak kucing dah keluar separuh, bila aku angkat je mimi, meluncur keluar la si hitam ni. nak tak nak aku terpakse la sambut si kecik tu, dahhh tangan kanan aku pegang mimi, tangan kiri aku tadah anak kucing yang masih basah2 tu.....eeee....

anak kucing yang pertama tu hiiiitaaaammmmmm. ibu aku panggil, hitam lekut! aku dah tergelak2 dengar perkataan tu. HITAM LEKUT!

ok, sekarang mimi dah takde, aku dah bagi kat anak ex-boss aku. dah penat bela kucing bulu panjang.

nama panggilan kucing hitam ni - BLACKY. ayah aku yang letak nama tu. umur sekarang dah 2-3 tahun rasanya.... Blacky ni manja sangat. walaupun dia "anak sulung", tapi dia sangat gedik. lately ni lagiiii sangat la gedik.

blacky ni pandai mintak dukung. dia takkan makan, tido atau buat ape2 keje lain selagi tidak di dukung. tetapi, blacky ni tak mau dukung biasa2 je....

Blacky tak nak orang pegang dia camni :
kalau angkat dia camni, dia akan sedaya upaya pusingkan badan dia mengadap kite.

akan tetapi, Blacky juga tak mahu di KENDONG :
atau baringkan dia camni :
kalau kendong dia camni... dia akan "panjat" naik atas bahu. jadi macam ni :
sebenarnya dia nak orang dukung dan peluk dia macam ni :
bila dah didukung camtu, dia akan "membalas" pelukan dengan letak dua2 kaki depan (ala2 macam tangan dia laa) paut balik kat leher. kekadang dia kembang kuncupkan "paws" dia tu sambil peluk orang yang dukung... tanda dia suke la tu. pastu gesek2 kepala kat bahu, pipi orang, kekadang lentukkan kepala.... heeee

lepas dukung tu, sila bawa dia jalan2... jalan dalam rumah pun ok. dah macam dukung baby! lepas few minutes tu, baru turunkan dia.... lepas tu baru laa dia nak gi makan ke, tido ke, atau wat keje2 lain. gedik kan?

cara dia nak mintak dukung tu, nanti dia datang la kat sape2, mengiau bising2... mula2 tu tak tau jugak dia nak ape... suh keluar, tak mo keluar, suh makan pun tak nak. bila dah dukung baru senyap. lepas turun, dia tak bising lagi. baru laa tau rupanya blacky mintak orang dukung.

pernah jugak dia punya nak sangat orang dukung, sampai dia berdiri 2 kaki sambil pegang lutut orang. ala2 macam "dukung laaa....dukung laaaaaa"

hmmm.... skrang ni adik black, NYET, dah seminggu tak balik rumah. kesian gak kat dia, harap2 NYET okey dan akan balik jugak akhirnya. aku dah tak buat lagi flyers cari kucing hilang, sebab kucing2 aku skarang ni memang aku lepaskan je. kurung pun dalam rumah kalau diorang balik sebelum kitorang semua tido. kalau tak balik rumah malam2, memang diorang duk luar je.


+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=

No comments:

Post a Comment